Kita
tentu tidak asing dengan Umar bin Khatab salah seorang dari empat khalifah
ternama masa sepeninggalan Rasulullah SAW. Umar pun terkenal dengan
ketegasan dan kelembutan hatinya.
Malah Rasulullah SAW bersabda,
“Seandainya ada nabi sesudahku maka ia adalah Umar bin Khatab”. (H.R
Tirmidzi dan Ahmad)
Dikisahkan
pernah suatu ketika Rasulullah SAW mendapati Umar bin Khatab sedang
menangis kemudian tertawa hampir bersamaan. Ketika ditanya apa sebabnya
yang menyebabkannya demikian.
Umar bin Khatab menjelaskan bahawa ia
teringat keadaan dirinya di masa jahiliyah dulu. Kenapa ia menangis, ia
teringat ketika masa jahiliyah ia menanam anak perempuannya
hidup-hidup.
Terbayang olehnya sekiranya anak perempuannya masih hidup. Ia akan boleh bersama mereka. Dan akan mendapatkan cucu yang banyak dari mereka.
Lantas
yang membuatnya tertawa adalah ketika di masa jahiliyah ia terbiasa
membuat patung-patung berhala. Kadang-kadang ia membuatnya dari gandum dan
manisan.
Akan
tetapi ketika ia dilanda lapar atau musim panas kontang. Maka ia terpaksa
mengambil bahagian-bahagian patung berhala tersebut kemudian memakannya.
Mendengar hal tersebut Rasulullah SAW pun turut tertawa.
Dari kisah ini kita boleh mengambil
pengajaran yang sangat berharga. Masa jahiliyah dikenali juga dengan masa
kegelapan atau kebodohan. Dimana akal dan hati nurani tidak berfungsi
sebagaimana patutnya.
Sebut saja dua peristiwa yang membuatkan Umar bin Khatab menangis dan tertawa ketika mengingatnya.
Pada
masa jahiliyah perempuan tidak mempunyai harga sama sekali. Malah
mempunyai anak perempuan adalah aib yang besar. Kerana dianggap tidak
berguna, tidak boleh berperang dan tidak boleh mewariskan kejayaan serta
kemuliaan.
Malah perempuan dianggap sesuatu yang boleh diwariskan. Tidak
ubahnya seperti barang atau benda mati sahaja.
Menanam anak perempuan hidup-hidup adalah tabiat orang
dengan akal jahiliyah yang tidak mempunya hati nurani. Sedangkan
membuat tuhan yang boleh dibuat dan dimakan malah boleh dihancurkan sama
halnya dengan kebodohan yang tidak ada hujung pangkalnya.
Setelah
Umar bin Khatab memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasulullah SAW. Ia
menyedari akan kebodohan tersebut. Segala puji bagi Allah SWT, Dzat Yang
Maha Esa lagi Maha Agung. Dengan syariat-Nya yang dibawa melalui tangan
nabi Muhammad SAW, telah mengeluarkan umat manusia dari kebodohan dan
kejahilan.(republika.co.id)
No comments:
Post a Comment