Friday, November 16, 2012

Tulahan : Jangan selalu negatif, jiwai anak muda



Salam,

Semasa pulang ke Malaysia dua bulan lepas, beberapa orang sahabat jamaah melahirkan tidak puas hati mereka terhadap tindakan YB parti kawan yang telah menarik anak muda jamaah sertai sebuah NGO anak muda.

Kebetulan ada majlis pelancaran NGO anak muda di kawasan penulis dan penulis hadirkan diri pada malam berkenaan. Bila penulis sampai , memang penulis lihat anak muda yang sertai NGO ini sebahagian besarnya anak muda jamaah.

Malah ketua NGO anak muda ini di kawasan penulis ini adalah bekas SU cawangan yang kenal penulis kerana penulis kerap berurusan dengannya semasa penulis pegang jawatan SU kawasan.

Apabila sahabat jamaah bagi tahu penulis mereka tidak puas hati, penulis bagi tahu mereka jangan salahkan YB berkenaan . Salahkan jamaah kerana gagal dekati anak muda jamaah berbeza dengan YB berkenaan.

Memang penulis dapat jawapan bahawa YB berkenaan ada banyak masa untuk turun bertemu anak muda sedangkan pimpinan pemuda jamaah banyak masa untuk buat gerak kerja parti sehingga tiada masa untuk turun seperti YB berkenaan.

Penulis hormati alasan mereka, malah mereka sudah sedaya upaya bersama anak muda cuma pendekatan mereka perlu diubah supaya lebih menjiwai anak muda.

Penulis pun tahu , YB berkenaan pun tidak dekati anak muda di semua kawasan . Hanya beberapa tempat yang ramai anak muda jamaah. Penulis pun tahu , anak muda jamaah ini masih bersama jamaah tidak sertai parti kawan sebab tu YB ini syorkan mereka sertai NGO anak muda yang non partisan.

Pun begitu, penulis akui YB ini bijak menyelami jiwa anak muda sehingga anak muda ini sanggup bersamanya.

Seperti biasa bila penulis balik, penulis akan usaha bantu mana yang mampu. Penulis tahu dari Pengarah Unit Amal kawasan bahawa ramai anak muda di satu tempat yang minat untuk sertai Unit Amal. Katanya, dia dah suruh Ketua Cawangan di situ kutip nama , isi borang. 


Penulis tahu YB ini pun kerap turun di sini kerana Ketua Cawangan rapat dengannya. Ada masa sesuai penulis pergi jumpa Ketua Cawangan tanya khabar dan tanya tentang anak muda jamaah di situ. Dia mula cerita, dah lama anak muda ini minat nak sertai Unit Amal. Unit Amal kawasan suruh isi borang dan kumpul duit untuk beli t-shirt Unit Amal.

Penulis dapat agak masalah anak muda ini bila Ketua Cawangan  bagi tahu anak muda tidak semua ada kerja tetap, baru lepas sekolah, yang kerja pun gaji kecil. Penulis bagi tahu, akan cari sumbangan dari bakal calon , jamaah kawasan dan pemuda untuk t-shirt baju Unit Amal kepada anak muda ini.

Selepas tu, penulis bagi tahu Pengarah Unit Amal hubungi Ketua Cawangan ambil semua nama anak muda ini dan rancang program sampaikan baju Unit Amal. Sebelum balik , dengan bantuan seorang sahabat jamaah sumbangan untuk t-shirt Unit Amal ini diperolehi, bukan banyak pun.

Dua minggu selepas penulis balik, program serah t-shirt ini dibuat kepada lebih 40 anak muda di situ. Sebenarnya , kita perlu membuang tanggapan negatif kepada anak muda dalam banyak hal. Penulis kerap mendengar , pandangan anak muda hanya hendak t-shirt bukan hendak buat kerja. Seolah-olah kita tahu niat mereka . 

Penulis dapat terima , jika melibatkan t-shirt berlambang parti. Namun , untuk t-shirt Unit Amal ini berbeza. Bila kita beri t-shirt kepada mereka maknanya mereka sudah sedia untuk bertugas. Mereka akan lebih bersemangat untuk bertugas. 

Penulis ada pengalaman peringkat awal penulis bangunkan Unit Amal kawasan. Perkara yang sama , penulis lakukan. Pandangan negatif  yang sama penulis terima tapi kesannya Unit Amal kawasan masih bertahan sampai sekarang. 

Malah pernah ada lima orang ahli Unit Amal yang sudah terima t-shirt, bila mereka merasakan sudah tidak mampu bertugas kerana sambung belajar, berpindah atau masalah lain. Mereka telefon penulis nak serah t-shirt semula supaya dapat bagi kepada orang lain. 

Sebab tu penulis harap , kita jangan sangat buat pandangan negatif terhadap anak muda.  Mungkin ada , anak muda yang berperangai buruk tapi itu bukanlah jadi penyebab itu kita buat kesimpulan menyeluruh. 

Penulis harap, anak muda yang baru terima t-shirt Unit Amal akan meramaikan petugas Unit Amal kawasan. Jika ada yang tidak turun bertugas, janganlah menjadi penyebab melemahkan kita. Yang penting kita telah usaha untuk menarik anak muda bersama Unit Amal daripada kita marahkan YB parti kawan tarik anak muda jamaah . Selamat bertugas…..

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...