“Aku dibesarkan dalam keluarga Kristian
taat. Ayahku sentiasa memberi petua Kristian semasa membesarkanku.
Dia berusaha keras mengajariku nilai-nilai Kristian,” kata Halimah David
tentang latar belakang keluarganya.
"Aku banyak membaca Bibel semasa masih duduk di sekolah dasar dan mengamati sekilas ada hal yang bertentangan di sana (contoh: masalah babi). Memasuki usia 12 tahun, aku makin mengerti dan Kristian makin jauh dari hidup. Tapi
aku sendiri tidak tahu apa yang mesti kulakukan. Aku terus mencari dan
mencari, siapa tuhanku yang sebenarnya. Berdoa agar ditunjukkan pintu
kebenaran itu. Jujur, aku benar-benar bekerja keras untuk hal ini," kata
dia.
Halimah
menyimpan segudang pertanyaan dalam kepalanya: “Kenapa ada manusia di
dunia?” atau “Untuk tujuan apa manusia diturunkan?”
Halimah
berfikir dengan sistem yang begitu komplek, contohnya bagaimana manusia
diciptakan, lalu bumi diciptakan untuk manusia, tentu ada Maha Pencipta
di balik semua itu. Seperti benda, pasti ada perekanya. Atau, tatkala
seseorang jalan-jalan di pantai lalu meninggalkan jejaknya di pasir.
Maka pasti yang melihat akan menduga ada orang yang baru melalui jalan
itu sebelumnya.
"Memasuki
usia ke-19, itulah masa-masa yang kritis dalam masa pencarianku. Aku
banyak membuat perjalanan ke berbagai tempat untuk melihat aneka
budaya setempat. Ini juga sebahagian dari proses pencarian tuhan. Kuamati
ajaran Taoisme, Budha, Yahudi, Freemansory, Hindu, Animisme, serta
banyak lainnya lagi. Tentu saja ajaran Kristiann juga jadi bahan
pembanding.
Aku
juga mempelajari Islam melalui literatur yang ada. Pada masa itu hanya satu
dua halaman saja yang kupelajari. Sekilas saja, aku tidak begitu
tertarik mempelajarinya lebih jauh. Kuamati Islam menyembah Allah, lalu
Muhammad Nabi mereka. Itu saja. Lalu mereka solat lima kali sehari. Apa, lima kali sehari!?," kata dia lagi.
"Ketika
itu aku mulai berfikir, ah masa sampai sebegitu banyaknya. Bila pergi
kerja, kuliah kalau sebegitu banyak musti ibadah setiap hari. Begitu
hatiku membatin. Waktu berlalu, aku kembali ke Amerika lagi. Usiaku
sudah 21 tahun. Aku masih belum puas dengan semua agama yang telah
kupelajari," kata dia hairan.
Waktu terus berjalan hingga dia memutuskan untuk masuk universiti dan diterima di jurusan kedoktoran di Universiti Colorado. Menjadi doktor memang impiannya sejak lama. "Konsekuensinya, aku harus pindah dari Michigan ke Colorado. Tak apa-apa demi masa depan," ujarnya.
Semasa harinya, Halimah menggunakan bus umum Greyhound dari Michigan ke Colorado.
Perjalanan sedikit panjang dan membosankan. Syukurnya sepanjang
perjalanan itu dia punya teman bersembang dengan seorang pemuda yang
dikenalinya dalam bus. Anak muda yang duduk persis di belakangnya.
Ternyata dia juga hendak ke Colorado untuk meneruskan kuliah.
“Namanya Ibrahim, asal dari Afrika. Dia ke Colorado untuk kuliah di jurusan teknik. Kamipun mulai akrab dan bersembang ke sana kemari untuk menghilangkan rasa jenuh di perjalanan,” kata Halimah.
Yang menjadikan Halimah tertarik adalah tatkala Ibrahim menyebut dirinya seorang
muslim. “Aku tanya apa itu Islam dan dia cerita orang Islam percaya
hanya satu Tuhan iaitu Allah dan Muhammad utusan-Nya. Dia cerita juga
bahawa Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dan tak ada diturunkan Nabi
lagi setelahnya. Aku makin tertarik,” imbuh Halimah.
“Aku
simpulkan bahawa ajaran Yahudi berada di belakang dua Nabi, yakni Nabi
Isa dan Muhammad. Dan, ajaran Kristian yang dibawa Nabi Isa berada di
belakang Islam yang dibawa Nabi Muhammad,” katanya.
Halimah seakan
merasa melihat secercah kebenaran dalam Islam. Ibrahim pun
menghadiahkannya sebuah buku kecil berisi kumpulan zikir dan doa yang
merupakan senjata orang mukmin. Halimah sempat membaca salah satu bahagian
dari buku itu yang berbunyi:
"Tak
ada satu pun yang patut disembah kecuali Allah. Allah satu dan tak
bersekutu. Dia Maha Pemilik yang memiliki segala-galanya dan dia Maha
Terpuji. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya."
Berawal
dari situlah Aminah melihat Islam adalah agama yang sedikit lebih masuk
akal dan mudah difahami dari sekian agama yang pernah dipelajarinya.
Halimah lalu membaca lagi isi buku pemberian Ibrahim itu untuk mendapat
petunjuk siapa itu Allah. Dia temui kalimat lain berbunyi:
"Dengan
nama Allah, tak ada sesuatu pun boleh memberikan manfaat dan mudharat
baik di dunia mahu pun di akhirat, kecuali dengan seizin Allah. Dia Maha
Mendengar dan lagi Maha Mengetahui."
"Ya
Allah, segala keberkahan telah banyak kami terima dari Engkau yang Maha
Pencipta. Engkau tidak bersekutu. Segala puji hanya bagi-Mu. Terima
kasih ya Allah."
“Seketika
itu lalu aku menoleh pada Ibrahim dan menanyakannya bagaimana caranya
menjadi orang Islam. Dia menyebut aku mesti bersyahadah. Dia beritahu
setiap yang mahu masuk Islam mesti mengucap dua kalimah: La ilaha illa
llaah Muhammadur Rasuulullah. Hanya itu? Aku lalu dituntunnya untuk
mengucap kalimat Syahadah itu. Aku pun bersyahadah pada masa itu juga. Ya di
dalam bus Greyhound, antara Michigan dan Colorado, aku telah jadi seorang muslimah!," kenangnya.
"Subhanallah! Setelah berbincang-bincang hanya sekitar lima
belas minit dengan Ibrahim aku menjadi seorang muslim. Inilah cerita
tujuh tahun yang lalu,” ujar Halimah memuji Allah. Dia mengaku sangat
terkesan dengan kisah keislamannya akhir tahun 2001 silam itu.
Seterusnya, dengan serta merta dia membatalkan perjalanannya ke Colorado.
“Aku tidak meneruskan ijazah kedoktoran. Aku putuskan untuk
menghabiskan waktu untuk mempelajari agama yang baru kukenal itu,” kata
dia lagi.
Lalu Halimah pun pindah ke Utah. Di sana
dia menemui banyak muslim dan mereka sangat gembira serta menyambut
Halimah dengan meriah dan mengenalkannya pada komuniti muslim setempat.
Disanalah dia menghabiskan waktu untuk mempelajari Islam secara serius
dan bersungguh-sungguh.
"Begitulah, setelah mengikuti berbagai kajian Islam, ada beberapa hal yang menurutku sangat penting, yakni: Mesti ada Sang
Pencipta, kerana di dalam kehidupan nyata ada benda-benda ciptaan.
Bukti bahawa Tuhan itu ada ditunjukkan melalui kumpulan orang-orang yang
berkumpul dan beribadah kerana merasa ada "keperluan" yang bersifat
spiritual. Ini terlihat dari adanya aneka ragam agama dan pemeluknya,"
ungkapnya.
"Begitupun,
kita mesti mengikuti agama yang meyakini hanya satu tuhan. Kerana, jika
ada lebih dari satu tuhan maka otomatik akan sangat komplek dan akan
terjadi pertentangan antara sesama tuhan. Logikanya begitu. Konsekuensinya,
semua manusia bertanggungjawab untuk percaya dan yakin kepada Tuhan yang
terpatri di dalam setiap diri dan jiwa mereka," pungkas dia.
"Kerana itulah dasar dari dilahirkan manusia ini, untuk mengabdi kepada Sang
Penciptanya. Seperti termaktub di Surah Azzariyat ayat 56: "Aku
menciptakan jin dan manusia hanya untuk mengabdi kepada-Ku.", katanya.
Jadi saya rasa Islam hadir untuk menggantikan ajaran Kristian yang telah
berbelok arah dengan ajaran Trinitasnya, Satu dalam tiga, Itu sangat
tidak rasional.
Halimah
juga mendapat hal menarik lain tentang Tuhan di dalam Islam, bahawa jika
seseorang manusia tidak mahu beribadah kepada-Nya, maka kekayaan-Nya
tidak akan berkurang.
Sebaliknya jika semua manusia beribadah
kepada-Nya, maka kekayaan-Nya juga tidak bertambah gara-garanya
hamba-Nya menyembah Dia. Allah itu Maha Sempurna. Dia tak perlu kepada
benda-benda, tapi semua benda-benda ciptaan-Nya perlu, itu sebabnya semua umat manusia perlu untuk beribadah kepada-Nya.
"Inilah
yang makin memantapkan hati saya untuk terus berada dalam agama yang
sangat saya cintai ini. Islam sudah sangat sempurna," tutupnya.
Halimah
kini telah berkahwin dan memilih tinggal di rumah untuk mendidik
anak-anaknya. Dia juga menulis buku-buku Islam khusus untuk anak-anak.
Tidak hanya itu waktunya juga diisi dengan mengendalikan tiga website Islam.
Salah satunya khusus membahas etika bisnis di dalam Islam. Hidayatul Islam
1 comment:
salam.
sy sgt tertarik dgn blog saudara terutama mengenai kisah2 mualaf.
sbg seorg mualaf juga sy ingin berkongsi ksh2 menarik ini brsama insan2 lain.
jd sy mohon copy utk blog sy.
trima ksh.. wasallam
Post a Comment