Sunday, June 5, 2011

Tulahan : Pemilihan PAS Pusat - Antara yang dijangka dan diharap

Salam,

http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/YUM_3320-565x375.jpg

Muktamar PAS Pusat sudah berakhir , kepimpinan PAS yang baru juga sudah diketahui. Perwakilan telah mengunakan hak memilih dengan sebaiknya.

Jangkaan penulis bahawa Ust. Tuan akan menang tersasar sebaliknya Abang Mat Sabu calon yang penulis harapkan menang berjaya menarik hati 420 perwakilan. Kemenangan Abang Mat Sabu dengan majoriti 21 undi menunjukkan saingan yang hebat dari Ust. Tuan.

Jelas, peratus yang tinggi perwakilan yang memilih Husam untuk pemilihan yang lalu memberi undi kepada Abang Mat kali ini. Ada juga yang memberi undi kepada Ust. Tuan namun gagal membantu memberi kemenangan kepada Ust. Tuan. Undi yang diterima Ust. Tuan juga tinggi apabila separuh yang mengundi Ust. Nasha pada pemilihan lepas mengundi Ust. Tuan kali ini.

Bagi jawatan Naib Presiden , jangkaan penulis Husam, Nizar dan Salehuddin akan menang. Perwakilan nampaknya memberi undi kepada calon yang sudah dikenali dan lama bergiat dalam parti. Husam, Salehudin menepati ciri ini, tapi Nizar tidak menepati ciri ini kerana masih baru untuk dipilih sebagai Naib Presiden.

Perwakilan memilih Mahfuz yang lebih menepati ciri ini. Abang Mat Sabu, Salehudin, Husam , Mahfuz adalah aktivis yang sudah lama bergiat dalam parti sejak berpuluh tahun. Sejak mereka berada di kampus, keluar kampus terus bergiat sepenuh masa dengan parti.


Mahfuz pula sejak dari muda menjadi pejuang yang setia, tak pernah mengaku kalah dengan kepayahan bersama PAS. Semasa penulis di kampus, penulis selalu ke Markas Pongsu Seribu ikut program Jamaah Kampus. Pernah sekali, penulis lihat seorang yang tidur berlapitkan tikar markas di satu sudut markas. Itulah , Mahfuz yang pertama kali penulis bertemu muka dengannya.

Syukurlah , semua calon Naib Presiden yang penulis harapkan menang telah menang. Seperti yang penulis beritahu di N3 lepas , perwakilan akan memilih calon dikenali sudah lama, kuat bekerja, dari negeri yang sama, ramah atau mesra bukan hanya semasa muktamar tetapi juga di waktu-waktu lain.

Seperti yang penulis jangkakan bahawa 13 AJK yang mempertahankan jawatan akan kekal menang. Hanya seorang yang tercicir iaitu Dr. Lolo' , dan penulis yakin perwakilan mahu beliau berehat kerana mendengar bahawa beliau masih kurang sihat sepenuhnya dari penyakit yang beliau hadapi.

Penyandang sesi lepas yang menang :
1- Dato’ Kamaruddin Jaaffar
2- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
3- Dato’ Hassan Mohd Ali
4- Dr Hatta Mohd Ramli
5- Ustaz Ghani Samsudin
6- Dato’ Abu Bakar Chik
7- Saudara Hanipa Maidin
8- Dato’ Ir Amirudin Hamzah
9- Ustaz Ghani Abdul Rahman
10- Dr Dzulkefly Ahmad
11- Saudara Mazlan Aliman
12- Dr Mujahid Yusof Rawa


Lima calon yang penulis jangkakan menang atau memberi saingan kuat untuk menang terbukti dipilih perwakilan. Haji Wahid Endut memang sudah dikenali peringkat nasional sejak menang PRK Kuala Terengganu. Kemenangannya juga mengisi kekosongan wakil Terengganu yang ditinggalkan oleh Dr. Syed Azman.

Ir. Khalid Samad yang mencuba banyak kali pemilihan terpilih kali ini seperti yang penulis jangka. Beliau mendapat tempat dihati perwakilan selain sebagai aktivis lama PAS, banyak dibantu oleh kerja kuatnya berhujah dengan UMNO setiap kali timbul isu yang berkait dengan agama. Perwakilan melihat beliau ke hadapan pada ketika pemimpin lain masih belum menjawab.

Dato' Nik Amar penulis jangka menang kerana tahu beliau kurang berpeluang menang Naib Presiden. Perwakilan akan memberi undi simpati kepada beliau dan terbukti benar. Kenapa dapat diagak ? kerana Dr. Mujahid pernah bertanding jawatan Naib Presiden pemilihan lepas telah tewas tetapi menang jawatan AJK.

Nizar yang bertanding Naib Presiden , sekiranya bertanding AJK juga boleh menang tetapi beliau tidak bertanding AJK. Mungkin kerana yakin menang Naib Presiden dan hendak memberi peluang calon lain dari Perak menang jawatan AJK.

Walaupun Nizar tidak bertanding AJK, seorang pun calon dari Perak tidak menang. Penulis sudah jangka kerana perwakilan dari Perak pun terpecah undi kepada 6 calon dari Perak yang bertanding. Sepatutnya , hanya seorang atau dua orang calon sahaja yang bertanding seperti negeri lain yang bersepakat sebelum muktamar.

Blogger Al- Banjari dan Perakite yang berkempen untuk seorang calon dari Perak dah luah rasa kecewa mereka. Blogger Cenangau pernah bagi tahu penulis bahawa calon ini ada harapan untuk menang, tapi apabila penulis tengok 6 orang calon dari Perak yang bertanding. Harapan yang besar itu jadi tipis.

Kemenangan Dato' Dr. Mahfuz disebabkan kekosongan yang ditinggalkan Ust. Hashim Jasin dan Ust. Taib Azamuddin yang tidak bertanding kali ini. Perwakilan memilih beliau bagi mewakili Dewan Ulama menjadi AJK PAS Pusat. Undi perwakilan dari Johor juga besar memandangkan beliau adalah Pesuruhjaya PAS Johor.

Seorang lagi wakil Dewan Ulama yang penulis jangka menang iaitu Ust. Nik Zawawi tidak berjaya kali ini.Mungkin beliau masih belum dikenali di peringkat nasional walaupun ada ketokohan. Ust. Nik Zawawi perlu diberi peranan lebih besar dalam Dewan Ulama dan PAS Terengganu supaya ketokohannya lebih terserlah.

Perwakilan memilih Dr. Mariah kali ini bagi mengantikan Dr. Lolo' sebagai wakil Dewan Muslimat dalam AJK PAS Pusat. Perlantikan Dr. Mariah sebagai AJK PAS Pusat pada sesi lepas juga membuka peluang kepada beliau mendapat undi perwakilan. Dr. Mariah juga mendapat perhatian setelah menang jawatan Timbalan Ketua Muslimat

Jangkaan penulis Suhaizan Kayat akan menang AJKnampaknya tidak tepat. Tidak ada seorang pun wakil Dewan Pemuda yang menang. Suhaizan baru sahaja tewas Timbalan Ketua Pemuda gagal mendapat undi simpat dari perwakilan. Suhaizan juga tidak dapat dibantu melalui undi dari perwakilan Johor mungkin kerana perwakilan Johor sudah berpuas hati dengan Mazlan Aliman dan Dato' Dr. Mahfuz berada sebagai AJK PAS Pusat.

Hanya seorang sahaja yang bukan penulis jangka menang AJK PAS Pusat telah menang kali ini. Ustazah Nuridah Saleh mantan Ketua Muslimat PAS Pusat telah menduduki kedudukan terakhir AJK PAS Pusat. Perwakilan telah memberi undi simpati kepada beliau berikutan kekalahan beliau kepada Ustazah Zailah dalam pertandingan Ketua Muslimat.

Perwakilan jelas mengundi calon yang diyakini mampu mengerakkan PAS menghadapi PRU 13. Aktivis yang lama bergiat dalam parti, aktivis yang bersama semasa susah senang PAS, aktivis yang berani melawan UMNO, aktivis yang setia dan kuat bekerja menjadi pilihan perwakilan. Tahniah perwakilan.......

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...