Dalam pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP),
nampaknya akan memenangi plihanraya parlimen Mesir. Menurut hasil
pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat sokongan 40
peratus.
Sementara itu, Parti al-Nour yang didirikan oleh kumpulan
Salafi kemungkinan mendapatkan 70 kerusi. Meskipun, pemerintah
melewatkan pemunguman keputusan pilihanraya, sehingga hari Jum'at atau Sabtu.
Nampaknya, pasca regim-regim kuku besi di dunia Arab dan
Afrika Utara, seperti Zine el Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Ali
Abdullah Saleh, Muammar Gaddafi, Bashar al-Assad, dan sejumlah negara
lainnya, seperti Maghiribi, Algeria dan Jordan, kekuatan politik Islam
akan mengambil alih kekuasaan di beberapa negara.
Sesudah
Parti An-Nadhah yang dipimpin Prof. Rashid Ghannoushi memenani
pilihanraya Tunisia, di susuli Parti Islam Keadilan Maghribi, juga memenangi
pilihanraya di negeri Afrika Utara itu.
Sementara itu, pilihanraya di Mesir,
negeri yang paling tinggi jumlah penduduknya di dunia Arab yang jumlahnya
mencapai 86 juta,nampaknya Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP)), yang
didirikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin memenangi pilihanraya.
Kemenangan
Parti Kebebasan dan Keadilan semakin mengukuhkan perubahan di dunia
Arab dan Afrika menuju Islam.
Pengiraan keputusan pilihanraya
Hasil kiraan awal pilihanraya pertama Mesir selama enam dekad , yang diterima pada Khamis, Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi majoriti
di parlimen.
Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan ini, semakin
menunjukkan perubahan politik yang luas di dunia Arab dan Afrika, pasca
revolusi telah memberikan peluang yang lebih besar kepada Jamaah
Ikhwan.
Ikhwanul Muslimin, sebuah Jamaah yang tertua dan lahir di
tahun l928, yang didirikan oleh Hasan al-Banna, layak mendapatkan
dukungan politik dari rakyat Mesir.
Kumpulan Islam yang terorganisasi
dengan sangat baik di Mesir telah memiliki pengalaman politik yang
sangat luar biasa menghadapi para regim kuku besi. Jamaah Ikhwan menghadapi
kehidupan politik yang sangat keras, hampir satu abad.
Para
pemimpinnya terus berjuang dengan sabar menghadapi penindasan
politik. Bahkan banyak para tokohnya yang syahid, termasuk pengasasnya
al-syahid Hasan al-Banna yang maut ditembak aparat penguasa Mesir.
Sebahagian
diantara mereka ada yang dihukum gantung, seperti Sayyid Qutb, Abdul
Qadir Audah, dan sejumlah tokoh Ikhwan lainnya, yang menolak mendukung
Presiden Gamal Abdul Nasser.
Para pemerhatil politik melihat kemungkinan
Parti Kebebasan dan Keadilan mendapatkan kira-kira 40 peratusundi , yang merupakan keputusan pusingan pertama pemungutan suara.
Keberhasilan
kekuatan politik Islam dalam pilihanraya Mesir, yang mempunyai posisi
strategik secara geopolitik, selterusnyanya akan mempunyai spektrum
politik yang luas bagi dunia Arab dan Afrika Utara.
Ini akan terus
mendorong perubahan di seluruh kawasan. Kemenangan kekuatan politik
Islam itu, kerana faktor keikhlasan dan kesabaran serta kesungguhan
para pemimpin yang sudah menghadapi penindasan, tanpa harus bersikap
pragmatis dan oportunis terhadap para penguasa yang kuku besi.
Perdana
Menteri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani, mengatakan kekuatan
kumpulan Islam kemungkinan besar akan mengambil alih kekuasaan di seluruh
dunia Arab dan Afrika Utara, pasca revolusi, ujarnya.
Pejabat
Parti Kebebasan dan Keadilan mengatakan partinya akan memenangi pilihanraya dalam perebutan kerusi parlimen sekkurang-kurangnya sepertiga
dari jumlah kerusi parlimen.
Sementara itu, Parti Al-Nour, salah satu
dari kumpulan Islam Salafi, mengatakan bahawa al Nour akan mendapat 70 kerusi di majlis yang baru.
Kemungkinan parti-parti Islam akan
membentuk blok majoriti yang solid di parlimen. Nampaknya, kekuatan
Ikhwan dan Salafi di parlimen Mesir masa hadapan akan menjadi kekuatan
penentu dalam politik di Mesir.
Bahaya Demokrasi
Ali
Khafagi, pemimpin komite pemuda Parti Kebebasan dan Keadilan,
mengatakan, tujuan Ikhwan adalah mengakhiri rasuah dan melakukan
reformasi dan pembangunan ekonomi.
Keutamaa Jamaah Ikhwan
melalui Parti Kebebasan dan Keadilan adalah membenteras kemiskinan,
yang menjadi warisan Hosni Mubarak.
Mungkin langkah pertama yang akan
dilakukan Parti Kebebasan dan Keadilan adalah meningkatkan
pertumbuhan ekonomi, memerangi kemiskinan, dan meyakinkan para pengundi,
bahawa mereka mampu mengatasi masalah rakyat Mesir, yang sudah
berlangsung berpuluh-puluh tahun.
Setiap pemerintah baru harus
bergelut dengan krisis ekonomi yang telah memaksa mata wang Mesir ke tahap terendah dalam hampir tujuh tahun ini. Pelaburan di Mesir juga
turun drastik akibat revolusi, termasuk di bidang pelancungan.
Dewan
Agung Tentera (SCAF) Mesir yang dipimpin Marsal Ahmad Husien
Tantawi, kemungkinan tahun depan, segera akan menyerahkan kekuasaannya
kepada pemerintahan awam.
Setelah selesai pemilihan presiden. Sebuah
perubahan yang sangat menarik, yang dimulai dari penumbangan regim Hosni
Mubarak, dan pengalihan kekuasaan melalui pilihanraya.
Sebelumnya,
kelompok nasionalis dan sekular yang dipimpin Mohammad el-Baradei,
berusaha menghalang kemaraan kumpulan Islam dengan cara melakukan pendudukan Tahrir
Square, dan memaksa Marsal Tantawi menyerahkan kekuasaan tentera
kepada el-Baradei, tetapi itu gagal.
Namun, nampaknya sesudah
Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi pilihanraya, kemungkinan segera
akan membentuk pemerintahan baru. Posisi perdana menteri kemungkinan
akan jatuh kepada Parti Kebebasan dan Keadilan.
Hal itu, seperti
dikemukakan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan, pada hari
Selasa lepas.
Perdana Menteri Essam Sharaf telah mengundurkan
diri semasa berlangsung tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square, yang
mengorbankan 42 orang , dan menjadi pusat pemberontakan
anti-Mubarak.
Kemudian, Kamal al-Ganzouri, diminta oleh tentera
membentuk "Pemerintah Keselamatan Nasional", bertujuan untuk
menyelesaikan tugas berikutnya, tetapi dia mengakui pada Rabu bahawa
lima calon presiden telah menolak undangan untuk bergabung dengan
kabinetnya.
Sejarah baru di dunia Arab dan Afrika Utara berubah.
Di mana regim-regim kuku besi yang nasionalis dan sekular telah berakhir
dan ditumbangkan oleh kekuatan rakyatnya. Sekarang kekuatan baru yang
digerakkan kumpulan Islam mengambil alih kekuasaan.
Namun, tidak
sedikit para pemimpin dan tokoh Gerakan Islam yang jatuh tertelungkup,
sesudah menggapai kekuasaan, dan meninggalkan tugasnya yang asas,
menegakkan Islam.
Kerana, demokrasi boleh menjadi "candu" yang
mengangu gugat komitmen mereka bagi menegakkan Islam, dan
mengkompromikan dengan kepentingan duniawi. Adakah akan ada kehidupan
lebih baik? Eramuslim
No comments:
Post a Comment