Hj Tyndareus berbaju gelap di sebelah Allahyarham Tuan Guru Haji Yahya Osman
Saat menulis ini, masih menitis air mata bila
mendengar perginya seorang pejuang gigih di kawasan penulis. Menitis air mata
kerana penulis tak dapat bersama sahabat lain mengiringi jenazah Allahyarham ke
pusara.
Menitis air mata bila kenangkan pengorbanannya yang sangat besar untuk perjuangan. Betapa banyak harta bendanya disumbangkan kepada jamaah. Betapa banyak masanya diberikan kepada perjuangan.
Kenangkan jati dirinya untuk jamaah walaupun pernah dipecat , beliau tetap istiqomah berjuang untuk jamaah. Sehinggalah diterima semula sebagai ahli dan dilantik menjadi Bendahari jamaah sehinggalah beliau menghembus nafasnya yang terakhir.
Sangat telus menguruskan kewangan jamaah, detailnya sehingga setiap sen kerana takut terguna wang jamaah. Jika jamaah kekurangan dana, wang poketnya yang diinfaqkan untuk jamaah.
Semasa masih aktif , sentiasa bercerita tentang
kegigihan pejuang lama yang berjuang bersamanya. Walaupun penulis tak pernah
bertemu Allahyarham Haji Jaafar Ali tapi melalui cerita darinya, penulis dapat
rasakan betapa istiqomah bekas YDP jamaah kawasan yang dipecat itu.
Allahyarham Haji Jaafar Ali meninggal di Mekah kini sahabat baiknya Tuan Haji Tyndareus Haji Awang juga pergi buat selamatnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al – Fatihah…
Wassalam
Allahyarham Haji Jaafar Ali meninggal di Mekah kini sahabat baiknya Tuan Haji Tyndareus Haji Awang juga pergi buat selamatnya.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al – Fatihah…
Wassalam
1 comment:
Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...
Post a Comment