Salam,
Sudah lama tak menulis , banyak isu yang dah
berlaku penulis tak ulas. Kadang-kadang terasa nak
menulis juga mahu bagi pandangan sendiri. Bila tengok banyak sangat yang tak
berkenaan bagi pandangan , penulis tak mahu serabutkan lagi.
Bila berlaku isu MB Selangor
, penulis akur dengan arahan SU Agong supaya pimpinan dan ahli tidak buat
kenyataan selain yang berauthoriti.
Ramai pimpinan dan ahli yang
akur dengan arahan ini, tapi ramai juga yang tak ambil kisah seolah-olah arahan
SU Agong bukan arahan wajib.
Macam mana ahli nak ikut
arahan bila ada beberapa orang AJK Pusat yang hari-hari keluar kenyataan
melalui facebook salahkan pimpinan parti kawan, salahkan sesama pimpinan. Lagak
macam hero mempertahankan Presiden tapi tak sedar tindakan mereka menjatuhkan
reputasi Presiden di mata umum.
Sedang Ketua Penerangan pun
diam akur arahan, tapi ada AJK Pusat yang dah beraksi macam ’Ketua Penerangan’.
Hebat bercakap pasal wala’, thiqah kepada pengikut tapi diri sendiri tak wala’
kepada arahan. Tak tahu la wala’ ni tak wajib kepada orang tertentu.
Ada pemimpin di sebuah negeri
, punya nak londehkan pimpinan parti kawan sanggup bongkar kes balak, khazanah
negeri yang diberi kepada pimpinan parti kawan. Konon nak malukan, nak kata
”padan muka hampa” tapi tak sedar tindakannya telah membuka aib pemerintahan
parti sendiri.
Umno boleh senyum ada bukti
parti lawan memerintah tak telus, SPRM pun dah buka fail siasatan. PRU 14
nanti, Umno akan kempen ” tuduh Umno rasuah, tapi depa lagi teruk” . Nak marah
apa , Umno dah ada bukti, sendiri yang dedah.
Penulis ada sentuh perkara
ini semasa pertemuan Aidilfitri dengan adik-adik alumni jamaah sekampus. Bila
bercakap bab pimpinan, tiba-tiba penulis sebak rasa sedih bercerita tentang
pimpinan yang dah lama bersusah untuk jamaah dihentam, dilabel , dihina oleh
ahli-ahli, adik-adik baru yang kadang-kadang baru setahun bekerja bersama
jamaah.
Rasa malu penulis kepada
adik-adik kerana tiba-tiba saja air mata menitis kenangkan pimpinan yang dulu
tidurnya berbantalkan lengan di markas, pemimpin yang tiada sumber kewangan
tetap untuk sara keluarga kerana berjuang untuk jamaah, pemimpin yang sanggup
merengkok dalam penjara demi perjuangan.
Hari ini senang sahaja mereka
dihentam , dihina , difitnah bukan oleh pihak lawan tapi oleh ahli-ahli
sendiri, adik-adik yang masih baru, yang belum pun menerima dugaan dalam
jamaah.
Penulis bagi nasihat agar
adik-adik yang masih baru hendak berjuang di luar kampus supaya turun padang
buat kerja di kawasan. Buatlah apa kerja yang diberi, tak perlu fikirkan sangat
masalah dalam jamaah.
Biar masalah jamaah diuruskan
oleh pimpinan, bagi kepercayaan kepada mereka. Tak perlulah hendak menjadi
penghukum pimpinan dalam whatsapp dan facebook. Banyakkan kerja, kurangkan
bercakap.
Penulis bagi tahu mereka
supaya jangan takut untuk turun membantu jamaah di kawasan. Mereka perlu
membantu supaya jamaah kawasan aktif bergerak terutama dalam ruang kuasa yang
ada.
Sebenarnya, banyak kuasa dan ruang
yang jamaah di kawasan boleh lakukan tanpa mendapat keizinan dari pemerintah. Malah Umno/bn pun tak halang untuk jamaah lakukan. Berapa
ramai anak-anak ahli yang tak solat, berapa ramai anak ahli yang terlibat
dengan gejala sosial.
Adakah jamaah di kawasan
adakan program untuk mereka seperti kursus solat, kem motivasi akhlak? .
Program dakwah untuk anak ahli tak perlu pun minta izin pemerintah, semuanya di
bawah kuasa jamaah di kawasan. Penulis tahu hanya beberapa jamaah di kawasan
yang buat, itu pun sekali dalam setahun.
Program kebajikan membantu
rakyat tak dihalang pemerintah. Jamaah di kawasan boleh sahaja laksanakannya,
dana boleh dicari untuk tampung kos membuat kebajikan kepada rakyat. Ramai je
orang yang mahu memberi sumbangan jika ada usaha mencari dana kebajikan.
Persoalannya , adakah program
kebajikan dilaksanakan jamaah di kawasan?. Adakah hanya mengikut musim?. Benar
ada jamaah di kawasan yang melaksanakannya tapi banyak jamaah di kawasan yang
tak mengutamakannya. Tak percaya, tanya berada dana lujnah kebajikan jamaah di
kawasan, dari situ boleh tahu aktif atau tidak jamaah di kawasan melaksanakan
program kebajikan.
Penulis hanya sentuh dua
program dakwah yang boleh dilaksanakan jamaah di kawasan. Banyak program
dakwah yang boleh dibuat tanpa perlu izin pemerintah, semuanya bergantung
kepada jamaah di kawasan.
Semua tahu jamaah tak dapat
laksanakan hukum hudud kerana tak dapat izin pemerintah, perlu pinda
perlembagaan. Jika sudah tahu begitu, tumpulah kepada usaha dakwah yang jamaah
ada kuasa melaksanakannya. Disamping berusaha agar hukum hudud dapat keizinan
pemerintah, aktifkanlah program dakwah yang tak perlu pun izin pemerintah.
Wassalam
1 comment:
Hi, very interesting post thanks for sharing. Can I contact your through your email. Thanks!
Randy
randydavis387 at gmail.com
Post a Comment