Monday, May 23, 2011

7 makanan unik Afrika yang meloyakan kita

Apapun yang anda fikirkan setelah membaca posting ini, patut diakui benua Afrika menyimpan banyak keunikan makanannya. Berikut beberapa makanan yang unik mereka tapi meloyakan kita.
  1. Bushmeat

    bushmeat
    Secara singkat bushmeat dikenali sebagai daging misteri. Apa yang berjaya mereka tangkap akan dihidangkan dengan label bushmeat mungkin buaya, mungkin ular, besok tikus, lusa monyet, minggu depan kucing liar, dan mungkin juga anjing liar.
    Negara yang sering tertimpa musibah kebuluran seperti Kenya, Pantai Gading dan Guinea, boleh hidup dengan makanan ini. Daging misteri tadi digoreng, dibakar atau direbus dan dipangang secukupnya dan kemudian dimakan bersama.
  2. Darah Lembu

    darah sapi
    Suku Masai menyukai sekali makanan ini, dan seringkali dicampur susu. Darah lembu dipercayai memperkuatkan manusia di kalangan suku Masai. Darah ini diambil dengan cara menebuk pembuluh darah utama lembu dengan panah, dan setelah darah cukup, lubang tadi ditutup, sehingga lembu tadi sembuh. Cara ini boleh diulang sebulan sekali tanpa menyebabkan lembu tadi terancam.
    Darah beku dipisahkan, dan darah asli cair dicampur dengan susu dan diminum mentah. Bagi beberapa suku lain, darah ini dicampur dengan susu asam dan dimasak sehingga pekat, menyerupai scrambled egg.
  3. Ulat Mopane

    ulat mopane
    Mopane adalah sejenis ulat yang hanya boleh ditemui di Afrika Selatan. Ulat Mopane dianggap sebagai makanan unik yang menyelerakan. Ulat ini ditanngkap meliar, dipenyet dan diramas untuk membuang cairan yang ada di dalam ulat. Setelah dipenyet, ulat kemudian dikumpulkan untuk dikeringkan di bawah sinar matahari atau dengan proses pengasapan untuk menambah rasa.
    Ulat kering ini kemudian dimakan mentah sebagai snack, atau direndam dulu dan kemudian dimasak dengan sayur. Menurut mereka yang pernah memakannya, rasanya tidak jauh berbeza dengan daun teh hijau.
  4. Belalang Goreng

    belalang goreng
    Mungkin ini adalah cara balas dendam orang di Afrika terhadap makhluk perosak tanaman ini.
    Di Kenya, jika ada tanaman diserang belalang, pasti tidak lama kemudian akan ramai orang mengunyah-ngunyah belalang ini. Tapi bukan bererti buat mereka ini adalah bencana kebuluran. Bagi mereka belalang goreng lebih menyelerakan. Cara memasaknya mudah, potong sayapnya, masukkan perasa, tumis sebentar, kemudian jemur sehingga kering.
  5. Rayap

    rayap
    Serangga ini menarik sekali untuk ditangkap dan dikumpulkan. Di Uganda, rayap ditangkap melalui dentuman aneh pada alat muzik dan hasilnya rayap ini akan keluar dari sarang. Di tempat lain, satu hujung sarang akan dipasang perangkap, sementara hujung sarang lainnya ditutup, jadi rayap akan berjalan sendiri masuk ke perangkap.
    Selain cara menangkap yang unik, cara memasaknya juga unik, di Maragoli, rayap digoreng kering sampai lemaknya keluar dan kemudian dibubuh garam. Di Nigeria, rayap dibakar atau digoreng dengan minyak, dipanggang, atau digiling menjadi tepung.
  6. Kepala Kambing

    kepala kambing
    Kepala Kambing ini dihidangkan di banyak restoran kelas atasan di Nigeria. Kepala tadi dibersihkan dari bulu yang menutupi kulit kepala dengan cara dicukur dan kemudian dibakar. Setelah bersih, kepala ini dipotong-potong dengan kapak dan direbus dengan perasa bawang putih, tomato, cabai, dengan berbagai perasa lain.
    Bahagian yang paling sedap adalah otak, lidah, kuping dan mata. Mata kambing biasanya diberikan kepada tetamu kehormat.
  7. Larva Weevil

    larva weevil
    Weevil adalah sejenis kumbang Afrika yang banyak ditemui di Benua Hitam ini. Di negara seperti Nigeria, larva kumbang ini disebut sagoo grubs. Panjang larva ini boleh mencapai 10 cm dengan lebar 3 cm, dengan kandungan lemak yang sangat tinggi.
    Penduduk tempatan Nigeria akan mengatakan bahawa larva ini adalah larva paling sedap yang pernah dirasai. Pastikan bahawa larva ini diambil dari pokok sagu, kemudian disiapkan dengan cara dibelah, dicuci dan digoreng untuk kesedapan sempurna.Okebanget

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...