Sunday, October 16, 2011

Kisah Amar bin Jamuh , manusia cacat syahid di medan Uhud

 http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/37296_404181314332_167892744332_4117831_647874_n.jpg
Kebelakangan ini, Amar bin Jamuh merasa orang-orang di sekitarnya tidak lagi menghormatinya. Malah, keempat anak lelakinya pun seakan menjauhinya. Mereka lebih senang tinggal bersama sahabatnya. “Kenapa orang-orang sepertinya memusuhiku?” bisik hati Amar sedih.

Padahal sebagai seorang bangsawan kaya di Madinah, ia selalu membantu orang-orang miskin. “Lebih baik aku mengadukan kesedihanku kepada Manat,” kata Amar. Amar bangkit dan menekankan tongkatnya kuat-kuat. Tongkat itu yang selalu membantunya berjalan ke mana-mana. Amar bin Jamuh seorang yang cacat kakinya. Namun, kekurangan itu tidak membuatnya patah semangat.

Semasa mudanya, Amar giat bekerja walaupun orang tuanya kaya raya. Ia tidak mahu menjadi beban keluarganya. Seperti saudaranya yang lain, Amar bekerja dengan penuh tanggung jawab.

“Wahai, Manat,” ucap Amar di depan patung kecilnya. ”Kini semua orang membenciku. Aku mohon, tenangkanlah hatiku.” Diam-diam, dari luar seseorang sedang memerhatikanya. Dan, perlahan-lahan masuk bilik pemujaan Amar. “Ayah, kenapa masih menyembah berhala itu?” tanya Muadz anak lelaki Amar. “Diamlah! Jangan menghina Tuhan nenek moyang kita!” bentak Amar.

Hati Muadz sangat hiba melihat ayahnya masih menyembah berhala. Ia mengharapkan ayahnya segera memeluk Islam. Orang Islam dilarang menyembah berhala. Amar berfikir dan mulai mendapat jawapan tentang sikap anak-anak serta kaumnya yang memusuhi dirinya. “Rupanya, agama Muhammad itulah penyebabnya...,” marah Amar.

Memandangkan Muadz dan saudaranya sangat ingin menyedarkan ayahnya, maka mereka mengatur sesuatu usaha. Tatkala Amar sudah tertidur lelap, Muadz menyelinap masuk ke bilik pemujaan ayahnya. Kemudian mengambil Manat, dan membuangnya ke tempat sampah.

Pagi harinya, Amar sungguh terkejut. Ia tidak mendapatkan Manat di tempatnya. Tergesa-gesa dicarinya patung itu. Bertambah berang hati Amar sewaktu menemui tuhan kecilnya terguling di tengah longgokan sampah yang kotor dan berbau.

“Ya Manat, kenapa kau ada disini?” Amar memungut kembali berhalanya. Kemudian, Amar membersihkan kotoran di tubuh Manat dan melumurinya dengan minyak wangi. Setelah itu, Manat diletakkan pada tempatnya semula.

Malam berikutnya, Amar menemui Manat di tempat sampah lagi. Lalu, Amar membersihkan kotoran dan membawa kembali berhalanya ke bilik pemujaan. “Oh, Manat! Kenapa kau diam saja diperlakukan buruk.......?” keluh Amar.

Ketika malam berikutnya menemui Manat kaku tidak bergerak di tempat sampah. Amar jadi ragu untuk mengambilnya kembali. “Hei, Manat! Ternyata kau tidak berdaya sama sekali. Bagaimana akan menolongku kalau menolong dirimu sendiri sahaja tidak mampu!” umpat Amar.

Akhirnya, Amar membuang Manat di tempat sampah. Ia menyedari kesesatannya. Jika selama ini Amar yang susah berjaya menjadi orang kaya, itu bukanlah pertolongan berhala. Melainkan, kerana ketekunannya bekerja. Dan, Amar yakin ada Tuhan yang lebih berkuasa. Amar segera memanggil keempat anak lelakinya dan menyatakan niatnya untuk memeluk Islam. “Hantarkan aku kepada Rasulullah. Aku ingin mengucapkan syahadat,” kata Amar.

Berita Islamnya Amar segera tersebar luas. Orang-orang pun memberi rasa hormat yang tinggi kepadanya. Amar mendapatkan kembali kehormatan dan kemuliaan di tengah masyarakat Madinah.

Beberapa waktu kemudian, tersebar khabar bahawa kaum kafir akan menyerang Madinah. Nabi mengarahkan semua kaum Muslimin ikut berjihad di perang Badar. “Aku pun akan ikut berjihad bersama Rasulullah,” kata Amar berapi-api. Mendengar itu, anak lelakinya sangat khuatir akan keselamatan ayahnya.

“Ayah tidak perlu berjihad. Biarlah kami saja,” cegah anak lelakinya.

“Kenapa? Aku juga ingin gugur sebagai Syuhada dan meraih syurga,” kata Amar.

“Ayah, kaki ayah cacat. Allah tidak membebankan kewajipan jihad kepada ayah,” kata Muadz.

“Memang benar, Rasulullah telah mengatakan, sebaiknya ayah di rumah sahaja,” sahut adik Muadz. Alangkah sedihnya hati Amar. Di pandangi kakinya yang cacat itu.

“Kakiku yang cacat inilah yang menghalangiku berjihad. Padahal, aku amat merindukan surga,” kata Amar. Dalam hatinya, ia ingin sekali menjadi Syuhada. Tambahan ketika peperangan berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin, hati Amar semakin berkobar untuk turut berjihad.

Rupanya kekalahan kaum kafir pada perang Badar telah menimbulkan rasa dendam mereka. Kaum kafir menyusun kekuatan untuk menyerang kembali kaum Muslimin. Peperangan pun akan dilaksanakan di bukit Uhud.

Mendengar khabar itu, Amar menyambut panggilan jihad Rasulullah dengan penuh semangat. Kali ini, Amar akan ikut berjihad bersama Rasulullah meskipun anak lelakinya melarang.

“Ya Rasulullah, izinkanlah aku ikut berjihad. Walau kakiku cacat, tapi tangan dan tubuhku cukup kuat mengangkat pedang dan tombak,” kata Amar meyakinkan Rasulullah.

“Baiklah, kau kuizinkan,” kata Rasulullah. Amar sangat bersyukur.

Dengan gagah berani, Amar berangkat ke medan perang bersama kaum Muslimin.

“Allahu Akbar!” teriaknya seraya menghunuskan pedangnya. Tombaknya pun melesat mengenai beberapa musuh. Banyak tentara musuh yang dijatuhkannya.

Tiba-tiba dari arah belakang, sebuah tombak musuh merodak  tubuh Amar. Tidak terelakkan lagi, tombak itu menucuk di punggung Amar. Ia terjatuh dengan darah bercucuran. Amar pun gugur menjadi Syuhada.

No comments:

Post a Comment