Menurut kajian
yang dilakukan oleh Sejarawan Alan Gardiner, setelah kematian Thutmose I
dan masa persinggahannya selama 40 tahun di Madyan / Midian, Musa
memutuskan untuk kembali ke tanah Mesir tempat beliau dibesarkan.
Allah
menugaskan Musa untuk menyampaikan ajaran agama yang hakiki kepada
Fir'aun. Pada masa itu, Mesir dipimpin oleh Raja Thutmose II yang memperisteri Ratu Hatshepsut.
Thutmose
II, menurut sejarah bukanlah Fir'aun yang hebat, sebaliknya
isterinya Hatshepsut yang banyak berperanan penting bagi kemajuan kerajaan.
Walaupun bukan merupakan pemimpin yang dikatakan berpengaruh,
Gardiner tetap meyakini Thutmose II merupakan calon paling kuat fir'aun
yang melakukan pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel. Ini kerana banyaknya kesesuaian dengan kajian sejarah yang ia lakukan.
Penyelidikan
terhadap Mummi Thutmose II yang ditemui di kawasan Deir el-Bahri pada
tahun 1881 mengungkapkan bahawa terdapat banyak bekas cedera di tubuhnya,
dan Mummi-nya ditemui tidak dalam keadaan yang sempurna. Ini mungkin
menandakan Thutmose II mati secara tidak wajar.
Apakah cedera di
tubuhnya itu akibat hempasan kekuatan gelombang Laut Merah yang secara
tiba-tiba tertutup kembali? Wallahu 'alam Bishawab (Hanya Allah Yang
Maha Tahu: red)
Al-Quran sendiri mengisahkan saat-saat terakhir kehidupan Sang Fir'aun :
Dan
Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh
Fir'aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas
(mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia
;" Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai
oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri
(kepada Allah)". ( QS Yunus 90).
Dari
ayat diatas kita dapat mengetahui bahawa Fir'aun cuba memohon kepada
Allah agar ia diselamatkan ketika air menenggelamkannya. Namun
sangatlah jelas bahwasanya tindakan Fir'aun hanyalah suatu pembohongan
semata-mata sebagai alasan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari maut.
(Baca : Bukti Malaikat Menutup Mulut Firaun Sesaat Sebelum Ditenggelamkan)
Setelah Fir'aun jatuh pada tempoh
pemerintahannya yang tergolong singkat, besar kemungkinan jalannya roda
pemerintahan diambil alih sementara oleh Ratu yang tak lain ialah Hatshepsut sebelum akhirnya Thutmose III naik tahta.
Jika benar Thutmose II merupakan Fir'aun yang dimaksud, ada suatu kemungkinan kronologi sejarahnya menjadi demikian :
Pertama,
Musa dibesarkan dilingkungan kerajaan Mesir semasa Thutmose I berkuasa,
dan isteri Thutmose I yang menemui bayi Musa semasa hanyut di Sungai Nil.
Kedua,
selang puluhan tahun setelah Musa melarikan diri dari tanah Mesir
kerana ancaman hukuman mati akibat peristiwa terbunuhnya seorang
tentera kerajaan olehnya, ia kembali untuk menyampaikan ajaran Allah
kepada Fir'aun. Namun pada masa itu mungkin Thutmose I telah meninggal
dan digantikan putranya Thutmose II.
Mummi Thutmose II
Mengapa Thutmose II diyakini sebagai Firaun yang tenggelam di Laut Merah sedangkan Mumminya sendiri berjaya ditemui?
Pertanyaan
diatas memang kerap ditanyakan. Mereka yang bertanya kebanyakan
beranggapan bahawa Jasad Fir'aun tidak mungkin berhasil ditemui apalagi
dalam bentuk Mummi, sebab telah tenggelam di Laut Merah bersama bala tentaranya.
Maha Besar Allah yang telah DENGAN SENGAJA menyelamatkan jasad Fir'aun. perhatikan firman Allah berikut:
Apakah
sekarang (kamu baru percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka
sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. Maka
pada hari ini Kami selamatkan badanmu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang
sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuatan Kami. ( QS Yunus 91-92).Situslakalaka
1 comment:
Assalam.... ada yang mengatakan Firaun Ramses II yang mengejar Nabi Musa kerana para pengkaji menemui kandungan garam yang banyak pada badan beliau ... allahualam... apa sejarah Mesir cukup mengujakan...
Post a Comment