Dalam buku Tugas Cendikiawan Muslim, penulis dan pemikir terkenal dari
Iran, Ali Shariati (1933-1975) menegaskan betapa ada “triniti sosial”
yang selalu bergabung dalam melakukan penindasan dalam masyarakat.
Firaun (kuasa), Bal’am (agamawan) dan Qarun (harta) merupakan tiga
individu di dalam al-Quran yang telah dihuraikan oleh Shariati sebagai
pewaris legasi Qabilian dalam pergelutan antara haq dan batil, keadilan
dan kezaliman.
Antara ketiga-tiga simbol kezaliman tersebut, saya
berminat menghuraikan mengenai simbol kekuasan dan politik iaitu Firaun,
memandangkan menerusi perbincangan ini kita juga bisa melihat
penyalahgunaan agama dan pemonopolian harta.
Firaunism dan agama
Ramai yang seolah-olah tersilap faham mengenai hubungan antara Firaun dan agama, disebabkan Firaun sepertimana telah disebut dalam al-Quran dan juga Bible merupakan watak seorang raja yang menolak ajaran seorang Rasul.
Namun demikian, jangan kita lupa apa yang tersirat dalam pemerintahan dan pengamalan kasta pada zaman Firaun, sistem kasta piramid sosial sebagaimana bisa ditemui dalam banyak tulisan dan buku kajian mengenai tamadun purba Mesir menunjukkan bahawa kumpulan pendeta dan bangsawan (high priests and nobles ) pada zaman itu merupakan penghuni kelas yang ketiga selepas Firaun dan penasihatnya (Vizier, Haman merupakan vizier kepada Firaun pada zaman Musa as).

Vizier dipilih
oleh Firaun untuk menjadi rujukan dan mendapat nasihat sebelum membuat
keputusan, para pengkaji menyebutkan bahawa dalam pelbagai zaman pendeta
agama dilantik sebagai Vizier oleh Firaun, selain itu vizier dan
pendeta lebih utama untuk berada dalam barisan pentadbiran jika
dibandingkan dengan kelompok bangsawan.
Melihat pada kelas-kelas pada piramid sosial tersebut menunjukkan bahawa peranan agama dalam administratif monarki di Mesir sangat tinggi pengaruhnya dan di sinilah timbul persoalan, apakah peranan terpenting agama dalam pemerintahan firaun?
Apabila kita melihat kelompok terakhir dalam piramid sosial tersebut iaitu para hamba dan petani/buruh (slaves and farmers) yang merupakan peratus tertinggi dalam populasi masyarakat Mesir Purba, seakan-akan sebahagian daripada jawapan telah diperoleh untuk menjawab soalan di atas.

Apakah rasionalnya sebuah agama jika penindasan dan
kezaliman dihalalkan? Di manakah relevansi agama tatkala suara rakyat
dihalang sementara kemuncak firaunism pula ialah deklarasi wajibnya
kepatuhan dan ketuhanan tanpa soal, tiadanya konsep semak imbang?
Agama yang dicandukan
Pengamalan agama secara tidak jujur dan berkepentingan sebegitu telah berleluasa dalam sejarah Barat dan Muslim, justeru tidak hairanlah Karl Marx (1818-1883) mengkritik peranan agama dengan menyatakan:
“Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people. The abolition of religion as the illusory happiness of the people is the demand for their real happiness. To call on them to give up their illusions about their condition is to call on them to give up a condition that requires illusions. The criticism of religion is, therefore, in embryo, the criticism of that vale of tears of which religion is the halo.”
Kritikan tersebut sewajarnya diterima secara kritikal oleh kita, bahawasanya telah berlaku dan sedang berlaku tindakan pembodohan atas nama agama.

Tatkala rakyat menderita dengan
inflasi yang diakibatkan salah guna kuasa, maka ketika itulah agamawan
kerajaan berperanan menyeru kepada kepentingan syukur! Apabila
penindasan dan pengamalan dictator semakin berleluasa, tika itu
televisyen menyiarkan forum agama tentang haramnya demonstrasi aman.
Pembodohan atas nama agama merupakan rukun utama firaunism, sebagaimana ternukil dalam al-Quran (al-Zukhruf : 54):
“Maka firaun mempengaruhi kaumnya, lalu mereka patuh kepadanya, sesungguhnya mereka (kaumnya) itu dari kalangan orang-orang fasiq”
Firaun memperolok dan memperendah akal kaumnya, lantas kaum yang tidak berfikir itu menuruti dan menyahut segala arahan, tanpa soal dan tanpa bantahan.

Kebodohan rakyat dan sikap “redha” merupakan syarat asas dalam
mengekalkan Firaun di tampuk kuasa, sementelah Firaun telah mendapat
bantuan pendeta agama dan memutar belit falsafah agama.
Malahan dalam
strategi politik kolonial, sememangnya sesuatu bangsa itu akan dibiarkan
terus dalam kitaran kebodohan dan pasif dalam isu-isu politik dan
kebangsaan.
Lebih mendukacitakan apabila sentimen agama dan perkauman telah dimanipulasi demi mengekalkan kekuasaan, isu-isu agama diputar 180 darjah demi menutup segala amalan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan dalam pemerintahan.

Institusi-institusi fatwa yang
terang-terangan tidak bebas daripada pengaruh pemerintah pula akan
mengeluarkan fatwa-fatwa dalam pelbagai isu kecil dan sudah diketahui
hukumnya oleh majority umat Islam, sambil mendiamkan diri daripada
laporan audit yang menyentuh soal penyelewengan wang dan “ghaibnya”
harta rakyat.
Kepentingan mengekalkan pemerintah korup yang satu bangsa
dan satu agama dengan rakyat majoriti telah didoktrin kononnya demi
menegakkan keIslaman dan kebangsaan, lantas sentiment keagamaan itu
telah menghanyutkan sampah sarap kezaliman dan kediktatoran.
Pengalaman Ghannouchi dan Gerakan Islah
Satu ketika dahulu, Ghannouchi (1941-sekarang )merumuskan bahawa salah satu halangan untuk menentang rejim zalim di Tunisia (sekitar 1970-an) ialah at-tadayyun at-taqlidi at-tunisi (the traditional Tunisian religiosity)yang mengandungi tiga unsur iaitu mazhab fiqh Imam Malik, doktrin akidah al-Ash ‘ariyah dan Sufism. Dalam buku biografi pemikiran Ghannouchi, Azzam Tamimi menulis sebagaimana berikut:
“He sees the exclusive adoption of the Maliki school of fiqh (jurisprudence) as a sign of rigidity and intolerance, and consequently a restriction of ijtihad. The adoption of the al-Ash’ariyah doctrine of theology, in his analysis, compounded the crisis, because the doctrine tends toward al-jabariyah (fatalism).”
Menurut beliau juga, Sufism di Tunisia juga telah mengajarkan budaya penyerahan tanpa soal kepada guru (konsep murid dan shaykh dalam sesetengah tarekat), Ghannouchi berpendirian untuk menentang fatalism dan fahaman taqlid dalam bermazhab.

Beliau
berpandangan, fatalism mesti diganti dengan free will (menurut doktrin
taqdir Ibn Taymiah) dan Ghannouchi sendiri merupakan penulis dan
pengkaji pertama dalam dunia kontemporari Tunisia yang menghasilkan
tulisan tentang Ibn Taymiah menerusi buku beliau bertajuk al-Qadar ‘inda
Ibn Taymiah (Destiny in the thought of Ibn Taymiah/ al-Qadar menurut
pandangan Ibn Taymiah).
Selain itu menurut beliau perubahan hanya akan
dicapai sekiranya taqlid diganti dengan budaya ijtihad dan ketaatan buta
terhadap guru tarekat diganti dengan sikap yang diasaskan pada
kesamaan, kebebasan memilih dan menghilangkan sakral dan kesucian
tokoh-tokoh sufi.
Syahdan, apa yang dilalui oleh Ghannouchi merupakan resam setiap agenda islah, bahkan itu juga yang pernah dilalui oleh Shaykh Muhammad Abduh dan diteruskan oleh murid-muridnya di banyak ceruk dunia dan tidak berkecuali di Tanah Melayu.
Selain Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin, Zaaba (1895-1973) juga merupakan tokoh yang penting dalam berhadapan dengan konservatif agama. Bukunya, “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” sarat dengan pelbagai mesej mengkritik budaya taqlid buta, “redha” dengan pembodohan dan menyeru kepada budaya berfikir yang baru dalam beragama terutama dalam kalangan bangsa Melayu.

Pemikiran dan tulisan Zaaba telah ditentang oleh
para konservatif agama di Perak pada satu masa dahulu, lalu
tulisan-tulisan beliau dilarang daripada disebarkan, namun akhirnya
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil tanggungjawab menyebarkan
khazanah bernilai tersebut kepada masyarakat.
Antara kata-kata Zaaba dalam buku tersebut ialah: “Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya.” (m.s 24)
Secara umumnya, kita dapat melihat dalam merawat krisis umat, Abduh, al-Banna, Ghannouchi, Syed Syeikh al-Hadi, Zaaba dan lain-lain telah menawarkan pendidikan dan pencerahan akal dalam mengeluarkan umat daripada kelemahan menuju kekuatan.
How Islamic are Islamic Countries?
Tragedi pembodohan atas nama agama tidak berhenti setakat itu sahaja, malahan dalam berpolitik dan bernegara, masih banyak terdapat “self-declared Islamic State” yang berdiri tegak dengan memutar belit hujah-hujah agama.

Wacana kebebasan dimulakan dengan “kebebasan dalam Islam ada
hadnya”, lantas diceritakan had-hadnya hingga ditinggalkan makna
kebebasan daripada disebar dan diamal. Wacana hak asasi manusia dan
demokrasi ditolak kerana katanya ia berasal dari Barat, lantas
dipraktikkan apa yang diakui mereka sebagai nilai-nilai Islam sambil
menolak pandangan-pandangan sarjana lain.
Dalam hal ini, rasionalnya
persoalan yang dikemukakan oleh Scheherazade S. Rehman dan Hossein
Askari dalam sebuah makalah yang disertai statistic, “How Islamic are
Islamic Countries?”
Kajian yang menjadikan isu-isu ekonomi, keadilan, akauntabiliti, tata-kelola yang baik (good governance), isu pendidikan dan nilai-nilai utama yang lain (Sebelum mengemukakan hasil kajian, Rehman dan Askari telah menguraikan dengan agak terperinci mengenai nilai-nilai yang diambil kira, sila rujuk lanjut kajian tersebut) telah menobatkan anggota OIC (Organization of Islamic Conference) di tangga yang terkebelakang dan corot berbanding negara-negara bukan Islam yang lain.

New Zealand, Luxembourg, Ireland,
Iceland telah mendahului senarai Overall Islamicity Index Rank,
sementara jaguh negara agama seperti Arab Saudi dan Iran masing-masing
menduduki tangga ke-131 dan 163.
Sekali lagi diulang pertanyaan, sejauh manakah Islamnya Negara Islam? Asas-asas dan nilai yang disediakan Islam dalam konsep kenegaraan sangat jelas, bahkan menurut Rehman dan Askari, lebih teliti berbanding doktrin dalam agama Kristian.

Namun mengapakah negara-negara yang mengistiharkan pemisahan antara
negara dan gereja (agama) mendahului kategori negara yang mempraktikkan
nilai-nilai Islam jika dibandingkan dengan self-declared Islamic
Countries?
Dalam menjawab persoalan tersebut, saya merujuk kembali kepada perbincangan kita di atas iaitu bahawa budaya firaunism seperti memanipulasi peranan agama, pengsakralan pemerintah, menghalang hak asasi rakyat, pembodohan terhadap rakyat (menyekat maklumat-maklumat menerusi kawalan terhadap media) dan seumpamanya telah mendominasi sesetengah negara umat Islam.

Maka menjadi tanggungjawab umat yang sedar
untuk merubah dan merawati masyarakat, selain menentang segala macam
unsur-unsur firaunism, atas apa nama sekalipun sama ada akta mahupun
rang undang-undang.
Menentang firaunism ialah tanggungjawab utama
manusia, selain merupakan bukti keluruhan keimanan manusia beragama.
Bagaimana bisa diakui hidup berTuhan sekiranya dalam masa yang sama
membiarkan peraturan dan manusia angkuh berlagak Tuhan?
Demokrasi dan kebebasan bersuara
Terbaru di tanah air kita, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman telah diluluskan oleh parlimen (khasnya menerusi pihak Kerajaan sementara ahli parlimen Pakatan Rakyat telah sebulat suara membantah).

Hal yang
sungguh mendukacitakan ini berlaku setelah beberapa tragedi tragis
menimpa demokrasi di tanah air seperti tindakan polis terhadap
demonstran Bersih (Julai 2011) dan hak kebebasan akademik yang dicabul.
Kebebasan bersuara dan berhimpun merupakan salah satu rukun terpenting demokrasi. Tindakan menyekatnya atas apa jua nama mengingatkan kita dengan peristiwa Firaun yang menyatakan kepada kaumnya (al-Ghafir : 29) :
“Wahai kaumku! Kamulah yang memiliki kerajaan (Mesir) pada hari ini, kamulah yang terkemuka di dunia ini, tetapi siapakah yang dapat menolong kita dari azab Allah jika azab itu menimpa kita?

Jawab Firaun: Aku tidak
kemukakan fikiranku melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak
tunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.”
Salah seorang yang beriman dengan ajaran Musa as telah menasihati Firaun menerusi ruang yang ada, namun dijawab penuh kesombongan oleh Firaun, “Aku tidak kemukakan fikiranku melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak tunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.”

Jawapan itu telah
menutup pintu semak imbang, akauntabiliti dan bantahan daripada
masyarakat. Jawapan itu jugalah yang akan menyebabkan kediktatoran
berkekalan atas nama pemerintah sentiasa betul!
Pengamalan menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun petanda kepada malapetaka yang besar menimpa seluruh manusia dan tidak menghormati karamah insaniah (human dignity) kerana dalam dunia hari ini, hak untuk bersuara merupakan antara hak paling asas yang dimiliki insan. Prof Tariq Ramadhan dalam bukunya The Quest For Meaning menyatakan:
"At the human and physiological level, the first freedom is the freedom we acquire once we have satisfied our elementary natural needs.” (pg. 55)
Kenyataan daripada Prof Tariq itu lebih menekankan bahawa apalah gunanya kehidupan sebagai seorang manusia sekiranya hak-hak asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal (keperluan terdesak/dharuri) masih tak terjamin, dan dalam konteks hari ini ketempangan pemerintahan dan salah guna kuasa antara yang menyumbang ke arah terbatasnya hak-hak asas tersebut.

Dari sudut yang lain, “elementary natural needs” selaku
seorang warganegara pula mengajak kita merenung betapa status kita
selaku warganegara (manusia) mesti diragui lantaran hak asasi kita iaitu
kebebasan bersuara dan berhimpun telah dinafikan secara tidak rasional.
Khatimah
Seorang ulama Turki, Musa Topbas telah menukilkan kata-kata penuh inspirasi daripada Rumi dalam bukunya, The Secret in The Love for God (edisi asal bertajuk Muhabbetteki Sir, diterjemah daripada bahasa Turki):
"O traveller of truth! Do you want to know the truth? Neither Moses nor the Pharoah are dead. They are alive in you. They keep fighting each other in you! So look for them in yourself!"
Puisi ini boleh dinilai dan dihayati dari pelbagai sudut, namun temanya tetap sama iaitu menonjolkan pertarungan dan pergelutan antara haq dan bathil, adil dan zalim, dosa dan pahala dan sebagainya.

Ya benar, Firaun
dan Musa itu sedang mendiami diri kita, pertarungan itu berterusan dan
sentiasa berlaku. Pergelutan antara Musa dan Firaun juga telah melatari
sistem politik kita. Oleh itu di mana ada firaunism maka di pada ketika
itu kita semua adalah Musa!
Islah adalah jalan keluarnya, sementara pembodohan adalah halangan terbesar.

Artikel ini juga boleh dibaca di laman al-ahkam.net ( sini )
No comments:
Post a Comment