Salam,
Penulis terpanggil untuk memaparkan semula
tulisan penulis bertajuk Duit Orang Duit Aku di sini semasa mula-mula penulis tulis blog. Ramai yang tak baca lagi
sebab masa tu pengunjung blog ini tak seramai sekarang.
Kenapa penulis paparkan semula? Kerana nak
bagi peringatan kepada mereka-mereka yang memegang amanah menjaga wang orang
ramai tapi diselewengkan untuk kepentingan peribadi.
Ramai yang diamanahkan mengutip dana
kebajikan, derma orang ramai, wakaf, zakat , sedekah dan lain-lain sumbangan.
Sama ada diamanahkan oleh jamaah atau sesuatu organisasi.
Bagi yang berada di bawah jamaah atau organisasi,
masalah tidak amanah dapat dibendung kerana jamaah atau organisasi akan
memantau keluar masuk wang.
Pembentangan dibuat semasa mesyuarat. Walaupun
, ada juga yang tidak amanah menggunakan wang orang ramai untuk tujuan peribadi
tapi jumlahnya terlalu kecil.
Namun, jika dana orang ramai untuk anak
yatim, orang miskin, sekolah agama, surau, madrasah dan apa sahaja yang
berbentuk keagamaan diurus oleh hanya seorang individu.
Maka , percayalah pasti berlaku
ketidaktelusan dalam pengurusan kewangan milik orang ramai ini. Inilah bezanya
jika diuruskan dalam jamaah atau organisasi berbanding diurus seorang diri,
Percayakah kita, dana orang ramai melalui
derma, sedekah, zakat, wakaf ini tidak digunakan untuk kepentingan peribadi
individu yang menguruskannya. Hatta, yang berada dalam jamaah dan organisasi
pun boleh menyeleweng walau dipantau. Inikan pula, tiada siapa yang
memantaunya.
Percayakah kita, individu ini tidak
menggunakan dana orang ramai untuk peribadi sekiranya beliau berada dalam
kesesakan. Hasutan syaitan pasti datang. Akan timbul dalam hati individu ini
bisikan “ gunalah dana itu nanti gantilah balik, siapa yang tahu”
Bila individu ini menggunakan dana orang
ramai ini untuk diri sendiri. Maka, beliau termasuk dalam golongan orang tidak
amanah. Malah, dana yang dia ambil untuk kegunaan sendiri adalah haram baginya. Inilah dikatakan, 'dana halal jadi haram'
Jika , dana orang ramai ini diberi makan
anak isteri maka makanan haram jadi darah daging anak dan isteri. Jika ,
digunakan untuk kegunaan peribadi lain , tidak berkatlah harta itu.
Tidak ada ketelusan jika guna duit orang
ramai senyap-senyap walaupun janji dalam hati nak bayar balik. Bayangkanlah
mati tak sempat bayar, tak berdosakah?. Takutlah pada Allah.
Lebih teruk lagi jika ada individu yang
memang sudah diniat dalam hati mengutip dana dari orang ramai untuk kegunaan
sendiri tetapi berselindung di sebalik projek kebajikan, anak yatim, sekolah agama
dan madrasah.
Orang ramai yang ikhlas membantu dan tidak
mengetahui perkara sebenar akan memberi derma, sedekah , wakaf, zakat untuk
projek berkenaan. Sedangkan hakikatnya digunakan untuk kegunaan sendiri. Inilah
cara yang mudah untuk dapatkan duit zaman sekarang.
Justeru, orang ramai yang ingin menyumbang
boleh memberi sumbangan pastikan dahulu latar belakangnya. Sekiranya, diuruskan
oleh jamaah atau organisasi maka yakinlah dana berkenaan akan diberikan ke
saluran yang betul kerana ada pemantauan.
Namun, jika diuruskan hanya oleh seorang individu
sahaja. Dialah Pengerusi, dialah yang jadi Bendahari. Berhati-hatilah , kerana dana yang diberi tiada pemantauan. Beringatlah…..
Wassalam
No comments:
Post a Comment