Monday, August 2, 2010

Tulahan : Pemimpin rasuah - DAP pecat, Ubn simpan

Salam,


Seorang Ahli Majlis dari DAP telah dipecat oleh partinya kerana dituduh menyalahguna kepala surat seorang Exo Selangor dari DAP bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya.

Seperti biasa media Ubn akan mengambil kesempatan dari kes ini dengan menemuramah Ahli Majlis ini. Jawapannya tentulah DAP mengambil tindakan terburu2 dan tidak matang kerana siasatan masih belum selesai.

Ubn pasti akan mensensasikan kes ini untuk menghentam DAP dan ada kemungkinan Ahli Majlis ini akan dipujuk menyertai mereka. Semua tahu Ubn akan mengutip semua buah2 buruk dari Pakatan Rakyat bagi menunjukkan Pakatan sudah tidak dipercayai sehingga pemimpin ini keluar dari Pakatan.

Zahirnya nampak macam DAP ni terburu2 tapi penulis yakin kesalahan Ahli Majlis ini sudah diketahui pemimpin DAP pusat. Macam mana mereka tahu? kerana kesalahan ini berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan Exco dari DAP itu juga adalah pemimpin DAP pusat.

Mengapa DAP pecat? bukankah penyelewengan ini boleh ditutup dan Ahli Majlis ini boleh diselamatkan. DAP tidak takutkah maruah parti itu akan jatuh kerana ada pemimpinnya yang rasuah.

Inilah prinsip namanya. Mana lebih bermaruah menutup kesalahan pemimpin yang terbukti rasuah atau memecatnya. DAP memilih untuk memecat Ahli Majlis ini kerana parti ini tegas menentang penyelewengan dan rasuah.

Lihatlah di Pulau Pinang negeri yang DAP berkuasa. Mengapa dua katak melompat? kerana projek untuk keluarga dan kroni tidak dilulus oleh Guan Eng.

DAP ternyata benar2 bertindak di atas prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan), Accountability (Akauntabiliti) dan Transparency (Ketelusan). DAP tahu prinsip inilah yang akan mengukuh sokongan rakyat terhadap DAP dan menjamin masa depan DAP dalam politik Malaysia.

Prinsip inilah yang meresahkan Ubn kerana setiap serangan mereka terhadap kerajaan Pulau Pinang, pelurunya akan kembali kepada Ubn.

DAP boleh sahaja menutup kes rasuah Ahli Majlis ini kerana kuasa untuk menutup di tangan mereka. Malah sekiranya kes ini berlaku semasa zaman Ubn memerintah, Ahli Majlis Ubn pasti tidak akan didakwa kerana mudah sangat nak tutup kes yang dibawah kuasa kerajaan Ubn.

Jika berlaku di zaman Ubn memerintah, bagaimana pemimpin Ubn menutup kes rasuah pemimpin Ubn jika ada aduan.

Pertama suruh orang yang buat aduan sediakan bukti2, sedangkan bukti2 sebenarnya sudah ada kerana rasuah itu berlaku dalam pengetahuan pemimpin Ubn. Tangan mereka yang meluluskan.

Pemimpin Ubn juga boleh beri jawapan tidak tahu menahu tentang kes itu. Pada halnya, mereka yang bertanggungjawab dalam meluluskan projek berkenaan dan mereka pun tahu ada di antara mereka yang rasuah.

Satu lagi jawapan yang akan diberi jika sudah ada bukti diberi ialah pengadu kena pi tanya sendiri pemimpin Ubn yang rasuah. Sapa yang buat salah nak mengaku. Sepatutnya, jika ada aduan pemimpin tertingilah yang bertanya kepada pemimpin yang dituduh rasuah bukan pengadu.

Jawapan paling biadap dari pemimpin Ubn jika ada aduan rasuah pemimpin mereka ialah abaikan sahaja, jangan layan.

Inilah jawapan yang diberi kepada aduan terhadap pemimpin Ubn yang rasuah. Semuanya bertujuan menutup kes berkenaan supaya tidak diketahui umum dan menyelamat pemimpin berkenaan daripada diambil tindakan.

Penulis berharap tindakan menyelamatkan pemimpin yang rasuah tidak berlaku dalam jamaah. Jawapan yang diberi oleh pemimpin Ubn di atas, harapnya tidak digunakan untuk menyelamatkan pemimpin jamaah yang rasuah.

Jika ada berlaku demikian, penulis ingatkan pemimpin jamaah yang melindungi pemimpin rasuah. Mereka mungkin boleh melindungi perbuatan keji ini di dunia, tetapi adakah mereka dapat lari dari pertanyaan Allah di akhirat kelak. Lebih berat lagi mereka memimpin jamaah yang menentang rasuah.

Ingatlah perbuatan melindungi pemimpin rasuah tidak akan menguntungkan jamaah malah jika diketahui umum merosakkan nama baik jamaah.

Inggat juga jika sudah ada pemimpin jamaah yang melindungi pemimpin rasuah, akan ada pula ahli jamaah yang akan mengikut jejak mempertahankan pemimpin rasuah.

Justeru pemimpin rasuah perlu diambil tindakan jika ada aduan, sekurang2nya buatlah penyiasatan seperti yang dilakukan oleh DAP terhadap pemimpinnya yang rasuah.Sekiranya sudah dalam pengetahuan tentang rasuah berkenaan ambillah tindakan, bukan simpan seperti Ubn.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...