Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam
di dunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pew
Research Centre’s Forum on Religion and Public Life.
Hasil kaji selidik
itu didapati lebih banyak umat Islam dari bukan Arab dari kalangan orang Arab. Dianggarkan 1 dalam 4 orang di dunia ini ialah seorang Islam. Dan
pada kali ini kami dedahkan kepada anda 10 negara dengan populasi muslim teramai di dunia. Mari kita lihat negara berkenaan.
Morocco/Maghribi
Bangsa Arab yang datang telah membawa
adat, kebudayaan dan ajaran Islam di sana dan menjadikan Morocco moden
pada abad ke-7 Masihi. Sejak itu hingga ke hari ini ramai bangsa Barbar
yang mula memeluk agama Islam. Kini dianggarkan lebih kurang 28,780,000 orang adalah muslim.
Algeria
Bani Umayyah yang pertama kali
bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke Aljazair ataupun Algeria setelah
penaklukan dari Uqba bin Nafi setelah banyak proses penaklukan dan
penukaran yang dibentang pada awal 670-711 Masihi.
Namun seperti di
Timur Tengah, negara ini berusaha untuk menggabungkan Islam dengan
penentangan mereka terhadap peraturan luar negeri. Sehingga kini di
Algeria dianggarkan hampir 30,530,000 orang adalah muslim.
Nigeria
Penyebaran Islam di Nigeria melalui tiga
peringkat iaitu Peringkat Trans Sahara Afrika Selatan, Peringkat
Atlantik dan Peringkat Kemerdekaan. Hampir 50% dari seluruh penduduk
Nigeria menganut agama Islam iaitu lebih kurang 53 ribu orang adalah muslim.
Mesir
Pada 628 Masihi, Islam mula tersebar ke
Mesir dan pada 639 Masihi ketika Islam di bawah pimpinan Saidina Umar
Al-Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir. Gabenor Mukaukis
pada ketika itu menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir
menjadi wilayah kekuasaan Islam. Dianggarkan hampir 58,630,000 orang adalah muslim.
Iran
Sebelum kedatangan ajaran Islam, Iran
dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Parsi, Sassania da Akhemenid meliputi
negara-negara jirannya yang kebetulan mempunyai persamaan dari
segi bahasa dan kebudayaan. Namun sehingga kini di anggarkan lebih
kurang 63,430,000 orang penduduknya adalah muslim.
Turki
Wilayah yang terdiri daripada Turki
moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya dengan latar belakang
zaman permulaan Seljuk dan Empayar uthmaniyyah dengan penduduk awal di
Turki berdasarkan budaya dan sejarah adalah Islam. 65,510,000 orang di Turki adalah muslim.
Bangladesh
Islam mula datang ke setelah penaklukan
daerah kekuasaan Parsi oleh pemimpin Islam yang terkenal iaitu Shah Jalal di
samping kedatangan pedagang-pedagang arab. Dalam bancian 2001 hampir 80%
daripada jumlah penduduk Bangladesh adalah Islam dan kini Islam adalah
agama terbesar di Bangladesh dengan anggaran hampir 11,080,000 orang penduduk adalah muslim.
India
Sejak ajaran Islam menular di India,
ajaran Islam mula mempengarahui kesenian, falsafah, kebudayaan, politik,
sejarah dan warisan di India. Agama Islam merupakan agama kedua
terbesar di India selepas agama Hindu. Lebih kurang 121,000,000 orang penduduk adalah muslim iaitu kira-kira 17% dari jumlah penduduk di India.
Pakistan
Nama Pakistan adalah hasil dari gabungan
awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan dan dalam
bahasa Parsi ‘Pak’ bererti suci manakala ‘Stan’ ialah negara. Dengan
lebih kurang 150 juta jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 134,480,000 orang adalah muslim.
Indonesia
Seperti yang diketahui Indonesia
merupakan negara muslim terbesar di seluruh dunia. Islam mula tersebar
di Indonesia pada tahun 30 hijrah setelah Khalifah Usman ibn Affan
singgah di Kepulauan Nusantara dan mendirikan pengkalan dagan di pantai
barat Sumatera.
Sejak itu ahli pelayaran dan pedagang muslim terus datang dan
mula membeli hasil bumi disana dan sambil berdakwah. Indonesia sebuah negara orang Islam dan dianggarkan 88% iaitu 182,570,00 orang penduduknya adalah Islam.
No comments:
Post a Comment