Friday, December 2, 2011

Dari Tunisia, kemudian Maghribi dan kini Mesir

 http://emajmagazine.com/wp-content/uploads/2011/05/muslim-brotherhood.jpg
Dalam pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), nampaknya akan memenangi plihanraya parlimen Mesir. Menurut hasil pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat sokongan 40 peratus. 

Sementara itu, Parti al-Nour yang didirikan oleh kumpulan Salafi kemungkinan mendapatkan 70 kerusi. Meskipun, pemerintah melewatkan pemunguman keputusan pilihanraya, sehingga hari Jum'at atau Sabtu.


Nampaknya, pasca regim-regim kuku besi di dunia Arab dan Afrika Utara, seperti Zine el Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Ali Abdullah Saleh, Muammar Gaddafi, Bashar al-Assad, dan sejumlah negara lainnya, seperti Maghiribi, Algeria dan Jordan, kekuatan politik Islam akan mengambil alih kekuasaan di beberapa negara.


Sesudah Parti An-Nadhah yang dipimpin Prof. Rashid Ghannoushi memenani pilihanraya Tunisia, di susuli Parti Islam Keadilan Maghribi, juga memenangi pilihanraya di negeri Afrika Utara itu. 

Sementara itu, pilihanraya di Mesir, negeri yang paling tinggi jumlah penduduknya di dunia Arab yang jumlahnya mencapai 86 juta,nampaknya Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP)), yang didirikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin memenangi pilihanraya. 

Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan semakin mengukuhkan perubahan di dunia Arab dan Afrika menuju Islam.


Pengiraan keputusan pilihanraya


Hasil kiraan awal pilihanraya pertama Mesir selama enam dekad , yang diterima pada Khamis, Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi majoriti di parlimen. 

Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan ini, semakin menunjukkan perubahan politik yang luas di dunia Arab dan Afrika, pasca revolusi telah memberikan peluang yang lebih besar kepada Jamaah Ikhwan.


Ikhwanul Muslimin, sebuah Jamaah yang tertua dan lahir di tahun l928, yang didirikan oleh Hasan al-Banna, layak mendapatkan dukungan politik dari rakyat Mesir. 

Kumpulan Islam yang terorganisasi dengan sangat baik di Mesir telah memiliki pengalaman politik yang sangat luar biasa menghadapi para regim kuku besi. Jamaah Ikhwan menghadapi kehidupan politik yang sangat keras, hampir satu abad.


Para pemimpinnya terus berjuang dengan sabar menghadapi penindasan politik. Bahkan banyak para tokohnya yang syahid, termasuk pengasasnya al-syahid Hasan al-Banna yang maut ditembak aparat penguasa Mesir. 

Sebahagian diantara mereka ada yang dihukum gantung, seperti Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah, dan sejumlah tokoh Ikhwan lainnya, yang menolak mendukung Presiden Gamal Abdul Nasser.


Para pemerhatil politik melihat kemungkinan Parti Kebebasan dan Keadilan mendapatkan kira-kira 40 peratusundi , yang merupakan keputusan pusingan pertama pemungutan suara.


Keberhasilan kekuatan politik Islam dalam pilihanraya Mesir, yang mempunyai posisi strategik secara geopolitik, selterusnyanya akan mempunyai spektrum politik yang luas bagi dunia Arab dan Afrika Utara. 

Ini akan terus mendorong perubahan di seluruh kawasan. Kemenangan kekuatan politik Islam itu, kerana faktor keikhlasan dan kesabaran serta kesungguhan para pemimpin yang sudah menghadapi penindasan, tanpa harus bersikap pragmatis dan oportunis terhadap para penguasa yang kuku besi.


Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani, mengatakan kekuatan kumpulan Islam kemungkinan besar akan mengambil alih kekuasaan di seluruh dunia Arab dan Afrika Utara, pasca revolusi, ujarnya.


Pejabat Parti Kebebasan dan Keadilan mengatakan partinya akan memenangi pilihanraya dalam perebutan kerusi parlimen sekkurang-kurangnya sepertiga dari jumlah kerusi parlimen. 

Sementara itu, Parti Al-Nour, salah satu dari kumpulan Islam Salafi, mengatakan bahawa al Nour akan mendapat 70 kerusi di majlis yang baru.


Kemungkinan parti-parti Islam akan membentuk blok majoriti yang solid di parlimen. Nampaknya, kekuatan Ikhwan dan Salafi di parlimen Mesir masa hadapan akan menjadi kekuatan penentu dalam politik di Mesir.


Bahaya Demokrasi


Ali Khafagi, pemimpin komite pemuda Parti Kebebasan dan Keadilan, mengatakan, tujuan Ikhwan adalah mengakhiri rasuah dan melakukan reformasi dan pembangunan ekonomi.


Keutamaa Jamaah Ikhwan melalui Parti Kebebasan dan Keadilan adalah membenteras kemiskinan, yang menjadi warisan Hosni Mubarak. 

Mungkin langkah pertama yang akan dilakukan Parti Kebebasan dan Keadilan adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memerangi kemiskinan, dan meyakinkan para pengundi, bahawa mereka mampu mengatasi masalah rakyat Mesir, yang sudah berlangsung berpuluh-puluh tahun.


Setiap pemerintah baru harus bergelut dengan krisis ekonomi yang telah memaksa mata wang Mesir ke tahap terendah dalam hampir tujuh tahun ini. Pelaburan di Mesir juga turun drastik akibat revolusi, termasuk di bidang pelancungan.


Dewan Agung Tentera (SCAF) Mesir yang dipimpin Marsal Ahmad Husien Tantawi, kemungkinan tahun depan, segera akan menyerahkan kekuasaannya kepada pemerintahan awam. 

Setelah selesai pemilihan presiden. Sebuah perubahan yang sangat menarik, yang dimulai dari penumbangan regim Hosni Mubarak, dan pengalihan kekuasaan melalui pilihanraya.


Sebelumnya, kelompok nasionalis dan sekular yang dipimpin Mohammad el-Baradei, berusaha menghalang kemaraan kumpulan Islam dengan cara melakukan pendudukan Tahrir Square, dan memaksa Marsal Tantawi menyerahkan kekuasaan tentera kepada el-Baradei, tetapi itu gagal.


Namun, nampaknya sesudah Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi pilihanraya, kemungkinan segera akan membentuk pemerintahan baru. Posisi perdana menteri kemungkinan akan jatuh kepada Parti Kebebasan dan Keadilan. 

Hal itu, seperti dikemukakan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan, pada hari Selasa lepas.


Perdana Menteri Essam Sharaf telah mengundurkan diri semasa berlangsung tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square, yang mengorbankan 42 orang , dan menjadi pusat pemberontakan anti-Mubarak.


Kemudian, Kamal al-Ganzouri, diminta oleh tentera membentuk "Pemerintah Keselamatan Nasional", bertujuan untuk menyelesaikan tugas berikutnya, tetapi dia mengakui pada Rabu bahawa lima calon presiden telah menolak undangan untuk bergabung dengan kabinetnya.


Sejarah baru di dunia Arab dan Afrika Utara berubah. Di mana regim-regim kuku besi yang nasionalis dan sekular telah berakhir dan ditumbangkan oleh kekuatan rakyatnya. Sekarang kekuatan baru yang digerakkan kumpulan Islam mengambil alih kekuasaan.


Namun, tidak sedikit para pemimpin dan tokoh Gerakan Islam yang jatuh tertelungkup, sesudah menggapai kekuasaan, dan meninggalkan tugasnya yang asas, menegakkan Islam.


Kerana, demokrasi boleh menjadi "candu" yang mengangu gugat komitmen mereka bagi menegakkan Islam, dan mengkompromikan dengan kepentingan duniawi. Adakah akan ada kehidupan lebih baik? Eramuslim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...