Sebelum PRU 13, sahabat bagi tahu JPN dok
minta cula kawasan penulis . JPR Kawasan penulis masih tak dapat beri cula kepada
JPN tidak seperti JPR dan MTD beberapa kawasan lain yang berjaya menyediakan
cula lengkap sebagaimana yang dikehendaki JPN negeri.
Kata sahabat, JPR Kawasan penulis tidak
dapat buat cula yang baik kerana banyak UPU mempunyai jumlah pengundi yang
ramai , sukar nak dicula terutama UPU yang ada pengundi bercampur.
Penulis bagi tahu sahabat, PRU yang lepas
pun sama juga cula lengkap memang tak dapat dibuat. UPU yang jumlah pengundi
kecil sahaja mampu buat cula 70-80% lengkap, UPU lain sukar dibuat kerana tidak
semua pengundi dikenali orang tempatan.
Cula bukan boleh dibuat secara rambang,
sebab tu JPR Kawasan penulis setiap kali pilihanraya hadapi masalah di bahagian
penculaan. Pemegang jawatan Bahagian Cula selalu sahaja bertukar tangan kerana
gagal laksana tugas.
Pernah dalam PRU 1999, ada seorang yang
dilantik bahagian Cula diberi imbuhan jika berjaya dapatkan cula setiap UPU.
Pengakhirnya memang cula dapat lengkap, boleh menang lagi. Tapi bila dibuat
siasatan, ternyata dia buat cula tanpa dapat semua cula dari UPU. UPU yang dia
tak dapat, dia isi borang cula sendiri ikut kepala sendiri.
Sebelum terbang ke luar negara, penulis
pernah ajar sahabat bagaimana nak menyediakan cula sebagaimana yang penulis
sediakan semasa PRU 12. Namun, mereka tak mampu buat cula macam cara penulis kerana
perlu teliti membuat pengiraan.
Penulis tanya sahabat macam mana MTD dan
JPR Kawasan yang boleh dapat cula lengkap, bagaimana mereka buat cula? Sahabat
bagi tahu, dia pun tak tahu . Sahabat bagi tahu ada MTD yang yakin sekali
dengan cula mereka.
Bila PRU 13 selesai, MTD yang beri cula
lengkap ini kalah juga. Penulis tanya sahabat sekali lagi, macam mana MTD ini
boleh kalah sedangkan jika ikut cula MTD ini yakin sekali. Sahabat pun sebut “
Mereka buat Cula Ayam” . Penulis tanya lagi macam mana buat ‘Cula Ayam’.
Sahabat bagi tahu , mereka bagi anak-anak ayam kepada pengundi, pengundi yang
terima anak ayam dikira undi bulan.
Penulis rasa kelakar dengar cerita sahabat,
kenapa la mudah sangat percaya pengundi akan undi bulan hanya kerana mereka
terima anak ayam. Tak sedarkah , jika kita beri 10 ekor anak ayam musuh boleh
datang bagi 100 ekor anak ayam kepada pengundi.
Penulis tak setuju dengan cara
berkempen beri benda kepada pengundi kerana nak bersaing dengan musuh. Kita tak
akan mampu menyaingi musuh yang ada dana jutaan RM berbanding kita yang hanya
harap derma penyokong.
Tak perlu lah nak berkempen seperti musuh. Musuh
bagi pengundi beras 10 kilo kepada setiap pengundi, kita pun bagi beras 10 kilo
kepada pengundi. Musuh pasang 100 billboard, kita pun nak pasang 100 billboard.
Akhirnya, dana yang ada tak mampu menampung
kos pilihanraya. Berhutang sana sini, bila habis pilihanraya mula cari siapa
mahu bertanggungjawab terhadap hutang yang dibuat.
Penulis juga tak setuju bagi benda tak
kiralah wang ke, beras ke, minyak percuma ke semasa tempoh berkempen kerana itu
semua dikira rasuah kepada pengundi. Kita dok kata musuh rasuah bagi benda
kepada pengundi. Jika kita pun bagi benda, apa beza kita dan musuh?
Sebenarnya bukan kita tak boleh bagi benda
kepada pengundi, tapi bukan dalam tempoh berkempen . Jika nak bagi bagi masa
sekarang, dah lepas pilihanraya. Cari pengundi yang susah, cari pengundi yang
miskin beri sumbangan kepada mereka. Jika nak bagi anak ayam pun, pada masa
sekarang bukan dalam tempoh berkempen.
Masalah kita ialah, nak bagi bantuan hanya
masa dekat dengan pilihanraya. Kita dok kata kepada musuh hanya bagi bantuan
semasa pilihanraya. Jika kita pun bagi bantuan bila dekat pilihanraya, apa beza
kita dan musuh?
Sepatutnya , kita tidak tunggu pilihanraya
kerana parti kita bukan sekadar parti politik tapi parti dakwah. Kebajikan
kepada pengundi perlu diberi mulai sekarang tak kira kita menang atau kalah
pilihanraya. Semasa Ramadan baru berlalu, berapa banyak yang kita dapat cari
untuk bantu mereka memerlukan?
Jika sedikit, kena gandakan usaha cari lebih
banyak dana bantu orang miskin, anak yatim, ibu tunggal. Kenapa kita boleh
usaha bersungguh-sungguh cari banyak dana untuk pilihanraya, tapi tak mampu cari
banyak dana untuk program kebajikan.
Berhentilah buat ‘Cula Ayam’, pengundi jika
nak ditambah kena daftarkan anak-anak ahli dan penyokong jadi pengundi. Bila
dapat daftar ramai pengundi baru, kita akan yakin tambah undi bulan dalam
cula.
Mulai sekarang jangan tunggu pilihanraya
baru nak turun cari pengerak di cawangan. Turun cawangan sekarang, pastikan
cawangan adakan mesyuarat agung. Cawangan yang lemah , bantu jangan biarkan
mati begitu sahaja. Jika dibiarkan banyak cawangan mati, bila mari pilihanraya
mula payah nak tubuh UPU.
Akhirnya , terpaksa gabung 2,3 UPU jadi satu
UPU. Malah ada yang gabung 3,4 UPU jadi satu UPU kerana tiada pengerak di UPU
sebab cawangan mati atau tiada cawangan di UPU.
Kena usaha tubuh cawangan baru di UPU yang
tiada cawangan, atau di UPU yang ramai pengundi tapi hanya ada 1,2 cawangan.
Jangan tunggu lagi, inilah masanya nak tambah ahli dan perkemas cawangan.
Jika banyak cawangan ditubuhkan, cawangan
mati dihidupkan, cawangan lemah diaktifkan. Percayalah, bila mari pilihanraya,
tak susah dah nak tubuh UPU. Tak susah dah nak berkempen di setiap pelusuk DUN
dan Parlimen.
Justeru jika nak menang kena tinggalkan ‘
Cula Ayam’, kena mulakan ‘Cula Cawangan’
supaya akar umbi kuat.
Wassalam
No comments:
Post a Comment