Salam,
Semakin hampir Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14), semakin
banyak analisis tentang PRU 14 yang dibuat. Politik Malaysia semakin bercelaru
sama ada di pihak BN dan parti-parti pembangkang.
BN terutama Umno berhadapan krisis yang bertambah parah
hari demi hari, ditambah pula dengan penubuhan Parti Bersatu dan Parti Warisan
Sabah yang diusahakan Dato’ Shafie Afdal.
Bagaimanapun , perpecahan Umno gagal dimanfaatkan
pembangkang yang masih berharap membentuk kesepakatan bertanding 2 penjuru
namun tetap gagal. Umno dan BN yang sepatutnya boleh dikalahkan masih bernafas
berikutan kegagalan parti-parti pembangkang membentuk gabungan yang kukuh.
Pas masih dengan sikap sombong untuk bersendirian dan
membentuk pakatan baru yang diketuai parti berkenaan. Penubuhan Bersatu yang
diharap dapat menyatukan pembangkang juga gagal memujuk Pas.
Semakin dipujuk , semakin kuat lagak Pas seolah-olah
parti berkenaan sangat diperlukan dalam politik Malaysia. Parti-parti
pembangkang juga terlalu mengharapkan Pas sehingga parti berkenaan semakin
besar kepala.
Ramai pemerhati politik berpandangan dan Pas sendiri
sering menyindir PKR mengharapkan Pas kerana parti berkenaan menghadapi masalah
kurang petugas akar umbi . Mustahil , PKR yang sudah 15 tahun bertapak di
Malaysia, sudahpun memerintah sebuah negeri masih mengharapkan bantuan petugas
Pas untuk menghadapi pilihanraya. Adakah PKR tidak menumpukan kepada
pembentukan akar umbi yang kuat selepas PRU 13?
Bersatu pula memerlukan Pas kerana pengalaman Pas yang
sudah lama di persada politik negara. Berdasarkan sambutan hebat yang diterima
dari parti Bersatu di seluruh negara, parti ini dijangka tidak menghadapi
masalah dengan petugas akar umbi.
Berbeza dengan parti Amanah, pada peringkat awal
penubuhannya, parti ini sangat mengharapkan Pas menyertai gabungan pembangkang
bagi mengelak pertandingan 3 penjuru. Namun , apabila sudah setahun ditubuhkan
harapan Amanah kepada Pas semakin mengurang berikutan penambahan kekuatan parti
berkenaan termasuk di peringkat akar umbi.
Penulis mengambil contoh kawasan penulis, pada
peringkat awal pimpinan Amanah kawasan hanya mahu bertanding parlimen sahaja ,
satu kerusi DUN lagi mahu diserahkan kepada Pas sahaja. Namun, apabila sudah
ramai ahli kawasan, sudah banyak cawangan ditubuhkan . Pimpinan Amanah kawasan
bukan sahaja mahu bertanding parlimen malah kerusi DUN termasuk kerusi DUN
milik PKR jika PKR setuju menyerahkan kepada Amanah.
Keyakinan Amanah semakin kuat setelah kemasukan Dato’
Husam Musa yang mencetuskan gelombang baru di Kelantan. Dato’ Husam sangat
yakin Amanah akan memerintah Kelantan walaupun berhadapan 3 penjuru dengan Pas
dan BN.
Benarkah Amanah kuat di Kelantan? Boleh tanya rakyat
Kelantan sendiri. Penulis sendiri ada keluarga di Kelantan, dan apabila ditanya
pendapat mereka tentang kerajaan Pas sekarang. Mereka menampakkan rasa tidak
suka mereka kepada kerajaan Pas, walaupun dulu mereka adalah penyokong Pas.
Penulis yakin semakin lewat PRU 14 berlaku, Amanah akan
menambah lebih banyak ahli dan cawangan . Apabila parti ini sudah ramai ahli
dan cawangan, Amanah tidak akan menghadapi masalah kekurangan petugas untuk
menghadapi pilihanraya.
Adakah Parti pembangkang perlu menunggu Pas sedangkan
Pas semakin angkuh dan sombong?
Penulis berharap parti pembangkang membiarkan Pas
dengan keangkuhannya. Sebaliknya mengukuhkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan
Bersatu serta parti lain yang mahu bersama.
Tujuh bulan lalu, dalam satu pembentangan seorang wakil
Ilham Centre, penulis ada menyatakan pertandingan 3 penjuru akan menyaksikan
persaingan antara PH dan BN , BN dijangka akan menang lebih banyak kerusi
daripada PH. Namun, penulis juga menyatakan bahawa keadaan akan sebaliknya
berlaku jika Umno juga pecah dan sebuah parti baru ditubuhkan.
Perpecahan Umno akan mengurangkan undi Melayu kepada BN
, justeru undi Melayu kepada PH akan bertambah dan akan memenangkan PH.
Perpecahan undi Melayu dalam Umno juga akan menampung kekurangan undi Melayu
dalam PH akibat sikap Pas yang mahu bersendirian.
Umno sudah
menjangkakan akan tertubuhnya sebuah parti baru yang dianggotai bekas-bekas
ahli Umno. Umno juga tidak yakin akan menang walaupun berlakunya 3 penjuru .
Faktor inilah menyebabkan berlakunya persempadan baru kawasan pilihanraya oleh
SPR yang menyaksikan pemisahan pengundi mengikut kaum yang ketara.
Sekiranya, Umno yakin akan menang melalui pertandingan
3 penjuru , sudah pasti SPR tidak melakukan persempadanan yang sangat tidak
adil ini. Maknanya, Umno tidak yakin Pas mampu membantu melalui pertandingan 3
penjuru jika parti baru pecahan Umno wujud.
Apabila Bersatu ditubuhkan dan seiring dengan itu, SPR
mencadangkan persempadanan baru . Sahlah ketakutan Umno dengan kewujudan parti
baru pecahan Umno. Ini bermakna, PH dan Bersatu sebenarnya mampu menang
pilihanraya walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru.
Ramai yang menjadikan contoh keputusan PRK Sungai Besar
dan Kuala Kangsar sebagai bukti pertandingan 3 penjuru menguntungkan Umno.
Benar menguntungkan Umno tapi perlu tahu suasana PRK dan PRU sangat berbeza.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan pengundi Cina hanya memberi undi
kepada Amanah kurang daripada 60 peratus berbeza dengan PRU 13 melebihi 80
peratus.
Pengundi Melayu terutama pengundi Umno masih kekal
mengundi Umno walaupun Tun Mahathir turun berkempen kerana pada masa itu
Bersatu belum ditubuhkan. Orang-orang Umno yang kecewa dengan Umno masih tidak
yakin untuk memberi undi kepada calon PH. Ini berbeza jika Bersatu ditubuhkan
dan bergabung bersama PH, pastinya wujud keyakinan untuk mengundi calon PH .
Awal tahun ini, penulis ada membuat analisis
pertandingan 3 penjuru. Analisis berkenaan merujuk kepada unjuran pertambahan
peratus sokongan 10 peratus pengundi Melayu kepada pembangkang. Lihat Unjuran
di bawah :
Negeri/ %
|
Melayu (BN)
|
Melayu (PR)
|
Cina (BN)
|
Cina (PR)
|
India (BN)
|
India(PR)
|
Selangor&KL
|
62
|
38
|
12
|
88
|
25
|
75
|
PP
|
62
|
38
|
13
|
87
|
22
|
78
|
NS & Melaka
|
82
|
18
|
8
|
92
|
31
|
69
|
Perak
|
63
|
37
|
13
|
87
|
69
|
31
|
Kedah
|
57
|
43
|
10
|
90
|
55
|
45
|
Johor
|
84
|
16
|
11
|
89
|
59
|
41
|
Terengganu
|
53
|
47
|
|
|
|
|
Kelantan
|
47
|
53
|
|
|
|
|
Peratus undi diterima Parti BN dan PR pada PRU 13
|
PRU 13
|
PRU 14
|
PRU 13
|
PRU 14
|
Negeri/ %
|
Melayu (BN)
|
Melayu (BN)
|
Melayu (PR)
|
Melayu (PH/PAS)
|
Selangor&KL
|
62
|
52
|
38
|
48
|
PP
|
62
|
52
|
38
|
48
|
NS & Melaka
|
82
|
72
|
18
|
28
|
Perak
|
63
|
53
|
37
|
47
|
Kedah
|
57
|
47
|
43
|
53
|
Johor
|
84
|
74
|
16
|
26
|
Terengganu
|
53
|
43
|
47
|
57
|
Kelantan
|
47
|
37
|
53
|
63
|
Unjuran pertambahan 10 peratus undi Melayu kepada
pembangkang
Negeri/ %
|
Melayu (PH/PAS)
|
Melayu (PAS)
|
Melayu (PH)
|
Selangor&KL
|
48
|
26
|
22
|
PP
|
48
|
26
|
22
|
NS & Melaka
|
28
|
15
|
13
|
Perak
|
47
|
28
|
18
|
Kedah
|
53
|
32
|
21
|
Johor
|
26
|
14
|
12
|
Terengganu
|
57
|
39
|
18
|
Kelantan
|
63
|
32
|
31
|
Peratus undi yang diterima PH dan PAS
Sokongan pengundi Cina melebihi 80 peratus dari
pengundi Cina . Lihat jadual di bawah :
|
PRU 13
|
PRU 14
|
PRU 13
|
PRU 14
|
|
|
Negeri/ %
|
Cina (BN)
|
Cina (BN)
|
Cina (PR)
|
Cina (PH/PAS)
|
PH
|
PAS
|
Selangor&KL
|
12
|
12
|
88
|
88
|
83
|
5
|
PP
|
13
|
13
|
87
|
87
|
83
|
4
|
NS & Melaka
|
8
|
8
|
92
|
92
|
87
|
5
|
Perak
|
13
|
13
|
87
|
87
|
83
|
4
|
Kedah
|
10
|
10
|
90
|
90
|
85
|
5
|
Johor
|
11
|
11
|
89
|
89
|
84
|
5
|
Sokongan melebihi 60 peratus pengundi India kepada
pembangkang. Lihat jadual di bawah :
|
PRU 13
|
PRU 14
|
PRU 13
|
PRU 14
|
|
|
Negeri/ %
|
India (BN)
|
Cina (BN)
|
India(PR)
|
India(PH/PAS)
|
PH
|
PAS
|
Selangor&KL
|
25
|
25
|
75
|
75
|
40
|
35
|
PP
|
22
|
22
|
78
|
78
|
47
|
31
|
NS & Melaka
|
31
|
31
|
69
|
69
|
41
|
28
|
Perak
|
69
|
40
|
31
|
60
|
36
|
24
|
Kedah
|
55
|
40
|
45
|
60
|
36
|
24
|
Johor
|
59
|
40
|
41
|
60
|
36
|
24
|
Berdasarkan analisis
penulis, PH dijangka kekal menjadi kerajaan bagi negeri Pulau Pinang dan
Selangor. Manakala bagi negeri lain, BN akan menjadi pemerintah termasuk
menguasai kerajaan pusat. Rujuk analisis beberapa DUN berikut :
1.
DUN Taman Templer , Selangor -
MALAY 51% CHINESE 35% INDIAN 13%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
26.5
|
13.3
|
11.2
|
51
|
Cina
|
4.2
|
1.8
|
29.0
|
35
|
India
|
3.5
|
4.2
|
6.3
|
14
|
|
34.2
|
19.3
|
46.5
|
100
|
2. DUN
Selat Klang, selangor –
MALAY 63% CHINESE 25% INDIAN 10%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
32.7
|
16.4
|
13.9
|
63
|
Cina
|
3.0
|
1.3
|
20.7
|
25
|
India
|
3.0
|
3.6
|
5.4
|
12
|
|
38.7
|
21.3
|
40.0
|
100
|
3. DUN
Gombak Setia, Selangor –
MALAY 77% CHINESE 12% INDIAN 9%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
40.0
|
20.0
|
17.0
|
77
|
Cina
|
1.6
|
0.6
|
10.8
|
13
|
India
|
2.5
|
3.0
|
4.5
|
10
|
|
44.1
|
23.6
|
32.3
|
100
|
4. DUN
Sungai Abong, Johor –
MALAY 51% CHINESE 45% INDIAN 3%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
38.5
|
7.3
|
6.2
|
52
|
Cina
|
5.0
|
2.2
|
37.8
|
45
|
India
|
1.2
|
0.7
|
1.1
|
3
|
|
44.7
|
10.2
|
45.1
|
100
|
5. DUN
Puteri Wangsa , Johor –
CHINESE 47%
MALAY 40% INDIAN 12%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
30.4
|
5.7
|
4.9
|
41
|
Cina
|
5.2
|
2.4
|
39.4
|
47
|
India
|
4.8
|
2.9
|
4.3
|
12
|
|
40.4
|
11.0
|
48.6
|
100
|
6. DUN
Nusa Jaya, Johor –
MALAY 47% CHINESE 38% INDIAN 13%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
35.5
|
6.7
|
5.8
|
48
|
Cina
|
4.3
|
1.9
|
32.8
|
39
|
India
|
5.2
|
3.1
|
4.7
|
13
|
|
45.0
|
11.7
|
43.3
|
100
|
7. DUN
Sungai Rapat, Perak –
MALAY 59% CHINESE 31% INDIAN 10%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
31.3
|
17.1
|
10.6
|
59
|
Cina
|
4.0
|
1.3
|
25.7
|
31
|
India
|
4.0
|
2.4
|
3.6
|
10
|
|
39.3
|
20.8
|
39.9
|
100
|
8. DUN
Changkat Jering, Perak –
MALAY 63% CHINESE 26% INDIAN 11%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
33.4
|
18.3
|
11.3
|
63
|
Cina
|
3.4
|
1.0
|
21.6
|
26
|
India
|
4.4
|
2.6
|
4.0
|
11
|
|
41.2
|
20.9
|
36.9
|
100
|
9. DUN
Kubang Rotan , Kedah -
MALAY 71% CHINESE 27% INDIAN 1%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
33.4
|
22.7
|
14.9
|
71
|
Cina
|
2.8
|
1.4
|
23.8
|
28
|
India
|
0.4
|
0.2
|
0.4
|
1
|
|
36.6
|
24.3
|
39.1
|
100
|
10. DUN
Merbau Pulas, Kedah –
MALAY 67% INDIAN 19% CHINESE 13%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
31.5
|
21.4
|
14.1
|
67
|
Cina
|
1.4
|
0.7
|
11.9
|
14
|
India
|
7.6
|
4.6
|
6.8
|
19
|
|
40.5
|
26.7
|
32.8
|
100
|
(boleh
baca artikel ini untuk mengetahui bagaimana penulis membuat unjuran ini)
Analisis di atas dibuat sebelum wujudnya parti Bersatu.
Penulis akan membuat jangkaan corak pengundian yang baru selepas Bersatu
ditubuhkan. Corak pengundian pengundi Cina dan India dijangka tidak berubah.
Perubahan undi Melayu kepada PH+Bersatu dijangka
melebihi 10 peratus di Johor, Kedah , N.S, Melaka dan Selangor . Manakala di P.P, Perak, Kelantan dan
Terengganu peningkatan 5 peratus dijangkakan kepada PH+Bersatu. Rujuk jadual di
bawah :
|
PRU 13
|
PRU 14
|
PRU 13
|
PRU 14
|
Negeri/ %
|
Melayu (BN)
|
Melayu (BN)
|
Melayu (PR)
|
Melayu (PH/PAS)
|
Selangor&KL
|
62
|
42
|
38
|
58
|
PP
|
62
|
47
|
38
|
53
|
NS & Melaka
|
82
|
62
|
18
|
38
|
Perak
|
63
|
48
|
37
|
52
|
Kedah
|
57
|
37
|
43
|
63
|
Johor
|
84
|
64
|
16
|
36
|
Terengganu
|
53
|
38
|
47
|
62
|
Kelantan
|
47
|
32
|
53
|
68
|
Unjuran pertambahan 5 hingga 10 peratus undi Melayu
kepada pembangkang
Negeri/ %
|
Melayu (PH/PAS)
|
Melayu (PAS)
|
Melayu
(PH+Bersatu)
|
Selangor&KL
|
58
|
26
|
32
|
PP
|
53
|
26
|
27
|
NS & Melaka
|
38
|
15
|
23
|
Perak
|
52
|
29
|
23
|
Kedah
|
63
|
32
|
31
|
Johor
|
36
|
14
|
22
|
Terengganu
|
62
|
39
|
23
|
Kelantan
|
68
|
32
|
36
|
Peratus undi yang diterima PH+Bersatu dan PAS
Negeri/ %
|
Melayu (BN)
|
Melayu (PAS)
|
Melayu
(PH+Bersatu)
|
Selangor&KL
|
42
|
26
|
32
|
PP
|
47
|
26
|
27
|
NS & Melaka
|
62
|
15
|
23
|
Perak
|
48
|
29
|
23
|
Kedah
|
37
|
32
|
31
|
Johor
|
64
|
14
|
22
|
Terengganu
|
38
|
39
|
23
|
Kelantan
|
32
|
32
|
36
|
Peratus undi yang diterima BN, PH+Bersatu dan PAS
Kesan peningkatan undi Melayu akibat penubuhan Bersatu
akan menambah undi PH+Bersatu dan mengurangkan undi yang diterima BN. Rujuk
analisis beberapa DUN berikut dan bandingkan analisis sebelum Bersatu
ditubuhkan.
1.
DUN Taman Templer , Selangor -
MALAY 51% CHINESE 35% INDIAN 13%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
21.4
|
13.3
|
16.3
|
51
|
Cina
|
4.2
|
1.8
|
29.0
|
35
|
India
|
3.5
|
4.2
|
6.3
|
14
|
|
29.1
|
19.3
|
51.6
|
100
|
2. DUN
Selat Klang, selangor –
MALAY 63% CHINESE 25% INDIAN 10%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
26.5
|
16.4
|
20.1
|
63
|
Cina
|
3.0
|
1.3
|
20.7
|
25
|
India
|
3.0
|
3.6
|
5.4
|
12
|
|
32.5
|
21.3
|
46.2
|
100
|
3. DUN
Gombak Setia, Selangor –
MALAY 77% CHINESE 12% INDIAN 9%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
32.3
|
20.0
|
24.7
|
77
|
Cina
|
1.6
|
0.6
|
10.8
|
13
|
India
|
2.5
|
3.0
|
4.5
|
10
|
|
36.4
|
23.6
|
40.0
|
100
|
4. DUN
Sungai Abong, Johor –
MALAY 51% CHINESE 45% INDIAN 3%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
33.3
|
7.3
|
11.4
|
52
|
Cina
|
5.0
|
2.2
|
37.8
|
45
|
India
|
1.2
|
0.7
|
1.1
|
3
|
|
39.5
|
10.2
|
50.3
|
100
|
5. DUN
Puteri Wangsa , Johor –
CHINESE 47%
MALAY 40% INDIAN 12%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
26.3
|
5.7
|
9.0
|
41
|
Cina
|
5.2
|
2.4
|
39.4
|
47
|
India
|
4.8
|
2.9
|
4.3
|
12
|
|
36.3
|
11.0
|
52.7
|
100
|
6. DUN
Nusa Jaya, Johor –
MALAY 47% CHINESE 38% INDIAN 13%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
30.7
|
6.7
|
10.6
|
48
|
Cina
|
4.3
|
1.9
|
32.8
|
39
|
India
|
5.2
|
3.1
|
4.7
|
13
|
|
40.2
|
11.7
|
48.1
|
100
|
7. DUN
Sungai Rapat, Perak –
MALAY 59% CHINESE 31% INDIAN 10%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
28.3
|
17.1
|
13.6
|
59
|
Cina
|
4.0
|
1.3
|
25.7
|
31
|
India
|
4.0
|
2.4
|
3.6
|
10
|
|
36.3
|
20.8
|
42.9
|
100
|
8. DUN
Changkat Jering, Perak –
MALAY 63% CHINESE 26% INDIAN 11%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
30.2
|
18.3
|
14.5
|
63
|
Cina
|
3.4
|
1.0
|
21.6
|
26
|
India
|
4.4
|
2.6
|
4.0
|
11
|
|
38.0
|
20.9
|
40.1
|
100
|
9. DUN
Kubang Rotan , Kedah -
MALAY 71% CHINESE 27% INDIAN 1%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
26.3
|
22.7
|
22.0
|
71
|
Cina
|
2.8
|
1.4
|
23.8
|
28
|
India
|
0.4
|
0.2
|
0.4
|
1
|
|
29.5
|
24.3
|
46.2
|
100
|
10. DUN
Merbau Pulas, Kedah –
MALAY 67% INDIAN 19% CHINESE 13%
Kaum
|
BN
|
PAS
|
PH
|
JUMLAH
|
Melayu
|
24.8
|
21.4
|
20.8
|
67
|
Cina
|
1.4
|
0.7
|
11.9
|
14
|
India
|
7.6
|
4.6
|
6.8
|
19
|
|
33.8
|
26.7
|
39.5
|
100
|
Analisis ini mungkin tidak dapat diterima sesetengah
pihak, namun bagi penulis akan dapat dicapai sekiranya PH dan Bersatu
mengukuhkan gabungan tanpa terlalu berharap kepada Pas. Rakyat sedang menanti
gabungan PH+Bersatu menyatakan pendirian yang jelas untuk menentang BN walaupun
terpaksa menghadapi pertandingan 3 penjuru.
Rakyat sudah faham bukan kehendak PH+Bersatu yang mahu
bertanding 3 penjuru, sebaliknya keangkuhan Pas yang tidak mahu bertolak ansur
serta menetapkan pelbagai syarat yang tidak boleh diterima PH+Bersatu.
Gabungan PH+Bersatu perlu segera menetapkan pembahagian
kerusi dan menentukan lambang yang perlu digunakan dalam PRU 14. Penggunaan
lambang yang sama untuk semua parti dalam PH+Bersatu akan memberi keyakinan
kepada rakyat kepada gabungan baharu ini.
Memandangkan pelbagai karenah ROS untuk membenarkan
satu logo untuk PH+Bersatu . Adalah disyorkan PH+Bersatu menggunakan lambang parti
dalam PH yang telah lama bertapak di Malaysia.
Penulis mencadangkan lambang PKR dan DAP digunakan untuk semua calon
PH+Bersatu. Lambang PKR digunakan di kawasan majoriti Melayu dan lambang DAP
digunakan di kawasan majoriti Cina.
Penggunaan kedua lambang ini akan menyelesaikan masalah
lambang parti Amanah dan Bersatu yang masih baru , tidak dikenali pengundi
terutama di luar bandar , pengundi wanita serta pengundi saluran 1 dan 2.
Parti Amanah dan Bersatu tidak perlu menjadi ego,
sombong dan taksub kepada lambang parti. Kena fikir strategi untuk menang
pilihanraya. Apa guna berkeras nak guna lambang parti, bila bertanding pengundi
tak kenal lambang dan kalah.
Manifesto bersama PH+Bersatu perlu disediakan segera dan
diedar kepada pengundi bagi menambah keyakinan pengundi kepada gabungan
PH+Bersatu ini. Calon PM sementara PH+Bersatu perlu dipilih segera bersama
kabinet bayangan PH+Bersatu . Ini akan menambah keyakinan rakyat untuk mengundi
gabungan PH+Bersatu.
Kerjasama PH+Bersatu perlu diturunkan ke negeri dan
kawasan secara rasmi. Kerjasama PH+Bersatu peringkat kawasan akan membantu
mengatasi masalah kekurangan petugas parti-parti dalam PH+Bersatu
Jika PH+Bersatu terus mengharapkan Pas sehingga
menyebabkan PH+Bersatu gagal menentukan kerusi, lambang , manifesto sehingga
hampir pilihanraya. Rakyat akan terus keliru dan tidak ada keyakinan terhadap
gabungan pembangkang. Jangan tunggu lagi, pilihanraya makin dekat. Kukuhkan
PH+Bersatu dan biarkan Pas yang angkuh.
Wasalam
No comments:
Post a Comment