Salam,
Ketika BN berangan-angan ingin merampas
kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti
membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.
Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO
selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua
orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan
Maharani.
Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih
menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi
orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau
purata 55 % sahaja.
Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi
majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di
kebanyakan kerusi di Johor.
Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar
ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4
kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu
bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.
Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi
Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen
UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO.
Kemarahan orang Cina terhadap
UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya
begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.
Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah
memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.
Pengundi India pula tidak banyak berubah ,
UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi
India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti
politik ini terhadap orang India. Maksudnya,
pengundi India masih 50-50.
Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di
Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan
generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu
berubah.
Purata undi Melayu kepada PR masih di antara
10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai
35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.
Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau
75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR.
Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .
Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah
, jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1
parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh
oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?
Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada
di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi
DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %.
19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup
menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak
membantu PR menuju Putrajaya.
DUN : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Jementah
2. Tenang
3. Bekok
4. Tangkak
5. Bentayan
(DAP)
6. Yong
Peng
7. Pengaram
8. Layang-Layang
9. Paloh
10. Puteri
Wangsa
11. Johor
Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan
Ranting
14. Skudai
(DAP)
15. Nusa
Jaya
16. Bukit
Batu
17. Senai
(DAP)
18. Mengkibol
(DAP)
19. Pekan
Nanas
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Segamat
2. Labis
3. Bakri
4. Tebrau
5. Pasir
Gudang
6. Gelang
Patah
7. Kulai
8. Kluang
Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen
mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak
selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu
di bawah 55%.
28
kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi
lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.
DUN : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Buluh
Kasap
2. Pemanis
3. Sg.
Abong (PAS)
4. Maharani
(PAS)
5. Tiram
6. Permas
7. Kempas
8. Bukit
Permai
9. Mahkota
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Sekijang
2. Ledang
3. Batu
Pahat
4. Simpang
Rengam
5. Sembrong
6. Johor
Bahru
7. Pulai
8. Tanjung
Piai
Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen
yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada
PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.
PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi
Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah
lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.
DUN : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Kamelah
2. Jorak
3. Gambir
4. Bukit
Naning
5. Parit
Yani
6. Sengarang
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Ayer
Hitam
Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan
Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan
menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu
tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.
Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja
tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat
UMNO juga bakal terlepas kepada PR.
Wasalam
2 comments:
mita izin kopipes
salam,
mohon copy paste dlm fb ...tq
Post a Comment