Assalam,
Apabila tersebar berita Tun dan PH sudah cukup
kerusi mengatasi PN , hanya menunggu parlimen bersidang untuk mengemukakan usul
tak percaya kepada TS Muhyiddin. Ramai pemimpin terutama pemimpin Umno meminta
TS Muhyiddin segera mengadap Agung membubarkan parlimen.
Mengapa pemimpin Umno sangat berharap parlimen
dibubarkan ? kerana Umno sudah berkira akan menang besar apabila
dicampur undi BN dan Pas akan memenangi banyak kerusi termasuk mengatasi undi
PH di banyak kerusi yang dimenangi PH.
Namun,
TS Muhyiddin pasti tidak mengikut mengikut saranan Umno ini memandangkan Umno
tidak mahu mengikat perjanjian dengan Bersatu kerana kerusi-kerusi yang
ditandingi PPBM adalah kerusi-kerusi yang sama ditandingi Umno dan Pas.
Sekiranya parlimen dibubarkan , Bersatu dan kumpulan
Azmin pasti akan kecundang di semua kerusi yang ditandingi. TS Muhyiddin dan
Azmin sedang berusaha mempertahankan kerajaan PN . Jika berjaya, mereka akan
memperkukuhkan Bersatu dengan membentuk pakatan baru menghadapi PH dan BN dalam
PRU 15.
Oleh sebab itulah ada berita Azmin meminta semua
pengikutnya yang bukan Melayu menyertai Gerakan kerana Bersatu adalah parti
Melayu. Kemungkinan juga Azmin menyertai Gerakan atau menubuhkan parti baru
yang berbilang bangsa mirip PKR.
Adakah Pas akan kekal bersama Umno dalam Maufakat
Nasional? Pas adalah parti yang mempunyai impian yang besar dan bukan sebuah
parti yang mudah menyerahkan kerusi yang ditandingi kepada parti lain.
Sejarah membuktikan Pas sanggup bertanding 3
penjuru walaupun sudah ada perjanjian dengan parti lain yang bertanding di
kerusi berkenaan. Contohnya, semasa PRU tahun 2013, Pas meletakkan calon di
kerusi Kota Damansara walaupun kerusi berkenaan dipersetujui ditandingi PKR.
Maufakat Nasional yang dibentuk oleh Pas dan Umno
setakat ini masih belum diuji kukuhnya ikatannya. Walaupun sudah mempunyai
kerajaan negeri masing-masing , tapi kerajaan negeri Pas dan kerajaan negeri BN
tidak dapat mewujudkan kerajaan Maufakat Nasional.
Kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang di kuasai BN
tidak dilantik wakil Pas sebagai exco, manakala kerajaan Kelantan dan
Terengganu yang dikuasai Pas tidak dilantik wakil Umno sebagai Exco.
Pas juga tidak dilantik sebagai exco dalam kerajaan
PN di Johor yang diketuai Umno. Sedangkan wakil Umno dilantik sebagai Exco
dalam kerajaan PN di Kedah yang diketuai Pas.
Bersatu nampaknya lebih memberi ruang kepada Pas
dalam kerajaan negeri yang diketuainya di Perak. Dua exco dan Timbalan Speaker
dari Pas dilantik walaupun Pas hanya ada 3 adun.
TS Muhyiddin juga banyak memberi jawatan penting kepada Pas dalam kerajaan
Pusat selain Menteri dan Timbalan Menteri. Perlantikan wakil Pas sebagai
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang adalah bukti TS muhyiddin memberi
perhatian kepada Pas walaupun Lembaga Pertubuhan Peladang menjadi tumpuan Umno
untuk dikuasai.
Umno sangat bersungguh dengan Maufakat Nasional
kerana Umno akan mendapat keuntungan besar hasil dari maufakat ini. Pas pula
nampaknya hanya mengikut sahaja haluan yang dibawa oleh Umno , walaupun
hakikatnya Pas akan rugi besar jika terus bersama Umno.
Umno
sekarang cukup beruntung bersama Pas kerana musuh sebenar Umno sejak dahulu
adalah Pas. Malah, dalam PRU 14 banyak kerusi-kerusi yang dimenangi Umno
disaingi rapat oleh Pas bukan Pakatan Harapan.
Sekiranya, Pas berjaya dijinakkan oleh Umno. Umno
akan bergaya mempertahankan kerusi-kerusi tersebut ,walaupun sebenarnya
sekiranya Pas tidak bersama Umno dan mengikat kerjasama dengan parti lain .
Banyak kerusi-kerusi tersebut boleh ditandingi oleh Pas dan Pas boleh memenangi
banyak kerusi pada PRU 15.
Merujuk negeri Perak pada PRU 14 , 12 kerusi yang
ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas
bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana
Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.
Namun, sekiranya Pas bersama parti lain , Pas
berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi
daripada PH
BIL
|
DUN
|
PRU 14
|
MAJ BN
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
MAJ
PAS+PH
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
1
|
SELINSING
|
BN
|
97
|
BN
|
3919
|
PAS
|
2
|
LUBUK MERBAU
|
BN
|
409
|
BN
|
3770
|
PAS
|
3
|
ALOR PONGSU
|
BN
|
1162
|
BN
|
3433
|
PAS
|
4
|
BOTA
|
BN
|
1822
|
BN
|
2248
|
PAS
|
5
|
BATU KURAU
|
BN
|
2308
|
BN
|
743
|
PAS
|
6
|
TRONG
|
BN
|
1898
|
BN
|
648
|
PAS
|
7
|
KAMPUNG GAJAH
|
BN
|
3345
|
BN
|
516
|
PAS
|
8
|
PENGKALAN HULU
|
BN
|
2375
|
BN
|
336
|
PAS
|
9
|
BELANJA
|
BN
|
2729
|
BN
|
142
|
PAS
|
10
|
TEMENGOR
|
BN
|
3935
|
BN
|
-
129
|
PAS
|
11
|
KOTA TAMPAN
|
BN
|
2302
|
BN
|
-
468
|
PAS
|
12
|
KENERING
|
BN
|
3268
|
BN
|
-
1436
|
PAS
|
Begitu juga di Pahang , terdapat 20 kerusi yang
ditandingi Pas berada di kedudukan kedua di belakang Umno. Sekiranya Pas
bersama Umno, semua kerusi-kerusi tersebut akan kekal ditandingi Umno kerana
Umno memenangi kerusi tersebut pada PRU 14.
Namun, sekiranya Pas bersama parti lain , Pas
berpeluang bertanding di semua kerusi tersebut kerana berada lebih tinggi daripada
PH.
BIL
|
DUN
|
PRU 14
|
MAJ BN
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
MAJ PAS+PH
|
PARTI BERTANDING PRU 15
|
1
|
KUALA SEMANTAN
|
BN
|
474
|
BN
|
5621
|
PAS
|
2
|
CEKA
|
BN
|
202
|
BN
|
2728
|
PAS
|
3
|
TIOMAN
|
BN
|
1280
|
BN
|
1749
|
PAS
|
4
|
PULAU TAWAR
|
BN
|
587
|
BN
|
1386
|
PAS
|
5
|
SUNGAI LEMBING
|
BN
|
1968
|
BN
|
719
|
PAS
|
6
|
PADANG TENGKU
|
BN
|
1244
|
BN
|
59
|
PAS
|
7
|
JENDERAK
|
BN
|
1713
|
BN
|
-
91
|
PAS
|
8
|
PULAU MANIS
|
BN
|
2334
|
BN
|
-
233
|
PAS
|
9
|
BUKIT IBAM
|
BN
|
2478
|
BN
|
-
352
|
PAS
|
10
|
INDERAPURA
|
BN
|
2165
|
BN
|
-
359
|
PAS
|
11
|
KERDAU
|
BN
|
1934
|
BN
|
-
636
|
PAS
|
12
|
KUALA SENTUL
|
BN
|
2039
|
BN
|
-
740
|
PAS
|
13
|
GUAI
|
BN
|
3295
|
BN
|
-
748
|
PAS
|
14
|
DONG
|
BN
|
3832
|
BN
|
-
1490
|
PAS
|
15
|
BATU TALAM
|
BN
|
4320
|
BN
|
-
1879
|
PAS
|
16
|
MUADZAM SHAH
|
BN
|
4840
|
BN
|
-
2059
|
PAS
|
17
|
JELAI
|
BN
|
3507
|
BN
|
-
2209
|
PAS
|
18
|
CHINI
|
BN
|
4622
|
BN
|
-
3557
|
PAS
|
19
|
PERAMU JAYA
|
BN
|
7182
|
BN
|
-
4538
|
PAS
|
20
|
BEBAR
|
BN
|
5720
|
BN
|
-
4752
|
PAS
|
Pas juga tidak akan sanggup membenarkan kerusi yang
dimenangi di Terengganu dan Kelantan diserahkan kepada Umno kerana kerusi
berkenaan sudah dimenangi Pas.
Umno hanya memenangi 10 daripada 32 kerusi di
Terengganu dan 7 daripada 45 kerusi di Kelantan. Pas pastinya akan
mempertahankan 22 kerusi yang dimenangi, malah Pas juga mempunyai impian
merampas 3 kerusi yang dimenangi Umno dengan majoriti sangat kecil iaitu Kuala
Besut (143), Batu Rakit (299) dan Bukit Besi (46).
Pas akan lebih mudah mengikat perjanjian dengan
parti lain selain Umno untuk memastikan Pas merampas 3 kerusi berkenaan serta
menyerahkan 7 kerusi lagi yang dimenangi Umno kepada parti lain.
BIL
|
DUN
|
MAJORITI
|
PARTI
|
1
|
KUALA BESUT
|
143
|
BN
|
2
|
KOTA PUTERA
|
1,181
|
PAS
|
3
|
JERTIH
|
1,381
|
BN
|
4
|
HULU BESUT
|
1,469
|
BN
|
5
|
JABI
|
55
|
PAS
|
6
|
PERMAISURI
|
1,970
|
BN
|
7
|
LANGKAP
|
3,446
|
BN
|
8
|
BATU RAKIT
|
299
|
BN
|
9
|
TEPUH
|
2,717
|
PAS
|
10
|
BULUH GADING
|
4,567
|
PAS
|
11
|
SEBERANG TAKIR
|
1,884
|
BN
|
12
|
BUKIT TUNGGAL
|
2,344
|
PAS
|
13
|
WAKAF MEMPELAM
|
7,378
|
PAS
|
14
|
BANDAR
|
2,091
|
PAS
|
15
|
LADANG
|
363
|
PAS
|
16
|
BATU BURUK
|
5,288
|
PAS
|
17
|
ALUR LIMBAT
|
4,194
|
PAS
|
18
|
BUKIT PAYUNG
|
4,488
|
PAS
|
19
|
RU RENDANG
|
6,028
|
PAS
|
20
|
PENGKALAN BERANGAN
|
490
|
PAS
|
21
|
TELEMUNG
|
4,159
|
BN
|
22
|
MANIR
|
2,844
|
PAS
|
23
|
KUALA BERANG
|
1,070
|
PAS
|
24
|
AJIL
|
4
|
PAS
|
25
|
BUKIT BESI
|
46
|
BN
|
26
|
RANTAU ABANG
|
4,452
|
PAS
|
27
|
SURA
|
7,162
|
PAS
|
28
|
PAKA
|
3,405
|
PAS
|
29
|
KEMASIK
|
2,164
|
PAS
|
30
|
KIJAL
|
1,265
|
BN
|
31
|
CUKAI
|
4,881
|
PAS
|
32
|
AIR PUTIH
|
746
|
PAS
|
Umno pula mustahil hanya menyerah sahaja untuk
bertanding di 10 kerusi yang di menangi pada PRU 14. Sedangkan Umno Terengganu
mempunyai hasrat untuk merampas kembali Terengganu dari Pas.
Kemenangan Pas pada PRU 14, adalah penolakan
sementara rakyat Terengganu terhadap Umno . Rakyat Terengganu akan memilih
kembali Umno jika Umno sudah berubah. Pas pernah memerintah Terengganu pada PRU
1999 namun pada PRU 2004 , Umno merampas semula Terengganu dari Pas.
Umno hanya memerlukan hanya 7 kerusi untuk
memerintah Terengganu dengan mengekalkan 10 kerusi yang dimenangi pada PRU 14. Terdapat
8 kerusi yang dimenangi Pas menjadi
tumpuan kerana majoritinya kecil iaitu Ajil (4), Jabi (55), Ladang (363),
Pengkalan Berangan (490), Air Putih (746), Kuala Berang (1070), Kota Putera
(1181) dan Jertih (1381)
Bagaimana pula dengan kerusi di Kedah dan
negeri-negeri lain. Terdapat 13 kerusi daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh
Pas di Kedah mengatasi Umno bukan PH. Manakala 3 kerusi yang dimenangi oleh
Umno dengan majoriti tipis di bawah 700 undi mengatasi Pas bukan PH.
Persaingan dikerusi-kerusi majoriti Melayu di negeri
Kelantan, Terengganu, Kedah , Pahang dan Perak adalah antara Umno dan Pas. Sekiranya
Pas kekal dalam Maufakat Nasional dan mengikut sahaja haluan yang dibawa Umno
pastinya merugikan Pas.
Pas perlu mencari rakan baru yang boleh memberi
keuntungan kepada Pas di negeri-negeri yang menjadi tumpuan Pas. Parti yang
akan menjadi rakan baru Pas pastinya bukan PH kerana PH disertai Dap.
Pas juga tidak mendapat sokongan penuh ahli akar
umbi selama kerjasama dengan Umno. Pas akan kehilangan undi akar umbi jika
terus bersama Umno. Pas masih mendapat undi kumpulan ini kerana bertanding
bersendirian pada PRU 14.
Umno juga adalah parti yang terpalit dengan rasuah
dan tabiat ini masih berakar dalam Umno. Pas juga tahu hakikat jika bersama
Umno, parti Islam ini akan turut dikaitkan dengan tabiat buruk Umno ini. Pas
perlu mencari parti lain yang lebih bersih dan diterima ahli akar umbi.
Pas juga tentu tidak mahu terus kekal bekerjasama
dengan Mca yang bersama Umno dalam BN kerana Pas serang teruk kerana gagal
menentang kehendak Mca. Tiada bezanya Mca dengan Dap malah Mca lebih teruk lagi
anti Islam dan rasisnya.
Justeru, parti yang paling selesa dimanfaatkan oleh
Pas adalah gabungan Bersatu, parti baru Azmin serta Gerakan.
Semuanya
bergantung kepada Pas, Pas sebuah parti yang sudah lama bertapak di Malaysia .
Pas mempunyai pengalaman bertanding bersendirian, Pas mempunyai pengalaman
bergabung dengan parti lain dalam CCC, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan
Alternatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan kini Maufakat Nasional. Pas
juga pernah menyertai Barisan Nasional yang akhirnya ditendang keluar oleh Umno
pada tahun 1978.
Wassalam
No comments:
Post a Comment