Wednesday, April 7, 2010

Komisen balak....... oh komisen balak

Salam,

Sejak semalam penulis mahu mengulas tuduhan Kickdafella terhadap jamaah di Kelantan. Tapi tak da kesempatan. Tok Guru dah menafikan tuduhan berkenaan, tapi Kickdafella masih meneruskan tuduhan dalam blognya dengan gaya bahasa yang mengambarkan seolah-olah tuduhan beliau benar. Apakah tuduhan Kickdafella?

Antaranya, sebuah syarikat yang diberikan konsesi balak oleh Kerajaan Negeri memberi derma kepada organisasi di bawah naungan jamaah yang didakwa sebagai balasan daripada pemberian konsesi itu. Organisasi itu mungkin PASTI, mungkin Unit Amal, mungkin Nisa'.

Bila Tok Guru sudah menafikan maknanya tuduhan itu tak betul, namun jika Kickdafella masih tak puas hati beliau boleh membuat laporan kepada SPRM.

Kemukakan bukti yang beliau ada, jangan hanya mengunakan blog yang boleh mengelirukan ramai pembaca yang tak tahu cerita.

Persoalan yang mahu penulis timbulkan, salahkah derma atau komisen balak kepada PASTI, atau Unit Amal atau Nisa' yang sudah dimaklumi digunakan untuk program kebajikan dan pendidikan Islam?

Sekiranya dibolehkan oleh Islam, kenapa tidak ada pemimpin jamaah yang menyanggah kenyataan Abang Mat Sabu di sini

Dewan Ulama perlu menjelaskan persoalan ini secara terbuka. Jika dibolehkan, jangan dibuat senyap2 supaya musuh tidak tahu, tak mahu jadi macam kes 'baiah'.

Jika tak boleh, buat kenyataan rasmi supaya semua ahli dan pemimpin jamaah semua peringkat tahu.

Penulis memuji langkah kerajaan Kedah yang membuat penawaran tender terbuka kepada syarikat balak.

Tindakan ini bukan sahaja menghalang unsur2 rasuah komisen balak malah meningkatkan pendapatan kerajaan negeri berbeza jauh dibanding semasa kerajaan Ubn.

Bagaimana pula komisen balak kepada pemimpin kerajaan negeri, boleh atau tidak. Yang ni tak perlulah minta Dewan Ulama jelaskan kerana dah jelas haramnya.

Jika ada pemimpin yang menggunakan kesempatan mengambil komisen balak untuk peribadi daripada syarikat balak yang diberi kawasan balak, pemimpin inilah yang rasuah.

Adakah pemimpin jamaah yang rasuah macam ini ? kalau ada, jamaah kena ambil tindakan disiplin supaya menjadi pengajaran kepada pemimpin jamaah lain.

Namun, jika disimpan untuk mengelak musuh tahu. Tunggulah masanya, jika terbongkar kredibiliti jamaah akan dipertikaikan oleh rakyat. Malah rakyat akan menghukum jamaah sama macam mereka menghukum Ubn.

Penulis menyeru supaya ahli2 jamaah berdoa semoga Allah menghindarkan jamaah dari dipimpin oleh pemimpin rasuah.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...