Assalam,
Penulis akan membuat sedikit
analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan
PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang
dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan .
Semasa pemerintahan PH,
serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya
digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya ,
pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala
PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja
Justeru itu, adakah benar PH
tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa
memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu kepada PH adalah sekitar 30 peratus sahaja.
Pada PRU 14, PH mendapat
hanya 15 ke 25 peratus undi Melayu di kawasan luar bandar. Manakala undi Melayu
PH di kawasan bandar adalah 25 hingga 35 peratus sahaja. Kemenangan PH pada PRU
14 adalah disebabkan sokongan pengundi Cina adalah 85 peratus dan sokongan pengundi
India sebanyak 70 peratus.
Oleh kerana itu, PH
memenangi banyak kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran. PH telah memenangi
sebanyak 113 kerusi berbanding BN sebanyak 79 kerusi selebihnya dimenangi PAS,
Warisan dan Bebas. PH membentuk kerajaan dengan sokongan Warisan.
Sokongan pengundi Cina
kepada PH sebenarnya kekal selepas PRU 14 , walaupun pada PRK Cameron Highlands
dan Tanjung Piai mereka mengundi BN. Pengundi Cina boleh bertukar semasa PRK
tetapi pada PRU undi ini kembali kepada PH.
Sebab itulah, selepas PH ditumbangkan berikutan krisis
dalaman dalam PPBM dan PKR kemudian Tun M meletak jawatan . Pengundi Cina
kembali menyokong PH sama seperti PRU 14 malah semakin besar kerana mereka
tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PH dijatuhkan.
Begitu juga, pengundi Melayu
asal PH yang agak termakan dengan serangan isu kaum dan agama yang dimainkan
oleh Umno dan Pas. Namun, apabila jatuhnya PH, mereka kembali menyokong PH
kerana kecewa mandat yang diberikan oleh mereka dicuri.
Sebenarnya, kekuatan Umno
dan Pas nampak terjalin rapi melalui Maufakat Nasional. Kedua-dua parti ini
sudah berkira akan menang besar pada PRU 15. Umno dan Pas sudah berangan-angan
menang banyak kerusi kerana apabila dicampur undi BN dan Pas berjaya mengatasi
undi PH di banyak kerusi yang dimenangi PH.
Sebanyak 29 kerusi PH di
Semenanjung yang akan jatuh ke tangan Maufakat Nasional jika berlaku PRU
15. Namun, keseronokan Umno dan Pas
tersentak setelah Pas dan Umno memberi sokongan kepada pembetukan kerajaan
Perikatan Nasional.
Pengundi Cina dan India yang
sudah ada riak menyokong BN dan Pas sudah menarik kembali sokongan. Manakala ,
pengundi Melayu terutama di kawasan bandar juga sudah mula mengalih sokongan
kepada PH kerana tidak bersetuju
kerajaan PH dijatuhkan
Betulkah begitu, bukankah
kita lihat di komen-komen facebook ramai orang Melayu yang menyokong kerajaan
PN. Seperti yang dinyatakan tadi, sokongan kepada Umno dan Pas memang besar sebelum
PRU 14 lagi. Jadi , tidak hairanlah sokongan kelihatan di komen-komen facebook.
Namun sebenarnya, sokongan
Umno dan Pas telah mula berkurangan kepada 60 peratus sahaja. Kenapa berkurang
? Sokongan pengundi Melayu kepada PH bertambah sekitar 5 peratus berikutan
parti-parti dalam PH menambah ahli dan cawangan parti semasa memerintah.
Semasa pemerintahan kerajaan
PH, ramai yang sebelum ini tidak menyertai parti-parti dalam PH telah
menyertainya dan terlibat sebagai dalam jentera kerajaan seperti MPKK dan
sebagainya. Kebanyakan mereka sebelum ini adalah ahli dan penyokong Umno dan
Pas.
Semasa PRU 14, PH masuk
pilihanraya dengan bantuan petugas pilihanraya dari sukarelawan , Invoke dan
NGO. Namun percayalah pada PRU 15 , parti-parti dalam PH terutama Amanah dan
PKR akan menggunakan petugas pilihanraya parti sendiri berikutan penubuhan
cawangan parti semasa memerintah.
Perlu diketahui bahawa tidak
semua ahli dan penyokong Pas yang bersetuju dengan kerjasama dengan Umno.
Terdapat 5 peratus yang menentang kerjasama dengan Umno tapi tetap mengundi Pas
semasa PRU 14 kerana Pas bertanding bersendirian . Pada PRU 15, 5 peratus ahli
dan penyokong Pas ini akan mengalih sokongan kepada parti yang menentang Umno kerana
Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
Adakah sokongan kepada Umno
dan Pas akan mengurang lagi ? Ya, selagi Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan
Nasional. Pas terutamanya akan menghadapi kehilangan sokongan ketara kerana
tidak mampu mempertahankan pringsip perjuangan apabila berada dalam kerajaan.
Pengundi Melayu yang memberi
sokongan kepada Pas kerana Pas sebelum ini konsisten memperjuangkan dasar Islam
. Namun, baru beberapa bulan menjadi kerajaan semasa PKP Covid 19 , Pas
diserang kerana gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Menteri dan
Timbalan Menteri Pas setakat ini tidak berani bersuara menentang suara Menteri MCA
dan MIC dalam kerajaan.
Ketara sekali apabila,
Menteri MCA berani meminta kerajaan Perikatan Nasional tidak dipanggil kerajaan
Melayu Islam, Pas tidak membantah. Wanita MCA berani membantah perkahwinan
bawah umur yang disokong oleh Pas, Pas tidak membantah. Ada beberapa isu
lagi, yang pengundi Melayu boleh lihat Pas tidak mampu bersuara seperti sebelum
menjadi kerajaan. Malah, Netizen yang menyerang Menteri dan Timbalan Menteri
Pas adalah dahulunya pengundi Pas.
Itu baru beberapa bulan,
sanggupkah Pas berhadapan dengan pelbagai isu selepas PKP yang pastinya memerlukan
Pas bertindak mempertahankan dasar Islam. Jika gagal, sokongan kepada Pas
semakin hari semakin mengurang. Perlu diingat, terdapat hanya 30 peratus
pengundi yang mengundi Pas adalah pengundi tegar. Selebihnya, adalah pengundi yang
mengundi Pas kerana pringsip Islam yang diperjuangkan.
Sudah ada pemerhati politik yang
meminta Pas kembali bergerak secara bersendirian supaya sokongan pengundi
Melayu kepada Pas akan kekal. Penglibatan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional
tidak membawa manfaat yang besar kepada Pas.
Apa guna menjadi Menteri ,
Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC jika Pas gagal membawa dasar Islam yang
diperjuangkan. Lebih lama berada dalam kerajaan, Pas akan berhadapan dengan
krisis kepercayaan pengundi Melayu kepada Pas.
Peratus kehilangan sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan dapat dilihat secara jelas selepas setahun Pas bersama kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun begitu, riak-riaknya sudah mula dapat dilihat walaupun baru beberapa bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Semasa PRU 14, undi Melayu
kepada Umno adalah rendah berbanding Pas. Sokongan undi Melayu kepada Umno ini
pula sekarang ini sedang direbut oleh PPBM . PPBM yang mengetuai kerajaan
Perikatan Nasional telah mendominasi jawatan utama Menteri dan GLC . PPBM juga
pastinya , meletakkan semua pemimpin PPBM menjadi Penyelaras Parlimen di kerusi
Melayu dan campuran yang dimenangi PH dalam masa yang sama kerusi PPBM sudah
bertambah kerana Ahli Parlimen Umno yang melompat ke PPBM.
Umno juga tidak boleh
bergantung kepada undi Melayu yang ada pada Pas kerana Pas juga berhadapan
dengan potensi kehilangan sokongan pengundi Melayu. Sudah kedengaran penyesalan
pemimpin Umno kerana berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Umno yang
sebelum ini boleh bergantung kepada Pas kini terpaksa bergelut sendiri
menghadapi ancaman PPBM.
Jadual di bawah menunjukkan
29 kerusi PH di Semenanjung yang diatasi gabungan undi BN dan Pas.
PARLIMEN
|
%
M
|
%
C
|
% I+L
|
PH
|
BN/PAS
|
%
PH
|
%
BN/PAS
|
MAJ
|
SRI GADING
|
65
|
33.2
|
1.8
|
21 511
|
22 771
|
48.6
|
51.4
|
1 260
|
TANJUNG PIAI
|
56.8
|
41.6
|
1.6
|
21 255
|
23 693
|
47.3
|
52.7
|
2 438
|
KUALA PILAH
|
77
|
15.9
|
7.1
|
18 045
|
22 192
|
44.8
|
55.2
|
4 147
|
TAMPIN
|
62.8
|
23.6
|
13.6
|
22 435
|
26 031
|
46.3
|
53.7
|
3 596
|
TANGGA BATU
|
71
|
22.1
|
6.9
|
32 420
|
36 722
|
46.9
|
53.1
|
4 302
|
RAUB
|
52.1
|
38.1
|
9.8
|
20 659
|
25 366
|
44.9
|
55.1
|
4 707
|
INDERA MAHKOTA
|
66.6
|
26.9
|
6.5
|
28 578
|
35 143
|
44.8
|
55.2
|
6 565
|
KUANTAN
|
66.4
|
29.6
|
4
|
22 807
|
28 363
|
44.6
|
55.4
|
5 556
|
TEMERLOH
|
66.5
|
22.5
|
11
|
23 998
|
36 828
|
39.5
|
60.5
|
12 830
|
BENTONG
|
46.5
|
41.7
|
11.8
|
25 716
|
29 350
|
46.7
|
53.3
|
3 634
|
PARIT BUNTAR
|
69.4
|
25.7
|
4.9
|
16 753
|
25 967
|
39.2
|
60.8
|
9 214
|
TAMBUN
|
66.3
|
20.2
|
13.5
|
38 661
|
48 289
|
44.5
|
55.5
|
9 628
|
LUMUT
|
72
|
15
|
13
|
21 955
|
31 690
|
40.9
|
59.1
|
9 735
|
TANJUNG MALIM
|
55.6
|
25.6
|
18.8
|
24 672
|
29 625
|
45.4
|
54.6
|
4 953
|
JERLUN
|
91.2
|
6.9
|
1.9
|
18 695
|
25 242
|
42.5
|
57.5
|
6 547
|
KUBANG PASU
|
86.5
|
8.5
|
5
|
29 984
|
30 350
|
49.7
|
50.3
|
366
|
POKOK SENA
|
81.5
|
15.5
|
3
|
28 959
|
41 791
|
40.9
|
59.1
|
12 832
|
KUALA KEDAH
|
78.3
|
20.3
|
1.4
|
36 624
|
42 543
|
46.3
|
53.7
|
5 919
|
MERBOK
|
68.6
|
15.1
|
16.3
|
30 902
|
40 448
|
43.3
|
56.7
|
9 546
|
SUNGAI PETANI
|
60.7
|
26.8
|
12.5
|
45 532
|
46 723
|
49.4
|
50.6
|
1 191
|
PADANG SERAI
|
59.1
|
19.8
|
21.1
|
31 724
|
38 360
|
45.3
|
54.7
|
6 636
|
KULIM
|
69.2
|
17.7
|
13.1
|
23 159
|
31 184
|
42.6
|
57.4
|
8 025
|
KANGAR
|
81.7
|
15.2
|
3.1
|
20 909
|
23 771
|
46.8
|
53.2
|
2 862
|
SUNGAI BESAR
|
68.7
|
28.8
|
2.5
|
17 350
|
23 856
|
42.1
|
57.9
|
6 506
|
HULU SELANGOR
|
60.4
|
20.8
|
18.8
|
40 783
|
44 012
|
48.1
|
51.9
|
3 229
|
KUALA SELANGOR
|
65.4
|
12.9
|
21.7
|
29 842
|
29 879
|
49.9
|
50.1
|
37
|
KAPAR
|
70.7
|
14.8
|
14.5
|
47 731
|
57 837
|
45.2
|
54.8
|
10 106
|
KUALA LANGAT
|
57.2
|
24
|
18.8
|
43 239
|
44 858
|
49.1
|
50.9
|
1 619
|
TITIWANGSA
|
70.5
|
17.3
|
12.2
|
23 840
|
26 546
|
47.3
|
52.7
|
2 706
|
Kesemua kerusi yang bertanda
kuning adalah kerusi yang akan dimenangi oleh PH berikutan pertambahan 10
peratus undi Melayu. Manakala, pertambahan lagi 5 peratus undi Melayu akan
memberi kemenangan kepada PH di kerusi yang bertanda ungu
Jadual di bawah menunjukkan
8 kerusi yang dimenangi BN semasa PRU 14. Kerusi Pontian akan dimenangi PH bila
berlaku pertambahan 10 peratus undi Melayu kepada PH , manakala 7 kerusi lagi
akan jatuh kepada PH jika berlaku pertambahan 5 peratus lagi undi Melayu kepada
PH.
PARLIMEN
|
% M
|
%
C
|
% I+L
|
PH
|
BN/PAS
|
% PH
|
% BN/PAS
|
MAJ
|
AYER HITAM
|
57.7
|
38
|
4.3
|
16 773
|
22 051
|
43.2
|
56.8
|
5 278
|
PONTIAN
|
68.2
|
30.1
|
1.7
|
20 299
|
25 427
|
44.4
|
55.6
|
5 128
|
JASIN
|
73.5
|
16.2
|
10.3
|
26 341
|
35 420
|
42.6
|
57.4
|
9 079
|
JELEBU
|
65
|
24
|
11
|
17 017
|
21 940
|
43.8
|
56.2
|
4 923
|
JEMPOL
|
63.4
|
23.2
|
13.4
|
25 188
|
32 086
|
43.9
|
56.1
|
6 898
|
REMBAU
|
73.3
|
10.3
|
16.4
|
31 732
|
42 124
|
42.9
|
57.1
|
10 392
|
CAMERON
HIGHLANDS
|
33.5
|
29.5
|
37
|
9 710
|
13 894
|
41.1
|
58.9
|
4 184
|
TAPAH
|
46.2
|
25.8
|
28
|
15 472
|
20 702
|
42.8
|
57.2
|
5 230
|
Berdasarkan analisa ini,
jangkaan Umno dan Pas akan menang mudah melalui gabungan undi tidaklah semudah
itu. Sokongan pengundi banyak bergantung kepada suasana politik yang berlaku
dalam negara. Selepas menyertai Perikatan Nasional , jangkaan menang mudah kini
akan bertukar sebaliknya sekiranya, Umno dan Pas tidak membuat keputusan yang
betul demi kepentingan parti masing-masing.
Pada waktu ini, pemimpin
Perikatan Nasional sendiri kurang yakin dengan pembentukan Kerajaan Melayu Islam
Perikatan Nasional . Ini kerana, parti-parti dalam Perikatan Nasional
kehilangan sokongan orang bukan Islam yang sangat besar lebih teruk daripada
semasa PRU 14.
Malaysia adalah negara
majmuk yang memerlukan gabungan pemerintahan yang memerlukan sokongan semua
kaum. Sudah ada kedengaran, pemimpin Perikatan Nasional dari kumpulan Azmin akan
menubuhkan sebuah parti baru yang sama macam PKR.
Tujuannya adalah untuk
menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu kepada kerajaan Perikatan
Nasional. Mereka juga tidak boleh mengharapkan MCA dan MIC untuk menarik
sokongan pengundi bukan Melayu.
PPBM, BN, Pas dan Kumpulan
Azmin yang memerintah bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang
menghadapi suasana yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
Masing-masing mempunyai agenda sendiri untuk dibawa dalam pemerintahan. Keadaan
ini sebenarnya bukan sahaja tidak baik untuk sebuah pemerintahan malah, tidak baik
untuk masa depan sesebuah parti.
Wassalam
2 comments:
Biarkan mereka lingkup
Langkah sheraton langkah malang buat pengkianat parti dan parti parti tiada maruah
Post a Comment