Saturday, October 15, 2016

Tulahan : Angahnya dalam kenangan

Salam,

Image result for kubur

Pada minggu pertama Hari Raya Haji , seorang yang penulis kenal rapat telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian Angah begitu mengejutkan kerana tidak dengar dia sakit , tiba-tiba sahaja ada sahabat harummanis whatsApps bagi tahu Angah dah tiada kerana serangan jantung.

Sedih bila tahu Angah dah tiada, macam tak percaya. Kebetulan penulis ada di rumah mertua di Pantai Timur. Tidak dapatlah penulis nak balik , hanya bacaan Al-Fatihah dan doa yang dapat penulis sedekahkan kepada arwah.

Penulis rapat dengan Angah kerana sama-sama buat kerja cari dana lujnah kebajikan , sama-sama cari dana markas. Angah tidak sama macam orang lain, tak banyak cakap tapi kerja jalan. Panggil je mesyuarat, orang lain bagi macam-macam alasan tak datang tapi Angah pasti datang. Sebab itu penulis senang bekerja dengannya.

Kali terakhir penulis jumpa Angah semasa ceramah pelancaran parti baru di kawasan penulis . Walaupun Angah Ajk parti lama,  Angah datang untuk mendengar ceramah berkenaan. Angah pernah bagi tahu penulis yang dia tidak setuju dengan sikap sesetengah pimpinan melabel mereka yang menyertai baru.

Bagi Angah, parti lama dan parti baru sama-sama memperjuangkan Islam. Angah juga tidak suka dengan sesetengah pimpinan dan ahli parti lama yang hari-hari melaungkan istiqamah tapi bila dipanggil buat kerja tidak boleh hadir dengan bermacam alasan.

Penulis juga tidak kisah Angah kekal dengan parti lama kerana tahu stiuasinya di kampung yang majoritinya ahli parti lama. Biarlah Angah dengan parti lama, asalkan kerja Islamnya terus berjalan dan memang terbukti Angah mampu melaksanakannya.

Dulu jika ada Ajk jamaah kawasan yang meninggal dunia, penulis tulis berita untuk disiar di akhbar tanda penghargaan. Berita itu boleh jadi sejarah dalam parti untuk dikenang generasi seterusnya. Namun, penulis sudah berada dalam parti baru jadi tidak manis penulis yang tulis berita hantar kepada akhbar. Biarlah ,pimpinan kawasan parti lama yang buat kerja ini.


Bila balik ke kawasan, penulis ajak seorang ahli parti baru pergi ke rumah Angah minta anaknya tunjuk kepada penulis kubur Angah. Kubur Angah betul-betul sebelah masjid di tepi jalan . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Angah. Al Fatihah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...