Salam,
Hari ini dah masuk 1 Januari 2017, usia sudah semakin
bertambah. Semalam baru selesai proses lebih 50 ahli baru parti baru untuk
bulan Disember. Sama macam parti lama, penulis urus kemasukan ahli baru dan penubuhan
cawangan untuk parti baru.
Berbeza dulu ahli sudah sedia ada, kini kena usaha cari ahli
baru untuk tubuh cawangan. Semasa dalam parti lama penulis usaha tubuh dari 30 cawangan
sedia ada kepada 54 cawangan dalam masa 7 tahun.
Tak tahulah kini status cawangan-cawangan dalam parti lama.
Berjumpa juga dengan beberapa orang ajk cawangan parti lama. Mereka ok ja
bersembang walaupun tahu penulis dah masuk parti baru. Mereka bagi tahu masalah
cawangan, masalah tiada yang ambil tahu macam yang dibuat penulis dulu.
Penulis bagi tahu, mereka tidak boleh harap semua orang
macam penulis. Penulis minta mereka usaha sendiri jangan terlalu bergantung kepada
kawasan. Dalam ramai-ramai yang jumpa hanya ada sorang yang macam nak marah,
angkat tangan kepada dia pun buat tak nampak. Penulis tak kisah pun, biarlah
dekat dia kerana tanggungjawab penulis dah selesai.
Mungkin selama dia dalam parti lama tak pernah dengar hukum
memutuskan silaturahim. Rugilah berjuang dalam parti berjuang agama tapi
disaluti dosa besar memutuskan silaturahim. Tidak boleh salah dekat dia sebab
ada pemimpin besar mengajar akhlak buruk itu
Sekarang dalam parti baru kena usaha lebih untuk tubuh
cawangan. Sasaran menubuhkan cawangan di setiap pusat mengundi sebelum PRU 14 .
Setakat setahun ini sasaran itu 70 peratus sudah dicapai untuk satu DUN. Kena fikir
strategi dan tambah usaha untuk satu DUN lagi .
Jika PRU 14 berlangsung 2018 , sasaran ini mungkin tercapai.
Jika PRU 14 tahun 2017, berat juga nak hadapi pilihanraya. Pun begitu kehadiran
Bersatu mengurangkan masalah kekurangan petugas untuk pilihanraya. Bersatu
bukan sahaja membantu meningkatkan undi Melayu kepada parti baru malah mampu
menampung kekurangan petugas pilihanraya.
Kekuatan sesebuah parti sebenarnya banyak bergantung kepada kekuatan akar umbinya. Sombongnya parti lama adalah kekuatan akar umbinya. Setahun parti baru ini bergerak, sudah lebih 150 kawasan ditubuhkan. Sudah beratus cawangan didaftarkan tidak termasuk yang masih diperingkat penaja.
Konvensyen pertama parti baru ini dikagumi pemerhati politik kerana menghimpun perwakilan yang sebegitu ramai. Parti yang sudah berusia lebih 15 tahun pun tidak mencapai tahap ini , malah masih bergantung kepada parti lama. Tunggulah 5 tahun lagi, lihatlah nanti perkembangan parti baru ini walaupun pernah diejek pemimpin parti lama hanya akan bertahan 3 bulan.
Ramai yang menyokong parti baru di kawasan penulis cuma belum dizahirkan. Buktinya, akhbar parti baru sudah dijual sama banyak dengan akhbar parti baru. Bandingkan jualan akhbar parti baru yang baru setahun sudah menyamai jualan akhbar parti lama yang berusia lebih 60 tahun. Walaupun , akhbar parti baru diterbitkan setiap minggu jualannya sentiasa meningkat.
Tidak kisahlah parti baru masih angkuh dengan bilangan ahlinya yang ramai, namun apa guna jika penyokong yang menjadi pengundi sudah beralih kepada parti baru. Biarlah ahli parti baru bertambah pada kadar sekarang kerana penyokong yang akan mengundi parti baru sentiasa bertambah pada kadar yang besar
Ramai yang menyokong parti baru di kawasan penulis cuma belum dizahirkan. Buktinya, akhbar parti baru sudah dijual sama banyak dengan akhbar parti baru. Bandingkan jualan akhbar parti baru yang baru setahun sudah menyamai jualan akhbar parti lama yang berusia lebih 60 tahun. Walaupun , akhbar parti baru diterbitkan setiap minggu jualannya sentiasa meningkat.
Tidak kisahlah parti baru masih angkuh dengan bilangan ahlinya yang ramai, namun apa guna jika penyokong yang menjadi pengundi sudah beralih kepada parti baru. Biarlah ahli parti baru bertambah pada kadar sekarang kerana penyokong yang akan mengundi parti baru sentiasa bertambah pada kadar yang besar
Bulan lepas, banyak program kebajikan dibuat. Program
bantuan kelengkapan sekolah dapat diberi kepada 200 pelajar terpilih. Program
sumbangan barang keperluan turut diadakan di beberapa lokasi. Program kebajikan
yang dilaksanakan samalah macam program kebajikan dalam parti lama, malah
bilangan penerima lebih dari parti lama.
Cuma satu program iaitu cakna rakyat yang belum sempat
dibuat. Doktor sukarela dah ada, dana untuk program ada, lokasi program pun
ada. Masa sahaja tidak ada, kerana penumpuan program lebih kepada penambahan
ahli dan cawangan.
Tahun 2017, harapan penulis lebih banyak program kebajikan
dapat dijalankan, lebih ramai yang dapat dibantu. Semoga semakin ramai yang
mohon jadi ahli parti baru, supaya mudah menambah cawangan untuk mencapai sasaran.
Dakwah di kampung pun kena teruskan dengan pelbagaikan
strategi menarik orang kampung berjamaah di surau. Kena banyakkan sentuhan
peribadi kepada orang-orang yang tak mahu solat dan berjamaah di surau. Semoga
Allah mempermudahkan usaha penulis ini.
Wassalam
3 comments:
Syabas! teruskan usaha. Parti bukanlah agama, ia wadah. Benda ni yg ahli2 PAS tak paham.
Syabas sahabatku. Teruskan perjuanganmu.
Saya ingin tahu apa yang menyebabkan penulis boleh tertarik dgn parti baru. Sedangkan parti lama dah cukup baik.
Kalau marahkan pemimpin. Pemimlin bukanya kekal lambat laun mereka akan berundur juga.
Post a Comment