Ia masih kerap dipanggil dengan nama
lahirnya, Elizabeth. Walau kini, ia telah mengganti semua dokumen
rasminya menjadi Safia Al-Kasaby, identiti barunya setelah menjadi
seorang Muslimah.
Berita
dia bertukar agama sempat menuai kontroversi di Amerika Syarikat.
Maklumnya, banyak perkara yang tidak berkaitan mengapa kemudian dia membuat
pilihan keyakinannya pada Islam.
Tidak berkaitan? Ya. Safia, 43 tahun, adalah keturunan Yahudi dan Puerto Rico. Datuknya adalah korban Holocaust yang kemudian melarikan diri ke Puerto Rico. Mereka bersembunyi di sebuah rumah ibadah.
Dia
juga bekas Sarjan pertama dalam Angkatan Udara AS. Malah,
Safia kehilangan lapan ahli keluarga – seorang bapa saudara dan tujuh sepupunya –
dalam serangan 11 September yang menjadikan Muslim sebagai “tertuduh”
pada 2001.
Namun
bagi Safia, semua saling berkaitan. Justeru setelah duka Tragedi 11
September, ia mencari pengetahuan tentang Islam. Dalam dirinya tumbuh keyakinan
semakin Islam disudutkan di AS, ia merasa adalah yang salah di sana.
“Saya
tidak peduli siapa yang melakukannya,” ujarnya. “Saya hanya beri perhatian
kenapa Islam tiba-tiba dibenci. Saya tidak pernah membenci Islam, atau
membenci Muslim. Bagi saya untuk marah tentang apa yang terjadi pada
menara kembar akan menjadi seperti saya membenci semua orang Jerman yang
menewaskan orang-orang Yahudi.”
Semakin
ia mentelaah buku-buku tentang Islam, semakin ia jatuh hati pada agama
yang disebarkan oleh manusia agung, Muhammad SAW. Ia makin gelisah.
Akhirnya timbul keberanian, tahun 2005 atau empat tahun setelah tragedi
yang merengut keluarganya itu, ia bersyahadat.
Seperti
Muslim lainnya, Safia merasa ketegangan di sekelilingnya: tatapan curiga kerana dia mengenakan jilbab atau tudung dan penjaga kedai
yang tiba-tiba meminta identiti tambahan tiap kali ia pergi ke
pusat perbelanjaan.
Malah pejabat di Kedutaan Besar AS di Kaherah menolak permintaan awal dari
calon suami barunya, seorang lelaki berasal dari Mesir, untuk visa sementara. Safia
dianggap mempunyai agenda tersembunyi lain dengan berkahwin dengan lelaki Mesir.
Agama
barunya juga telah memperluas jurang antara dia dan keluarganya.
Ibunya, tiga saudara perempuan dan salah seorang anak perempuannya, Sylvia,
mempersoalkan pilihannya.
Sylvia malah tidak mahu ada hubungannya dengan ibunya. Sylvia memarahi Safia
habis-habisan ketika dia muncul di pengkebumian suaminya mengenakan jilbab
dan membawa Alquran.
Namun ia beruntung, seorang anaknya yang lain, Natalia, mendukung pilihannya. “Agama yang dipilih mama sungguh cool,” ujarnya.
Gadis
18 tahun ini menghargai transformasi keyakinan Safia. Ia kerap tidak
tahan dengan orang-orang yang mengolok-olok Islam atau stereotip Muslim.
“Saya berkata,” Tunggu sebentar. ibu saya seorang Muslim,” ujarnya
mengulang kata-katanya semasa belaiu memotong percakapan rakan-rakannya. “Dan dia bukan
teroris.”Republica
No comments:
Post a Comment