Saturday, April 10, 2010

Israel di Putrajaya, mana pemuda PAS?

Salam,



Sejak pendedahan DSAI mengenai hubungan Israel dalam APCO Worlwide yang dilantik kerajaan Najib, masih belum ada pihak yang bercadang untuk mengadakan demontrasi besar-besaran mendesak kerajaan membatalkan kontrak APCO Worldwide.

Penulis teringat pada tahun 1997 semasa penulis baru habis belajar di U, pemuda jamaah yang diketuai oleh Mahfuz dan Salehuddin memimpin ribuan umat Islam membantah kehadiran pasukan kriket Israel.

Polis menganas pada hari itu, ramai yang cedera dan 250 orang telah ditahan. Mahfuz, Salehuddin dan dua orang lagi telah ditahan reman. Malah, mereka sanggup dipenjara demi menunjukkan bantahan kepada yahudi.

Bantahan yang digerakkan pemuda jamaah berlaku di seluruh negara dan kerajaan Ubn begitu tertekan dengan kebangkitan umat Islam ini.

Hari ini, agen yahudi ini sudah berada di Putrajaya. Isu ini begitu besar sehinggakan pemimpin Ubn tak senang duduk. Penulis masih menunggu, apa tindakan pemuda jamaah?.

Bila masuk dah dua minggu, penulis belum dengar pemuda jamaah nak buat demo bantahan. Penulis masih berharap pemuda jamaah dapat berbuat sesuatu sebagai tanda bantahan.

Melalui jamaah pusat sudah ada tindakan hantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja. DSAI sendiri bukan sahaja dedah malah dah hantar surat kepada Agung. Pertanyaan penulis, apakah tindakan pemuda jamaah terhadap syarikat yahudi ini?

Penulis puji pemuda jamaah anjur demo bantahan di kedutaan Sweden bantah penghinaan kepada Nabi Muhamad S.AW. Mengapa tidak lakukan demo yang sama untuk desak kerajaan batak kontrak syarikat yang ada hubungan dengan yahudi?

Mungkin, ada sebab pemuda jamaah tidak buat demo bantahan. Jika ada, apa sebabnya?

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...