Kebelakangan ini, Amar bin Jamuh merasa
orang-orang di sekitarnya tidak lagi menghormatinya. Malah, keempat anak lelakinya pun seakan menjauhinya. Mereka lebih senang tinggal bersama
sahabatnya. “Kenapa orang-orang sepertinya memusuhiku?” bisik hati Amar
sedih.
Padahal
sebagai seorang bangsawan kaya di Madinah, ia selalu membantu
orang-orang miskin. “Lebih baik aku mengadukan kesedihanku kepada
Manat,” kata Amar. Amar bangkit dan menekankan tongkatnya kuat-kuat.
Tongkat itu yang selalu membantunya berjalan ke mana-mana. Amar bin
Jamuh seorang yang cacat kakinya. Namun, kekurangan itu tidak membuatnya
patah semangat.
Semasa
mudanya, Amar giat bekerja walaupun orang tuanya kaya raya. Ia tidak
mahu menjadi beban keluarganya. Seperti saudaranya yang lain, Amar
bekerja dengan penuh tanggung jawab.
“Wahai,
Manat,” ucap Amar di depan patung kecilnya. ”Kini semua orang
membenciku. Aku mohon, tenangkanlah hatiku.” Diam-diam, dari luar
seseorang sedang memerhatikanya. Dan, perlahan-lahan masuk bilik pemujaan
Amar. “Ayah, kenapa masih menyembah berhala itu?” tanya Muadz anak lelaki
Amar. “Diamlah! Jangan menghina Tuhan nenek moyang kita!” bentak Amar.
Hati
Muadz sangat hiba melihat ayahnya masih menyembah berhala. Ia
mengharapkan ayahnya segera memeluk Islam. Orang Islam dilarang
menyembah berhala. Amar berfikir dan mulai mendapat jawapan tentang
sikap anak-anak serta kaumnya yang memusuhi dirinya. “Rupanya, agama
Muhammad itulah penyebabnya...,” marah Amar.
Memandangkan Muadz
dan saudaranya sangat ingin menyedarkan ayahnya, maka mereka mengatur sesuatu usaha. Tatkala Amar sudah tertidur lelap, Muadz menyelinap masuk ke bilik pemujaan ayahnya. Kemudian mengambil Manat, dan membuangnya ke
tempat sampah.
Pagi
harinya, Amar sungguh terkejut. Ia tidak mendapatkan Manat di
tempatnya. Tergesa-gesa dicarinya patung itu. Bertambah berang hati Amar
sewaktu menemui tuhan kecilnya terguling di tengah longgokan sampah
yang kotor dan berbau.
“Ya
Manat, kenapa kau ada disini?” Amar memungut kembali berhalanya.
Kemudian, Amar membersihkan kotoran di tubuh Manat dan melumurinya
dengan minyak wangi. Setelah itu, Manat diletakkan pada tempatnya semula.
Malam
berikutnya, Amar menemui Manat di tempat sampah lagi. Lalu, Amar
membersihkan kotoran dan membawa kembali berhalanya ke bilik pemujaan.
“Oh, Manat! Kenapa kau diam saja diperlakukan buruk.......?” keluh Amar.
Ketika
malam berikutnya menemui Manat kaku tidak bergerak di tempat
sampah. Amar jadi ragu untuk mengambilnya kembali. “Hei, Manat! Ternyata
kau tidak berdaya sama sekali. Bagaimana akan menolongku kalau menolong
dirimu sendiri sahaja tidak mampu!” umpat Amar.
Akhirnya,
Amar membuang Manat di tempat sampah. Ia menyedari kesesatannya. Jika
selama ini Amar yang susah berjaya menjadi orang kaya, itu bukanlah
pertolongan berhala. Melainkan, kerana ketekunannya bekerja. Dan, Amar
yakin ada Tuhan yang lebih berkuasa. Amar segera memanggil keempat anak lelakinya dan menyatakan niatnya untuk memeluk Islam. “Hantarkan aku kepada
Rasulullah. Aku ingin mengucapkan syahadat,” kata Amar.
Berita
Islamnya Amar segera tersebar luas. Orang-orang pun memberi rasa hormat
yang tinggi kepadanya. Amar mendapatkan kembali kehormatan dan
kemuliaan di tengah masyarakat Madinah.
Beberapa
waktu kemudian, tersebar khabar bahawa kaum kafir akan menyerang Madinah.
Nabi mengarahkan semua kaum Muslimin ikut berjihad di perang Badar.
“Aku pun akan ikut berjihad bersama Rasulullah,” kata Amar berapi-api.
Mendengar itu, anak lelakinya sangat khuatir akan keselamatan ayahnya.
“Ayah tidak perlu berjihad. Biarlah kami saja,” cegah anak lelakinya.
“Kenapa? Aku juga ingin gugur sebagai Syuhada dan meraih syurga,” kata Amar.
“Ayah, kaki ayah cacat. Allah tidak membebankan kewajipan jihad kepada ayah,” kata Muadz.
“Memang
benar, Rasulullah telah mengatakan, sebaiknya ayah di rumah sahaja,”
sahut adik Muadz. Alangkah sedihnya hati Amar. Di pandangi kakinya yang cacat itu.
“Kakiku
yang cacat inilah yang menghalangiku berjihad. Padahal, aku amat
merindukan surga,” kata Amar. Dalam hatinya, ia ingin sekali menjadi
Syuhada. Tambahan ketika peperangan berakhir dengan kemenangan kaum
Muslimin, hati Amar semakin berkobar untuk turut berjihad.
Rupanya
kekalahan kaum kafir pada perang Badar telah menimbulkan rasa dendam mereka. Kaum
kafir menyusun kekuatan untuk menyerang kembali kaum Muslimin.
Peperangan pun akan dilaksanakan di bukit Uhud.
Mendengar
khabar itu, Amar menyambut panggilan jihad Rasulullah dengan penuh
semangat. Kali ini, Amar akan ikut berjihad bersama Rasulullah meskipun anak lelakinya melarang.
“Ya
Rasulullah, izinkanlah aku ikut berjihad. Walau kakiku cacat, tapi
tangan dan tubuhku cukup kuat mengangkat pedang dan tombak,” kata Amar
meyakinkan Rasulullah.
“Baiklah, kau kuizinkan,” kata Rasulullah. Amar sangat bersyukur.
Dengan gagah berani, Amar berangkat ke medan perang bersama kaum Muslimin.
“Allahu
Akbar!” teriaknya seraya menghunuskan pedangnya. Tombaknya pun melesat
mengenai beberapa musuh. Banyak tentara musuh yang dijatuhkannya.
Tiba-tiba
dari arah belakang, sebuah tombak musuh merodak tubuh Amar. Tidak
terelakkan lagi, tombak itu menucuk di punggung Amar. Ia terjatuh
dengan darah bercucuran. Amar pun gugur menjadi Syuhada.
No comments:
Post a Comment