Salam,
Pada minggu pertama Hari Raya Haji , seorang yang
penulis kenal rapat telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian Angah begitu
mengejutkan kerana tidak dengar dia sakit , tiba-tiba sahaja ada sahabat
harummanis whatsApps bagi tahu Angah dah tiada kerana serangan jantung.
Sedih bila tahu Angah dah tiada, macam tak percaya.
Kebetulan penulis ada di rumah mertua di Pantai Timur. Tidak dapatlah penulis
nak balik , hanya bacaan Al-Fatihah dan doa yang dapat penulis sedekahkan
kepada arwah.
Penulis rapat dengan Angah kerana sama-sama buat kerja
cari dana lujnah kebajikan , sama-sama cari dana markas. Angah tidak sama macam
orang lain, tak banyak cakap tapi kerja jalan. Panggil je mesyuarat, orang lain
bagi macam-macam alasan tak datang tapi Angah pasti datang. Sebab itu penulis
senang bekerja dengannya.
Kali terakhir penulis jumpa Angah semasa ceramah pelancaran
parti baru di kawasan penulis . Walaupun Angah Ajk parti lama, Angah
datang untuk mendengar ceramah berkenaan. Angah pernah bagi tahu penulis yang
dia tidak setuju dengan sikap sesetengah pimpinan melabel mereka yang
menyertai baru.
Bagi Angah, parti lama dan parti baru sama-sama
memperjuangkan Islam. Angah juga tidak suka dengan sesetengah pimpinan dan ahli
parti lama yang hari-hari melaungkan istiqamah tapi bila dipanggil buat kerja tidak boleh hadir dengan bermacam alasan.
Penulis juga tidak kisah Angah kekal dengan parti lama
kerana tahu stiuasinya di kampung yang majoritinya ahli parti lama. Biarlah
Angah dengan parti lama, asalkan kerja Islamnya terus berjalan dan memang
terbukti Angah mampu melaksanakannya.
Dulu jika ada Ajk jamaah kawasan yang meninggal dunia,
penulis tulis berita untuk disiar di akhbar tanda penghargaan. Berita itu boleh
jadi sejarah dalam parti untuk dikenang generasi seterusnya. Namun, penulis
sudah berada dalam parti baru jadi tidak manis penulis yang tulis berita hantar
kepada akhbar. Biarlah ,pimpinan kawasan parti lama yang buat kerja ini.
Bila balik ke kawasan, penulis ajak seorang ahli parti
baru pergi ke rumah Angah minta anaknya tunjuk kepada penulis kubur Angah. Kubur
Angah betul-betul sebelah masjid di tepi jalan . Semoga Allah mencucuri rahmat
ke atas roh Angah. Al Fatihah....
No comments:
Post a Comment