Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.
Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.
Sebaliknya, jawapan Ridhwan hanya berkisar mengenai sejarah am pergerakan PAS sahaja.
Justeru wacana tersebut gagal menolak cadangan Dr Mujahid supaya kepemimpinan PAS perlu berubah sekarang selari dengan zaman sekarang tanpa perlu regid pada kepemimpinan ulama mahupun profesional.
“Dia (Ridhwan) tak jawab soal lekuk ketiga (dari buku Menuju PAS Baru), dia dok pusing pasal sejarah saja seolah-Olah PAS tidak ada masalah, tidak ada masalah UG (kerajaan perpaduan).
“Dia (Ridhwan) dok pusing keperluan merujuk pada sumber yang betul seolah-olah sumber sejarah yang relatif itu hanya satu sumber sahaja, iaitu buku dia.
“Biasa lah…buku (yang menjelaskan) ‘konflik organisasi’ PAS nak dijawab dengan ‘sejarah’, beginilah jadinya,” respons wakil penganjur.
Tindakan Ridhwan itu katanya lagi bak mencabar pasukan tertentu bermain bola, tetapi pemain pasukannya itu masuk ke padang bola memakai kasut permainan takraw.
“Orang dok nak main bola tapi dia nak cabar, pastu dok jawab perlunya PAS dipimpin ulama’.
“Bila masuk pasukan (ke padang bola), pakai kasut takraw sebab dia dok kata ulama ‘berkuasa’,” katanya lagi.
Dr Mujahid ketika menjelaskan teori ‘Lekuk Ketiga’ tidak pernah menolak sumbangan ulama terdahulu dalam berdakwah melalui wadah PAS.
Namun katanya, PAS perlu berubah dari konotasi ‘kepemimpinan ulama’ pada ‘kepemimpinan bertaqwa’.
“Dr Mujahid kata: Yang saya sentuh adalah keperluan perubahan berdasarkan ‘teori lekuk’ (iaitu) apabila seseorang sudah sampai ke kemuncaknya (maka) orang itu akan menjunam. Jadi, kita (PAS) kene bersedia untuk mencipta lekuk yang baru’,” ujarnya.
Tidak dapat menjawab persoalan wacana tersebut, Ridhwan dilihat cuba ‘merekrut’ Tuhan pula untuk mempertahan beberapa susuk peribadi Ulama dalam PAS yang belakangan ini kian dipertikai sejak terlontarnya idea Kerajaan Perpaduan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“(Ridhwan berkata) kita merangcang tetapi Allah lah sebagai perancang utama,” ujarnya lagi.
Tidak cukup dengan itu, Ridhwan secara emosional dilihat seakan cuba menafikan unsur konflik nyata berlaku di dalam PAS.
“(Ridhwan) seolah-olah menafikan bahawa di dalam PAS ini banyak konflik…penipu besar kenyataan itu.
“Dia (Ridhwan) kata punca perubahan disebabkan pengaruh, tekanan dan penindasan pihak luar (tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai anggapannya itu),” beliau menambah.
Bagaimanapun Ridhwan dalam sesi soal jawab penonton terus dipertikai.
Bahkan, jawapan Ridhwan ketika itu dilihat seakan bercanggah dengan hujah-hujahnya sendiri sebelum ini.
4 comments:
pru 13, tok sah cite. muktamar jun ni fokus.
sejak selepas pru12 sampai la ni, perwakilan pas kena hayati kata2 ustaz yahya osman, "ulama pas belawok (menipu)." kalau bukan kerana "perpaduan dalam gelap" dan "kerajaan perpaduan", apa lagi yang mendorong ustaz yahya berkata begitu?
fikir2kanlah pada cawangan2, kawasan2, dewan2 yang sedang/akan bermesyuarat bagi muktamar 2011 - muktamar berstatus muktamar khas!
jangan biarkan "menarajang badai" diperalat sebagai "mempertahankan kepimpinan ulama" bagi menyanggah "menuju pas baru" yang kononnya tersasar dari perjuangan 'kepimpinan ulama'!
jangan biarkan ular mematuk di lubang yang sama dua kali! perkembangan2 selepas pru12 sudah cukup untuk mengenali siapa2 yang khianati 'kepimpinan ulama'. bab menuding jari, berilah kepada pas!!!
pembetulan "pertemuan dalam gelap"
Assalamualaikum Tuan rumah..
Inilah akibat tertelan pil 'wala'.sinonimnya tragedi ini berlaku apabila agenda 'pertemuan dalam gelap' telah berjaya dibongkar oleh blogger Tulang Besi.
Siasatan adil yang telah dijanjikan oleh chegu Pa sehingga kini masih berada dibawah karpet.
Pas tidak berubah,hanya pemimpin tertentu akan hilang sikit demi sedikit dari kancah politik tanah air.
Apabila tiba musim pemilihan ini,maka isu lapok akan timbul kembali untuk mempertahankan calon dari 'Kepimpinan Ulama'.
Tanpa kita sedari 2 tokoh ,Presiden dan Timbalan Presiden sekarang hanya dipandang sebelah mata oleh rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Wassalam
Masaalah nya aktivis pemuda PAS kurang berilmu,pelajaran tak tinggi .sekadar BA.Setengahnya memang takut nak berdepan dengan yang berlainan pandangan.kalau kritik sikit mulalah kata tak wala' dan macam-macam.sesetengahnya bercakap macam PAS dia yg punya lebih pada presiden bahkan lebih pada Mursyidul Am.mereka bukannya mendokong fikrah Tok Guru.
Post a Comment