Assalam,
Penulis dah lama tak menulis tentang perjuangan , banyak
artikel yang ditulis hanya berkaitan analisa tentang politik selepas langkah
Sheraton.
Semasa mula-mula PKP bukan
penulis tak ada masa nak menulis tapi banyak dihabiskan membuat analisa secara
terperinci peluang parti-parti politik dalam PRU 15. Ada empat artikel yang
dapat dikeluarkan berdasarkan analisa yang dibuat.
Hari ini ada masa nak menulis , dah masuk dalam tempoh
beberapa kali PKPP. Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan pengkhianat pun dah
masuk 10 bulan.
Selepas kerajaan tanpa mandat ini ditubuhkan, penulis kembali kepada pekerjaan asal, gajinya sama dengan jawatan pertukaran sementara. Cuma masa penulis untuk parti terhad tidak sama semasa berjawatan pertukaran sementara.
Kerja pun dekat dengan rumah tapi masih berulang buat kerja
di kawasan. Setiap minggu balik kawasan sejak mula-mula PKP. Walaupun dah tak
jadi kerajaan , rakyat dalam kawasan perlu dibantu terutama mereka yang
terkesan dan menjadi susah semasa PKP.
Sudah lama berpengalaman jadi pembangkang, bila jadi pembangkang
semula dah jadi macam biasa. Dah tak ada peruntukan buat cara tiada peruntukan,
kena usaha cari dana supaya rakyat dapat dibantu.
Semasa mula PKP , setiap minggu bantuan disalur melalui
cawangan untuk diberi kepada keluarga yang terkesan. Barang keperluan dapur,
ikan , siput dan sayur segar dan paling
tidak ada apa yang boleh dibantu hanya telur setengah papan diberi kepada
keluarga terkesan.
Bayangkan sepapan telur terpaksa dipotong separuh kerana
dana yang berkurang untuk membantu. Walaupun setengah papan telur, itu pun
sudah cukup buat keluarga yang terkesan dengan PKP.
Setiap hari Isnin, orang ramai beratur mendapatkan bekalan
barangan dapur . Dulu ramai kata orang Cina tidak datang meminta bantuan. Kali
ini tidak, orang Cina turut datang beratur mendapatkan bantuan kerana orang
Cina sangat terkesan apabila kedai-kedai mereka ditutup akibat PKP.
Kenapa penduduk tidak pergi ke pejabat parti-parti yang
menerintah? Semuanya tutup , alasannya PKP. Hanya pejabat ahli parlimen yang
buka, ahli parlimen kena habiskan lebih ratus ribu simpanan peribadi semasa
PKP.
Bukan hanya bantuan melalui cawangan , bantuan kepada frontliners
juga disalurkan . Sarapan, makan tengahari, facemask dan sanitizer
diberi kepada frontliners secara berkala. Semasa PKP, setiap hari
sarapan dimasak dan diberi kepada frontliners.
Masuk bulan Ramadan , selain bantuan barangan dapur , setiap
minggu diberi sumbangan juadah berbuka melalui cawangan-cawangan kepada
keluarga terkesan. Sebelum Hari Raya, sumbangan kueh raya diberi melalui
cawangan juga kepada frontliners.
Sehingga hari ini, usaha mencari dana diteruskan untuk
membantu penduduk memerlukan. Bila datang perayaan Deepavali , 200 orang India
diberi sumbangan. Bila datang perayaan Krismas, 50 keluarga penganut Kristian
diberi sumbangan. Datang pula PKPB, diberi pula bantuan barang keperluan dapur
melalui cawangan-cawangan.
Minggu depan , majlis penyerahan bantuan pakaian sekolah pula
akan dibuat. Fasa pertama 220 pelajar, fasa kedua 400 pelajar, fasa ketiga
pelajar yang tercicir menerima bantuan. Bulan Februari ini kena cari dana untuk
sumbangan sempena Tahun Baru Cina pula.
Memanglah semasa kerajaan jatuh , ada sedikit kekecewaan
kerana selama 22 bulan jadi kerajaan banyak penduduk yang dapat dibantu. Malah
bantuan yang diberi kepada penduduk dalam kawasan parlimen tidak mengira
sesiapa , semuanya merasa. Tidak seperti kerajaan terdahulu , bantuan diberi
hanya kepada yang terpilih dikalangan mereka yang kuat menyokong.
Kini , bantuan yang diberi tidaklah sebanyak semasa menjadi
kerajaan tapi sekurang-kurangnya , keluarga yang memerlukan bantuan tetap
diberi bantuan untuk meringankan beban. Sekurang-kurangnya dapatlah juga penduduk
merasa hasil usaha dana yang kita cari.
Dulu semasa berjuang dalam parti lama, usaha mencari dana
ini memang penulis buat bersama sahabat-sahabat jamaah. Tapi , sejak penulis
masuk parti baru dan menjadi kerajaan sehinggalah menjadi pembangkang semula.
Penulis tidak nampak bantuan seperti baju sekolah dilakukan parti lama kawasan
penulis.
Sudah menjadi kerajaan pun, parti lama kawasan penulis macam
pembangkang hanya mengharap bantuan dari kerajaan melalui wakil rakyat
pengkhianat.
Parti Ubn lagilah teruk , hanya bergantung kepada kerajaan untuk membantu. Sebab itu parti ini terpaksa berpaut dengan dalam kerajaan tebuk atap sebab tidak boleh bergerak jika menjadi pembangkang.
Walaupun parti lama dah jadi kerajaan, dah ada ahli majlis , dah ada dalam jadi JK Kampung tapi, kelibat mereka tidak kelihatan. Pejabat parti sepatutnya, ditukar menjadi pusat khidmat sebab dah jadi kerajaan.
Tapi itu tidak berlaku, sudah ada penduduk yang serik ke pejabat parti lama kerana tiada penyelesaian untuk masalah yang mereka bawa. Begitu juga dengan parti Ubn, tiada beza semasa jadi pembangkang.
Di kampung-kampung pun ada macam-macam masalah, orang kampung merungut kerana dalam satu kampung ada tiga kepala ikut parti. Selama 10 bulan Ketua Kampung masih tidak dilantik . Penghulu pun pening kerana bila sampai bantuan terpaksa bahagi tiga.
Bila Ubn dah jadi MB, pastinya akan dilantik Ketua Kampung dan majoritinya pasti dari Ubn. Bagus sangat la macam tu sebab orang kampung memang meluat dengan Ketua Kampung dari Ubn. Mereka dah merasa perit selama 60 tahun berketua kampung orang Ubn.
Bila jadi pembangkang , ada yang menyangka parti baru ini
akan lemah. Sebenarnya tidak, malah usaha penulis dan parti baru menambah ahli
dan cawangan terus berjalan. Tahun 2020 sahaja, 12 cawangan baru ditubuhkan.
Sama banyak dengan tahun 2019 semasa jadi kerajaan.
Bilangan cawangan dah makin hampir menyamai bilangan
cawangan parti lama. Dulu target setiap Daerah Mengundi kena ada cawangan, hari
ini target setiap lokaliti perlu ada cawangan. Dulu hanya biar parti kawan bergerak
dalam Dun yang diwakili parti kawan. Tapi sekarang tak boleh biarkan kerana
parti kawan terlalu lemah untuk bergerak.
Kena buat sesuatu untuk dekati penduduk dalam Dun parti
kawan. Sebab itu, dibuka pusat komuniti parti dalam Dun parti kawan. Bukan
hendak bersaing dengan parti kawan tapi itulah caranya untuk menambah kekuatan
parti yang bertanding kerusi parlimen.
Pilihanraya mungkin tidak lama lagi, justeru masa semakin
terhad. Kena ada usaha dekati pengundi, kena ada usaha menambah sokongan
pengundi terutama orang Melayu. Berusaha bukan macam PRU 14 untuk 3 penjuru,
tapi berusaha untuk 2 penjuru walaupun mungkin 3 penjuru.
Setakat ini culaan dari cawangan-cawangan sudah 60 peratus
diperolehi. Ada Daerah Mengundi dah capai target undi sasaran , ada yang kena
berusaha lagi. Bila sudah ada banyak cawangan, culaan menjadi lebih mudah.
Hanya di kawasan perumahan , pengundi yang ramai memerlukan strategi untuk
dapatkan culaan.
Penulis berharap rakan-rakan parti baru dalam kawasan
penulis terus berusaha mengerakkan parti bagi mencapai undi sasaran. Gerak
kerja kebajikan diteruskan, gerak kerja pilihanraya perlu digandakan. Selamat
berjuang……..
Wassalam
2 comments:
Semoga Tuan terus dirahmati Allah SWT, teruskan perjuangan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Lebih 500duluberlaku pengkhianatan dalam kerajaan Melaka.Melaka hancur.Lebih 500 tahun sekarang berlaku pengkhianatan terhadap kerajaan malaysia.Malaysia bakal hancur perlahan-lahan.Melayu tak pernah belajar dari sejarah tapi sejarah akan mengajar Melayu yang bodoh ini.
Post a Comment