Thursday, May 19, 2011

10 negara tumpuan pencari kerja

Laman bisnes terkemuka, Forbes menyenaraikan 10 negara yang menjadi tumpuan bagi pencari kerja dunia. Iklim bisnes dan prospek yang positif menjadi parameter utama dalam pemilihan ini.

India

Untuk urutan pertama negara tumpuan bagi pencari kerja ialah India. Negara yang mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak dunia dan prospek pertumbuhan ekonomi yang tinggi menjadikan India sebagai salah sebuah negara yang mempunyai modal cukup sebagai negara kuasa ekonomi baru dan dapat bersaing dengan negara-negara industri dunia lainnya.

Berkembangnya sektor-sektor ekonomi mulai dari otomotif sehingga teknologi merupakan momentum yang baik bagi para pencari kerja di seluruh dunia.

Malah Golman Sachs menganggarkan ekonomia India akan terus meningkat sehingga tahun 2020 dan tidak menutup kemungkinan kekuatan ekonomi India akan melampaui AS di tahun 2050.

China

Kedudukan kedua ialah China, negara berpenduduk paling besar dengan pertumbuhan tertinggi dunia sudah dipastikan akan menjadi tumpuan bukan hanya bagi pelabur tapi juga calon-calon pekerja.

Cukup menarik China dapat dilihat dari beberapa keadaan dan apresiasi dari berbagai pihak seperti Fortune yang menilai bahawa China tahun ini berada pada peringkat 29 di Global Competitiveness Index, selain itu beberapa industri tempatannya pun kini mempunyai peluang yang semakin berkembang dimana menurut Fortune, PetroChina merupakan industri perlombongan minyak terbaik di dunia pada masa ini.

Dari segi perbankan, ICBC menduduki posisi ketiga sebagai bank terbaik dunia dan China Mobile menduduki tempat kelima sebagai industri telekomunikasi terbaik di dunia tahun ini.


Taiwan

Kedudukan ketiga ialah Taiwan. Pemilihan Taiwan sebagai salah satu tumpuan bagi pencari kerja tidak lain kerana berkembangnya beberapa industri seperti industri teknologi dan telekomunikasi yang dipimpin oleh beberapa industri seperti Acer, Asus, BenQ, HTC, D-Link.

Brazil

Di kedudukan keempat ialah Brazil yang juga termasuk sebagai salah sebuah negara ekonomi baru di dunia. Negara dengan tingkat GDP kelapan terbesar di dunia ini merupakan negara yang kehadapan dalam sektor bisnes di bidang agrikultur dan komoditi yang menjadi penyerap tenaga kerja dan menjadi salah satu tulang belakang ekonomia negara. Industri ethanol, perladangan dan perlombongan pastinya akan menjadi sektor tumpuan bagi pencari kerja.

Turki

Kedudukan kelima ialah Turki yang kini telah menjelma sebagai salah sebuah negara industri berprospek positif di Eropah. selepas bergabung dengan Kesatuan Eropah di tahun 1995, ekonomi Turki kian berkembang. Beberapa industri utama di Turki ialah pembuatan, tekstil dan kejuruteraan berat.

Singapura

Singapura berada di kedudukan keenam, Singapura mempunyai tingkat daya saing ekonomi negara tersebut kian mengalami peningkatan setelah 2 tahun lalu terkena imbasan krisis ekonomi global. Sebagai negara pelabuhan tersibuk di dunia sudah pasti memberikan jaminan bahawa pergerakan ekonomi dan bisnes di Singapura akan terus berkembang dan hal tersebut akan menjadi daya tarik bagi pencari kerja.

Peru

Kedudukan seterusnya diisi oleh Peru. Nama negara ini memang cukup asing di percaturan ekonomi dunia. Namun secara data-data ekonomi Peru mempunyai prospek yang baik dan merupakan salah sebuah negara di Amerika Selatan yang akan mengikuti jejak Brazil. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IMF, GDP per kapita negara tersebut mencapai tahap 5.195 dollar dan memiliki HDI sebesar 0,723 pada tahun ini.

Sektor utama Peru ialah industri perlombongan seperti emas, tembaga dan zink yang majoritinya merupakan komoditi import dari AS, China dan negara-negara Amerika Selatan lainnya.

Hong Kong

Kedudukan kelapan dikongsi oleh dua negara iaitu Australia dan Hong Kong. Hong Kong mempunyai posisi sentral salah sebuah negara dengan ekonomi terbesar di Asia ini memang cukup dominan.

Bursa saham Hong Kong tercatat dari 7 bursa saham terunggul di dunia dan memiliki nominal IPO terbanyak yang mendominasi IPO di seluruh dunia. Sebagai negara pelabuhan, Hong Kong juga mempunyai potensi yang hampir sama dengan Singapura. Pada tahun lalu, Hong Kong menduduki tempat kelima sebagai negara termahal di dunia.

Costa Rica

Cota Rica menduduki tempat kesembilan kerana mempunyai daya tarikan tersendiri berikutan kian berkembangnya pelaburan asing dan mulai banyaknya industri-industri besar dunia yang telah melabur di negara tersebut. Tercatat beberapa industri besar telah mendirikan pabriknya di Costa Rica seperti GlaxoSmithKline, P&G dan Intel.

Argentina

Negara pada kedudukan kesepuluh ialah Argentina, negara industri utama di kawasan Amerika Selatan ini terus membuktikan posisi sebagai negara yang berpengaruh dalam ekonomi kawasan. Negara anggota G20 ini juga tercatat mempunyai GDP yang ke 31 tertinggi di dunia.

Maaf Malaysia tidak ada dalam senarai

vibiznews

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...