Friday, August 5, 2011

Asal mula bulan Ramadhan

Ramadan (bahasa arab: رمضان‎ Ramaḍān, pengucapan bahasa arab: [rɑmɑˈdˤɑːn]) (juga dikenali dengan sebutan Ramadhan, Ramadan, Ramazan) adalah bulan kesembilan dari kalendar Islam, yang berlangsung 29 sehingga 30 hari. Ini adalah bulan puasa umat Islam, di mana umat Islam menahan diri dari makan dan minum sepanjang siang hari dan dimaksudkan untuk mengajarkan umat Islam tentang kesabaran, kerendahan hati, dan ketundukan kepada Allah. 
 
Umat Islam berpuasa kerana Allah dan berdoa lebih banyak dari biasanya. Dibandingkan dengan kalendar matahari, awal Ramadhan bervariasi, bergerak ke belakang kira-kira sebelas hari setiap tahun, bergantung pada pergerakan bulan. Umat Islam percaya Ramadhan merupakan bulan penuh berkah, juga bulan di mana ayat-ayat pertama dari Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Asal Ramadhan

Kata Ramadhan berasal dari akar bahasa arab ر م ﺿ, seperti dalam kata-kata "ramiḍa" atau "ar-ramaḍ" yang bererti panas yang membahang. Sebelum Islam, nama untuk bulan Ramadhan adalah Natiq dan jatuh pada musim yang panas. Kata demikian dipilih, baik kerana mewakili iklim asal pada bulan tersebut dan atau juga kerana keadaan fisiologi yang dialami semasa berpuasa. 
 
Dalam Al Qur'an, Allah berfirman bahawa "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)

Awal Ramadhan

pergerakan bulan

Hilal adalah proses menampakkan bulan dengan mata terbuka yang paling awal kelihatan menghadap bumi setelah bulan mengalami konjungsi (conjunction). Hilal merupakan kriteria pengiraan awal bulan. Setelah nampak Hilal, umat Islam biasanya dapat dengan yakin menentukan awal Ramadhan.

Ada perbezaan pendapat mengenai hilal bulan Ramadhan setiap tahunnya. Ini kerana penggunaan dua kaedah yang berbeza yakni melalui Rukyah (melalui pandangan mata) dan Hisab (melalui perkiraan astronomi).

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Solat Tarawih

Sepanjang bulan Ramadhan umat Islam memperbanyak ibadah. Selain mendirikan solat wajib juga dianjurkan untuk melakukan solat tarawih. Solat tarawih merupakan solat sunat yang dilakukan khusus pada bulan Ramadhan saja. Solat tarawih boleh dilakukan sendiri-sendiri atau juga berjamaah di masjid. Ada fakta menarik tentang solat tarawih ini, Rasulullah SAW hanya pernah melakukan secara berjamaah sebanyak 3 kali saja. Rasul kemudian tidak meneruskan pada malam-malam berikutnya kerana khuatir umat Islam akan berfikir solat ini (solat tarawih) diwajibkan.
Nuzulul Qur'an dan Lailatul Qadar

Nuzulul Qur'an adalah malam di mana Al Qur'an pertama kali diturunkan. Pada masa tersebut surah Al-Alaq ayat 1-5 diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di gua Hira. Terdapat perbezaan pendapat ulama mengenai tanggal pasti Nuzulul Qur'an, namun banyak yang menyakini pada 17 Ramadhan terjadi Nuzulul Qur'an.

Lailatul Qadar malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Qadr ayat 1-5:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur`an) pada malam kemuliaan.
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Lailatul Qadar diyakini berada di 10 malam terakhir bulan Ramadhan terutama pada malam ganjil.

"Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhan" (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169).

Zakat Fitrah

Zakat fitrah merupakan kewajiban zakat yang dikeluarkan oleh umat Islam yang berkemampuan. Besarnya zakat fitrah adalah sebesar satu sha' makanan asasi di daerah berkenaan. Jumlah ini adalah kira-kira 2,5 kilogram atau 3,5 liter beras. Ada 8 golongan penerima zakat fitrah iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, hamba sahaya, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil.

Idul Fitri

Idul Fitri merupakan hari raya setelah menuaikan ibadah bulan suci Ramadhan. dan jatuh pada 1 Syawal. Pada pagi harinya dilaksanakan solat Idul Fitri, biasanya dilakukan di tempat yang luas seperti di tanah lapang, atau malah jalan raya sebagai menampung banyaknya jumlah umat. Hukum dari solat Idul Fitri ini adalah sunat mu'akkad.wikipedia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...