1. Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau
juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan
bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah
menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4.
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi
bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku
puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya
baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul
isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas
dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah
diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku
tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling
baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan
rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
kesombongan.
8.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun
dalam kesendiriannya.
9.
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih
lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
10.
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila
ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah
dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab
baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi
hamba-Nya yang bersyukur.’Kaskus
No comments:
Post a Comment