Beberapa jenis kelawar tetap mampu terbang di keadaan gerimis kecil.
Namun semasa hujan semakin lebat, kelawar segera mencari tempat
perlindungan. Penyelidikan terbaru yang diterbitkan di jurnal Biology
Letters menyatakan punca mengapa kelawar bersembunyi semasa hujan.
Ternyata, kelawar harus berusaha lebih kuat agar boleh terbang ketika bulu-bulu dan sayapnya basah.
Dalam serangkaian penyelidikan yang dilakukan di Costa Rica, pengkaji mempelajari tingkah laku kelawar Sowell (Carollia sowelli) berekor pendek, spesies kelawar dari keluarga Phyllostomidae yang umum ditemuidi sekitar Mexico, Amerika tengah, sehingga ke Panama semasa terbang di ruang berukuran luas.
Dikutip dari Science Now, sesekali pengkaji membasahkan kelawar-kelawar itu dengan air paip, kadang membiarkan kelawar tersebut terbang dalam keadaan basah di bawah curahan air hujan.
Dari penyelidikan terungkap bahawa kelawar itu menggunakan tenaga dua kali ganda lebih besar semasa terbang dalam keadaan basah dibandingkan dengan jika terbang dalam keadaan kering.
Terbang pada keadaan hujan juga tidak berbeza. Ini menolak kenyataan adanya masalah mekanik yang diakibatkan oleh titisan air hujan yang jatuh di sayap ataupun beratnya titisan air yang harus ditanggung.
Menurut pengkaji, kelawar basah, sama seperti mamalia lain yang tengah basah, merasa kesejukan. Untuk itu,kelawar perlu bekerja lebih kuat agar tubuh mereka tetap panas .
Selain itu, dengan banyaknya air membasahi bulu dan melembabkan sayap , keadaan basah kuyup juga tentunya membuat kelawar menjadi tidak aerodinamik berada di udara.teknologi.vivanews
No comments:
Post a Comment