Salam,
Invoke Malaysia telah selesai menjalankan kaji selidik
"Vote Transfer" & Kecenderungan Pengundi Terkini . Dapatan kajian
telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli.
Seperti biasa kajian ini telah dikritik oleh pemimpin Pas
yang tidak dapat menerima hasil kajian. Ada pemimpin Pas yang mendakwa kajian
Invoke tak boleh dipercayai, sebaliknya mendabik dada kononnya Pas ada kajian
dalaman yang tidak boleh didedahkan.
Dakwa pemimpin Pas itu, Pas ada tiga pusat kajian dan kajian
yang Pas lakukan adalah dari rumah ke rumah oleh petugas tanpa gaji hanya
mengharap pahala
Bagi yang pernah aktif dalam parti ini pastinya tersenyum
membaca kenyataan pemimpin Pas ini.
Mereka tahu selama dalam parti ini, setiap
kali hampir pilihanraya, parti ini akan memanggil NGO-NGO yang membuat kajian seperti
Ilham Centre untuk membentang hasil kajian untuk Pas gunakan mengatur strategi.
Jika betul ada kajian oleh tiga pusat kajian Pas , sila bentangkan.
Tak perlu hendak mendabik dada jika sebenarnya, Pas tiada kajian pun hendak
dibentangkan.
Pemimpin Pas ini juga mendakwa kajian yang dijalankan adalah
kajian akar umbi, rumah ke rumah. Mungkin pemimpin Pas ini nak bagi tahu cula
yang biasa dilakukan oleh orang-orang Pas atau oleh Ketua 10.
Tak perlulah hendak bermegah-megah dengan culaan ini. Bagi
yang tak pernah berada dalam Pas bolehlah nak gebang tapi bagi yang pernah
berada dalam Pas , minta maaflah.
Culaan ini hanya berkesan jika petugas Pas benar-benar bersungguh-sungguh
melaksanakan culaan ini bukan sekadar mengisi kertas culaan tanpa turun ke
medan.
Hanya di kawasan-kawasan yang akar umbi Pas bergerak , culaan
ini berhasil diperoleh. Namun, kebanyakan kawasan Pas tidak mempunyai petugas
yang benar-benar mampu melaksanakan culaan ini.
Tambahan pula sekarang, orang Pas yang ramai hanya hebat
melaungkan ucapan istiqamah , bila diajak buat kerja parti jawapannya ‘isteridirumah’
Akhirnya, yang berlaku adalah culaan rambang atau yang paling
teruk berlaku ialah cula ayam. Apa dia cula ayam? Cula ayam ialah pengundi yang
menerima anak ayam yang Pas sumbang dikira undi bulan.
Bukan Pas sahaja yang melakukan cula , semua parti
melakukannya. Umno pun buat kerja cula mengggunakan KEMAS, JASA , JKKK dan
sebangainya. Jadi, tak perlulah pemimpin Pas ini menyamakan kerja-kerja cula
ini dengan kajian.
Ada seorang pensyarah yang berlindung dibalik papan kritik kajian ini kononnya , tak seimbanglah, psikologilah. Harap pensyarah ini gunakan kepakaran untuk tolong Pas buat kajian.
Sejak pensyarah yang menyokong Pas tiada diambil tindakan, pensyarah ini tak putus-putus masuk kenyataan dalam akhbar membela Pas.
Kajian yang dijalankan oleh Invoke Malaysia memenuhi piawaian yang ditetapkan dan juga mematuhi spesifikasi antarabangsa.
Kajian kali ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temuramah menerusi telefon.Kaji selidik dijalankan selama dua bulan dari 6 Februari ke 6 April 2017. Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kaji selidik berkomputer Invoke.
Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak. Dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon dan 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.
10,523 responden jumlahnya besar yang mencapai standard kajian iaitu 1000 hingga 10 000 responden. Daripada 10 523 responden ini, 6642 adalah Melayu, 1899 Cina , 941 India dan 1041 Bumiputera
Penulis
paparkan dapatan kajian invoke di bawah
Pertandingan
3 Penjuru – BN Vs PKR Vs Pas
PARTI
|
BN
|
PKR
|
Pas
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
29.8
|
22.3
|
11.2
|
13.7
|
20.9
|
2.1
|
7.5
|
Pertandingan
2 Penjuru – BN Vs PKR
PARTI
|
BN
|
PKR
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
33
|
30.4
|
12.7
|
20.2
|
3.7
|
2.6
|
Pertandingan
3 Penjuru – BN Vs PPBM Vs Pas
PARTI
|
BN
|
PPBM
|
Pas
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
30.5
|
18.4
|
10.8
|
14.6
|
20.9
|
4.8
|
12.1
|
Pertandingan
2 Penjuru – BN Vs PPBM
PARTI
|
BN
|
PPBM
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
34.6
|
22.6
|
15.1
|
21
|
6.7
|
12
|
Pertandingan
3 Penjuru – BN Vs AMANAH Vs Pas
PARTI
|
BN
|
AMANAH
|
Pas
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
32.2
|
16.1
|
12.5
|
15.9
|
20.1
|
3.2
|
16.1
|
Pertandingan
2 Penjuru – BN Vs AMANAH
PARTI
|
BN
|
AMANAH
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
36.5
|
21
|
16.4
|
20.2
|
5.9
|
15.5
|
Pertandingan
2 Penjuru – BN Vs Pas
PARTI
|
BN
|
Pas
|
TIDAK TAHU NAK UNDI SIAPA
|
TAK MAHU JAWAB
|
TIDAK KELUAR
MENGUNDI
|
MAJ
|
UNDI (%)
|
35.9
|
19
|
12.8
|
20.6
|
11.7
|
16.9
|
Undi Kepada PKR dari kompenan PH
DAP
|
PPBM
|
AMANAH
|
87.2
|
80.3
|
80.4
|
Undi Kepada DAP dari kompenan PH
PKR
|
PPBM
|
AMANAH
|
81.7
|
69.8
|
85.1
|
Undi Kepada PPBM dari kompenan PH
PKR
|
DAP
|
AMANAH
|
66.3
|
61.4
|
78.0
|
Undi Kepada AMANAH dari kompenan
PH
PKR
|
DAP
|
PPBM
|
61.0
|
65.5
|
68.2
|
Dapatan kajian ini , telah
diterangkan secara terperinci oleh YB Rafizi semasa membentangkannya.
Walaupun BN paling tinggi antara
parti yang bertanding , parti ini hanya mendapat undi di bawah 37 peratus undi.
Peratus ini adalah rendah dan potensi untuk meningkat juga rendah berdasarkan populariti
buruk parti ini.
Terdapat 35 peratus pengundi yang
tidak tahu dan tidak mahu menjawab adalah penentu kepada kemenangan mana-mana
parti. Jika, kumpulan pengundi ini mengundi parti-parti dalam PH maka PH akan
berpeluang menang.
YB Rafizi juga tidak membentang
secara terperinci dapatan kajian mengikut kaum, mengikut negeri dan mengikut
kawasan pilihanraya. PH tentunya mendapat manfaat daripada dapatan kajian
secara terperinci ini untuk digunakan mengatur strategi kemenangan.
Parti
politik perlu mengambil positif dapatan kajian ini walaupun berlaku pencapaian negatif
untuk parti berkenaan. Biarkanlah , parti yang tidak mahu menggunakan dapatan
kajian ini dengan kesombongannya.
Parti
kompenan PH terutama AMANAH dan PPBM perlu mengambil perhatian serius terhadap
dapatan kajian ini. Kedua parti ini mendapat undi paling rendah berbanding PKR
dan DAP sama ada bertanding 2 atau 3 penjuru.
Begitu
juga perpindahan pengundi dari PKR dan DAP rendah kepada kedua parti ini
.Berbeza dengan perpindahan pengundi dari AMANAH dan PPBM kepada PKR.
Perlu
diingat bahawa , dapatan kajian ini menunjukkan pengurangan undi pengundi
Melayu kepada AMANAH dan PPBM berlaku apabila pengundi Melayu yang mengundi PKR
mengundi BN jika PKR tidak bertanding.
Manakala,
pengurangan undi pengundi Cina kepada AMANAH dan PPBM berlaku apabila pengundi
Cina yang mengundi DAP mengundi BN jika
DAP tidak bertanding.
Penulis
dapat membuat kesimpulan bahawa pengurangan undi kepada AMANAH dan PPBM
berbanding PKR dan DAP berlaku kerana kedua parti ini masih baru dan tidak
dikenali oleh pengundi berbanding PKR dan AMANAH
Dapatan
kajian ini perlu diakui berlaku di seluruh negara. Walaupun AMANAH dan PPBM
sudah mempunyai bahagian dan kawasan di Semenanjung. Pengundi di luar bandar terutamanya tidak
kenal AMANAH dan PPBM . Kedua parti ini
perlu menyemak di kawasan atau bahagian , berapa peratus pengundi yang mengenali
lambang bendera kedua-dua parti.
Pengundi
yang sudah berumur dan tinggal di luar bandar dan di komuniti Cina hanya
mengenali parti PKR dan DAP selain BN dan Pas. Yakinkah pengundi ini akan mengundi
parti yang mereka tidak kenal berbanding BN yang sudah dikenali walaupun BN
sudah tidak disukai?
Justeru
, pimpinan AMANAH dan PPBM perlu mengkaii perkara ini secara serius. Rugilah
kedua parti ini jika tiba pilihanraya , rakyat tidak mengundi kedua parti ini bukan
sebab mereka suka kepada BN tapi mereka tidak kenal parti yang baru.
Masa sudah semakin suntuk kepada AMANAH dan PPBM memperkenalkan lambang parti kepada pengundi.
Penggunaan
logo yang sama untuk PH adalah jalan yang terbaik menyelesaikan masalah ini.
Jika diluluskan oleh ROS , lambang ini akan mudah diundi kerana semua parti
termasuk PKR dan DAP menggunakannya. Namun, adakah ROS akan meluluskannya?
Jangan
berharap kepada ROS? Jika ROS tidak membenarkannya, adakah kompenan PH akan
menggunakan lambang masing-masing?
Penulis
cadangkan pimpinan PH membuat keputusan yang adil kepada semua komponen PH
iaitu membenarkan mana-mana kompenan parti dalam PH menggunakan mana-mana
lambang 4 parti dalam PH sebagai lambang untuk bertanding pilihanraya.
Maksudnya
, calon AMANAH dan PPBM boleh menggunakan lambang PKR dikawasan yang mereka
tandingi. AMANAH dan PPBM juga boleh menggunakan lambang sendiri di kawasan
yang diyakini pengundi sudah kenal lambang kedua parti ini.
Calon
PKR dan AMANAH juga boleh menggunakan lambang DAP jika bertanding dikawasan majoriti
orang Cina dan begitu sebaliknya.
AMANAH
dan PPBM perlu membuang sikap taksub kepada lambang parti dan boleh menggunakan
lambang parti lain demi kelangsungan kedua-dua parti ini.
Jika
berlaku sikap taksub kepada lambang sehingga tidak boleh menggunakan lambang
parti lain wujud, maka tunggulah peribahasa bertukar dari “kerana pulut santan
binasa” kepada “ kerana logo kalah pilihanraya”
Wassalam
No comments:
Post a Comment