Dalam satu ayat al-Quran, kita diberitahu
bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang nampak, akan tetapi terus-menerus bergerak.
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan.
(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap
sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al
Qur'an, 27:88)
Gerakan
gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung
berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang
lebih rapat.
Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah,
seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa
benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun
kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika
bergerak saling menjauhi.
Para
ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun
1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan
oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500
juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya
adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di
kutub selatan.
Sekitar 180
juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang
masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau
benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia,
Antartika dan India.
Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri
dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun
setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi
daratan-daratan yang lebih kecil.
Benua-benua
yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada
permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per
tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara
wilayah daratan dan lautan di Bumi.
Pergerakan
kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di
awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana
berikut:
Kerak
dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi
atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat
utama, dan beberapa plat kecil.
Menurut teori yang disebut plat
tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa
benua dan dasar lautan bersamanya.
Pergerakan benua telah diukur dan
berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut
terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi
secara perlahan.
Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi
sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe;
General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s.
30)
Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut
Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya
perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah
"continental drift" atau "gerakan mengapung dari benua" untuk gerakan
ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C.,
1978, s.12-13)
Tidak
dipersoalkan lagi, adalah salah satu kejaiban Al Qur’an bahawa fakta
ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah
dinyatakan dalam Al Qur’an.
No comments:
Post a Comment