Saturday, August 6, 2011

7 air terjun tertinggi di dunia

7.Yosemite Falls, USA
 


Dengan ketinggian 739 meter (2.425 kaki), Yosemite Falls yang terkenal di dunia adalah air terjun tertinggi yang di ukur di Amerika Utara dan terletak Yosemite National Park.

6.Mutarazi Falls, Zimbabwe
 


Terletak di lembah Honde Zimbabwe dengan ketinggian 762 meter (2,499 kaki)

5.Gocta Cataracts, Peru
 


Terletak di daerah Chachapoyas Amazona, Peru dengan tinggi 771 meter (2,532 kaki)

11 ikan terpantas di dunia

1. Sailfish, max. recorded speed = 110 kilometer perjam



2. Marlin, max. recorded speed = 80 kilometer perjam



3. Wahoo, max. recorded speed = 78 kilometer perjam


Friday, August 5, 2011

Asal mula bulan Ramadhan

Ramadan (bahasa arab: رمضان‎ Ramaḍān, pengucapan bahasa arab: [rɑmɑˈdˤɑːn]) (juga dikenali dengan sebutan Ramadhan, Ramadan, Ramazan) adalah bulan kesembilan dari kalendar Islam, yang berlangsung 29 sehingga 30 hari. Ini adalah bulan puasa umat Islam, di mana umat Islam menahan diri dari makan dan minum sepanjang siang hari dan dimaksudkan untuk mengajarkan umat Islam tentang kesabaran, kerendahan hati, dan ketundukan kepada Allah. 
 
Umat Islam berpuasa kerana Allah dan berdoa lebih banyak dari biasanya. Dibandingkan dengan kalendar matahari, awal Ramadhan bervariasi, bergerak ke belakang kira-kira sebelas hari setiap tahun, bergantung pada pergerakan bulan. Umat Islam percaya Ramadhan merupakan bulan penuh berkah, juga bulan di mana ayat-ayat pertama dari Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Asal Ramadhan

Kata Ramadhan berasal dari akar bahasa arab ر م ﺿ, seperti dalam kata-kata "ramiḍa" atau "ar-ramaḍ" yang bererti panas yang membahang. Sebelum Islam, nama untuk bulan Ramadhan adalah Natiq dan jatuh pada musim yang panas. Kata demikian dipilih, baik kerana mewakili iklim asal pada bulan tersebut dan atau juga kerana keadaan fisiologi yang dialami semasa berpuasa. 
 
Dalam Al Qur'an, Allah berfirman bahawa "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)

Awal Ramadhan

pergerakan bulan

Hilal adalah proses menampakkan bulan dengan mata terbuka yang paling awal kelihatan menghadap bumi setelah bulan mengalami konjungsi (conjunction). Hilal merupakan kriteria pengiraan awal bulan. Setelah nampak Hilal, umat Islam biasanya dapat dengan yakin menentukan awal Ramadhan.

Ada perbezaan pendapat mengenai hilal bulan Ramadhan setiap tahunnya. Ini kerana penggunaan dua kaedah yang berbeza yakni melalui Rukyah (melalui pandangan mata) dan Hisab (melalui perkiraan astronomi).

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Solat Tarawih

Sepanjang bulan Ramadhan umat Islam memperbanyak ibadah. Selain mendirikan solat wajib juga dianjurkan untuk melakukan solat tarawih. Solat tarawih merupakan solat sunat yang dilakukan khusus pada bulan Ramadhan saja. Solat tarawih boleh dilakukan sendiri-sendiri atau juga berjamaah di masjid. Ada fakta menarik tentang solat tarawih ini, Rasulullah SAW hanya pernah melakukan secara berjamaah sebanyak 3 kali saja. Rasul kemudian tidak meneruskan pada malam-malam berikutnya kerana khuatir umat Islam akan berfikir solat ini (solat tarawih) diwajibkan.

10 projek bangunan menakjubkan yang gagal dibina

10. Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City

 
Hotel Attraction mahu dijadikan bangunan tertinggi di New York pada masa itu. Direkabentuk oleh Antoni Gaudi, tingginya adalah 360 meter, dan nampaknya sangat tak mungkin dapat dibina pada waktu itu. Sedikit sekali fakta yang diketahui tentang projek ini sehinggalah pada tahun 1956, sebuah buku berjudul “The NEw World Called Gaudi” diterbitkan. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan. 

9. The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois


The Illinois dikatakan akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diimpikan oleh Frank Lloyd Wright. Wright percaya bahawa bangunan ini mungkin dibuat, pada waktu itu. Rekaannya terdiri dari 528 tingkat, dengan luas 18,46 kaki persegi. Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu kurang, dan terhadnya lift (elevator) yang diperlukan. Faktor itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini. 


8. Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England


Walaupun banyak orang yang menganggap kalau Fourth Grace adalah proposal terburuk, Arkitek Will Alsop memenangi penghargaan rekaan untuk projek yang dinamakannya “The Cloud” ini. Projek ini diberhentikan kerana masalah dana yang besar untuk membina design spiral yang mahal. Fourth Grace direka untuk pejabat, 107 bilik hotel, dan 50000 kemudahan termasuk bar, restauran, dan galeri.

Thursday, August 4, 2011

10 negara yang mempunyai umat Islam teramai

Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam di dunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pew Research Centre’s Forum on Religion and Public Life. 

Hasil kaji selidik itu didapati lebih banyak umat Islam dari bukan Arab dari kalangan orang Arab. Dianggarkan 1 dalam 4 orang di dunia ini ialah seorang Islam. Dan pada kali ini kami dedahkan kepada anda 10 negara dengan populasi muslim teramai di dunia. Mari kita lihat negara berkenaan.

Morocco/Maghribi

http://img.agoda.net/Map/ms-my/continent1/Country2.gif


Bangsa Arab yang datang telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam di sana dan menjadikan Morocco moden pada abad ke-7 Masihi. Sejak itu hingga ke hari ini ramai bangsa Barbar yang mula memeluk agama Islam. Kini dianggarkan lebih kurang 28,780,000 orang adalah muslim.

Algeria

Bani Umayyah yang pertama kali bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke Aljazair ataupun Algeria setelah penaklukan dari Uqba bin Nafi setelah banyak proses penaklukan dan penukaran yang dibentang pada awal 670-711 Masihi. 

Namun seperti di Timur Tengah, negara ini berusaha untuk menggabungkan Islam dengan penentangan mereka terhadap peraturan luar negeri. Sehingga kini di Algeria dianggarkan hampir 30,530,000 orang adalah muslim.

Nigeria

Penyebaran Islam di Nigeria melalui tiga peringkat iaitu Peringkat Trans Sahara Afrika Selatan, Peringkat Atlantik dan Peringkat Kemerdekaan. Hampir 50% dari seluruh penduduk Nigeria menganut agama Islam iaitu lebih kurang 53 ribu orang adalah muslim.

Mesir

Pada 628 Masihi, Islam mula tersebar ke Mesir dan pada 639 Masihi ketika Islam di bawah pimpinan Saidina Umar Al-Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir. Gabenor Mukaukis pada ketika itu menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan Islam. Dianggarkan hampir 58,630,000 orang adalah muslim.

Amalan yang baik dilakukan di bulan Ramadhan

 http://filhaqiqatulislah.files.wordpress.com/2011/08/kelemahan.jpg

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa

Bagi umat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik. Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa dan hal-hal penting berkaitan dengan puasa adalah :

Membaca Al-Qur’an
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an.

Segera berbuka dan mengakhirkan waktu sahur
Islam tidak akan menyiksa umatnya dengan  perintah puasa menahan lapar dan dahaga. Salah satu contohnya adalah sunat bagi yang puasa untuk segera berbuka jika sudah sampai waktunya ( azan maghrib). Juga sunat hukumnya untuk mengakhirkan waktu makan sahur. Dari segi kesihatan tentu hal ini sangat bermanfaat sekali. Di waktu sahur akhirkan waktunya supaya esok siangnya tidak begitu letih kita menahan lapar. Sedangkan bila azan maghrib tiba segerakan makan / berbuka puasa agar perut yang telah menahan lapar seharian segera terubat.

Mummia Thutmose II - Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah


Menurut kajian yang dilakukan oleh Sejarawan Alan Gardiner, setelah kematian Thutmose I dan masa persinggahannya selama 40 tahun di Madyan / Midian, Musa memutuskan untuk kembali ke tanah Mesir tempat beliau dibesarkan. 
 
Allah menugaskan Musa untuk menyampaikan ajaran agama yang hakiki kepada Fir'aun. Pada masa itu, Mesir dipimpin oleh Raja Thutmose II yang memperisteri Ratu Hatshepsut.

Thutmose II, menurut sejarah bukanlah Fir'aun yang hebat, sebaliknya isterinya Hatshepsut yang banyak berperanan penting bagi kemajuan kerajaan. 
 
Walaupun bukan merupakan pemimpin yang dikatakan berpengaruh, Gardiner tetap meyakini Thutmose II merupakan calon paling kuat fir'aun yang melakukan pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel. Ini kerana banyaknya kesesuaian dengan kajian sejarah yang ia lakukan.

Penyelidikan terhadap Mummi Thutmose II yang ditemui di kawasan Deir el-Bahri pada tahun 1881 mengungkapkan bahawa terdapat banyak bekas cedera di tubuhnya, dan Mummi-nya ditemui tidak dalam keadaan yang sempurna. Ini mungkin menandakan Thutmose II mati secara tidak wajar. 
 

Wednesday, August 3, 2011

Pura-pura menjadi pengemis untuk mendapatkan ilmu

  pura-pura-menjadi-pengemis

Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi menyamar sebagai pengemis untuk mendengar ilmu dari Imam Ahmad bin Hanbal  rahimahullah.

Ini adalah kisah lain, termasuk kisah yang unik lagi menarik, yang terjadi pada diri seorang alim daerah Maghribi, dari kalangan ulama yang melakukan perjalanan dari Maghribi Aqsha ke arah timur. 

Seorang alim daerah Maghribi ini merantau ke timur untuk menemui salah seorang Imam dan mengambil ilmu darinya. Namun, semasa ia sampai kepadanya, ia mendapatinya sedang di isolasi dan di halang , tidak boleh menemui manusia. 

Maka, dia mencari taktik dan cara unik, sehingga dia boleh bertemu dengannya dan mengambil ilmu darinya. Cara yang mungkin tak pernah dibayangkan, kalau seandainya itu tidak terjadi. Dan, sejarah adalah bapanya keajaiban dan keunikan.

Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi. 

Dia adalah Abu Abdurrahman Baqi bin Makhlad Al-Andalusi Al-Hafidz, lahir tahun 201 H. Dia melakukan perjalanan ke Baghdad dengan kedua kakinya. Keinginan besarnya adalah bertemu dengan imam Ahmad bin Hanbal dan mengambil ilmu darinya.

Kisah penyembah berhala mendapat hidayah

penyembah-berhala-dapat-hidayah

Abdul Wahid bin Zaid berkata, “Ketika itu kami naik perahu, angin kencang berhembus menerpa perahu kami, sehingga kami terdampar di sebuah pulau. 
Kami turun ke pulau itu dan mendapati seorang lelaki sedang duduk menyembah patung.”

Kami berkata kepadanya, ‘Di antara kami, para penumpang perahu ini tidak ada yang melakukan seperti yang kamu perbuat.’

Dia bertanya, ‘Kalau demikian, apa yang kamu sembah?’

Kami menjawab, ‘Kami menyembah Allah.’

Dia bertanya, ‘Siapakah Allah?’

Kami menjawab, ‘Dzat yang memiliki istana di langit dan kekuasaan di muka bumi.’

Dia bertanya, ‘Bagaimana kamu boleh mengetahuinya?’

Kami jawab, ‘Dzat tersebut mengutus seorang rasul kepada kami dengan membawa mukjizat yang jelas, maka rasul itulah yang menerangkan kepada kami mengenai hal itu.’

Dia bertanya, ‘Apa yang dilakukan rasul kamu?’

Kami menjawab, ‘Ketika beliau telah selesai menyampaikan risalah-Nya, Allah Subhanahu wa Ta’ala mencabut rohnya. Kini utusan itu telah meninggal.’

Tuesday, August 2, 2011

Kisah pemuda bertakwa pergi mencuri

http://carihikmah.files.wordpress.com/2010/03/hikmah-ketakwaan1.jpg?w=257&h=300
Ada seorang pemuda yang bertakwa, tetapi dia sangat lurus. Suatu masa dia belajar pada seorang syaikh. Setelah lama menuntut ilmu, Syaikh menasihati dia dan teman-temannya, 

“Kamu tidak boleh menjadi beban orang lain. Sesungguhnya, seorang alim yang menadahkan tangannya kepada orang-orang berharta, tidak ada kebaikan dalam dirinya. Pergilah kamu semua dan bekerjalah dengan pekerjaan ayah kamu masing-masing. Sertakanlah selalu ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut.”

Maka, pergilah pemuda tadi menemui ibunya lalu bertanya, “Ibu, apakah pekerjaan yang dulu dikerjakan ayahku?” 

Sambil bergetar ibunya menjawab, “Ayahmu sudah meninggal. Apa urusanmu dengan pekerjaan ayahmu?” Pemuda ini terus meminta agar diberitahu, tetapi ibunya selalu mengelak. 

Kisah berbuka puasa dalam gelap

SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati.

Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti. 

"Assalamualaikum," ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.

"Waalaikumsalam," jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung bagi membuat roti.

"Malam ini kita ada tetamu istimewa," kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.

"Siapakah orang itu?" tanya isterinya pula.

"Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan," jelas Sabit kepada isterinya.

"Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. " kata Sabit kepada isterinya.

"Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?" kata Sabit lagi.

"Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?" tanya isterinya pula.

Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.

10 anjing terpintar

1. Border Collie 

[image]

The Border Collie adalah cerdas dalam semua jenis anjing. Secara amnya anjing pekerja sebagai sejenis anjing yang perlu bekerja untuk menjadi bahagia. Anjing yang terbaik kerana mempunyai ketaatan, kelincahan dan kepantasan.

2. Poodle 

[image]  
The Poodle harus menjadi pilihan anda terbaik dari jenis anjing pintar. Anjing ini digunakan sebagai penyelamat dan anjing berburu.

3. German Sherphed 
 
[image]  
Pengembala Jerman secara keseluruhan mengakui anjing ini sebagai salah satu jenis anjing paling cerdas. Anjing ini berkembang biak sebagai salah satu jenis anjing yang paling dicintai. Anjing ini biasanya digunakan sebagai anjing polis dan anjing penyelamat.

4. Golden Retriever 

[image]  
The Golden Retriever sangat popular sebagai anjing pendamping. Anjing ini sempurna sebagai anjing pemburu walaupun ini berkembang biak anjing ini juga banyak digunakan sebagai anjing pengesan, anjing penunjuk arah dan malah sebagai anjing penyelamat.

Monday, August 1, 2011

Kisah doamu telah terkabul

Ibnu Abi Al-Dunya menceritakan bahawa ada seseorang mimpi bertemu dengan Nabi SAW. Dalam mimpinya itu beliau berkata: “Pergilah kepada orang Majusi yang berada di Baghdad. Katakan kepadanya: Doamu telah terkabul.”

Orang tersebut bercerita: Pada pagi harinya aku berfikir: Bagaimana aku boleh menemui orang Majusi itu. Pada malam berikutnya aku bermimpi yang sama. 
Pada malam yang ketiga aku juga mengalami mimpi yang sama. Maka pada pagi hari aku pun pergi ke Baghdad dan menemui orang Majusi itu. Ternyata dia adalah seorang saudagar yang kaya raya.

Kemudian aku masuk dan mengucapkan salam. Ia bertanya: Apakah kamu ada keperluan? Aku menjawab: Ya. Ia berkata: Katakan. Aku berkata: Kita harus berbicara empat mata. Kemudian orang-orang yang ada di situ keluar dan tinggallah para sahabatnya. Aku berkata lagi: Mereka juga harus keluar. Maka ia menyuruh mereka keluar dan berkata: Silahkan katakan.

Malaikat berdoa untuk orang-orang ini

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLngghAdErt5o8JD9CXrHfLhfldvOaB2uZEBthdmHjsaU_lV4XPt6MGzypPPmd908yIfjMJ1D-m3A807D7E4B6XiwXBW6SZs05QcTb2V1c9uxt-voTHpjskVzVJPflrYESIIXORoh5yzM/s400/images.jpg

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Jadi siapa yang tak ingin didoakan oleh makhluk Allah yang paling taat ini?


Kalau ingin didoakan para malaikat, lakukanlah amal soleh berikut ini.


1.. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan
dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" 
(hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2.. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3.. Orang - orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam shalat. Imam Abu
Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan"  (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

Sunday, July 31, 2011

Fakta pembentukan hujan dalam al-Quran



"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Perhatikan isyarat  yang Allah berikan melalui satu ayat............ betul betul satu ayat diatas yang menjelaskan proses terjadinya hujan, jauh sebelum kita mengenal ilmu pengetahuan moden.

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin..."
Gelembung-gelembung udara yang jumlahnya tak terhitung yang dibentuk dengan pembuihan di lautan, pecah terus-menerus dan menyebabkan partikel-partikel air menuju ke langit. Partikel-partikel ini, yang kaya akan garam, lalu diangkut oleh angin dan bergerak ke atas di atmosfera. Partikel-partikel ini, yang disebut aerosol, membentuk awan dengan mengumpulkan wap air di sekelilingnya, yang naik lagi dari laut, sebagai titik-titik kecil dengan mekanisme yang disebut "perangkap air".

“...lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal..."
Awan-awan terbentuk dari wap air yang menjadi embun di sekeliling butir-butir garam atau partikel-partikel debu di udara. Kerana air hujan sangat kecil (dengan diamter antara 0,01 dan 0,02 mm), awan-awan itu bergantungan di udara dan terbentang di langit. Jadi, langit ditutupi dengan awan-awan.

Faktor kelawar bersembunyi semasa hujan

Beberapa jenis kelawar tetap mampu terbang di keadaan gerimis kecil. Namun semasa hujan semakin lebat, kelawar segera mencari tempat perlindungan. Penyelidikan terbaru yang diterbitkan di jurnal Biology Letters menyatakan punca mengapa kelawar bersembunyi semasa hujan.
 
http://media.vivanews.com/thumbs2/2011/05/04/110312_kelelawar-membutuhkan-energi-dua-kali-lipat-saat-terbang-dalam-kondisi-basah-_300_225.jpg

Ternyata, kelawar harus berusaha lebih kuat agar boleh terbang ketika bulu-bulu dan sayapnya basah.

Dalam serangkaian penyelidikan yang dilakukan di Costa Rica, pengkaji mempelajari tingkah laku kelawar Sowell (Carollia sowelli) berekor pendek, spesies kelawar dari keluarga Phyllostomidae yang umum ditemuidi sekitar Mexico, Amerika tengah, sehingga ke Panama semasa terbang di ruang berukuran luas.

Dikutip dari Science Now, sesekali pengkaji membasahkan kelawar-kelawar itu dengan air paip, kadang membiarkan kelawar tersebut terbang dalam keadaan basah di bawah curahan air hujan.