Thursday, August 12, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 4 )

Salam,
Sebaik Tok Ketua umum sahaja begitu, orang jamaah mula bising dan berlakulah pertengkaran antara Tok Ketua dengan orang jamaah. Orang jamaah berkeras nak penulis jadi imam Raya dan baca Khutbah. Tok Ketua kata tak boleh sebab penulis orang luar kampung.
Sebut sahaja orang luar, orang jamaah marah kepada Tok Ketua dan beri tahu Tok Ketua bahawa datuk penulislah yang usaha tubuh surau itu. Sejarah lama pun diungkit kembali. 
Orang Ubn lain tak kata apa2, hanya Tok Ketua bersuara. Imam tua pun tak kata apa2 kerana memang perangainya begitu , cucuk2 orang supaya bergaduh sedang dia sendiri tak berani bersuara.
Bila penulis tengok orang jamaah tak berhenti, penulis tarik Tok Ketua tanya kenapa dia buat begitu dan bagi tahu dia sebagai ketua sepatutnya berlaku adil tak kira parti. 

Penulis cadang kepada dia buat bergilir jadi imam Raya. Dia hanya diam tak kata apa2 selepas itu. Malam tu kebetulan abang penulis tak ada, jika ada pasti lagi sakan dia kutuk Tok Ketua sebab dia panas baran.
Esoknya, penulis buat mesyuarat khas dengan orang2 jamaah dan bagi tahu tak perlulah susah hati. Bagi sahaja Imam tua jadi imam Raya,lagipun raya tahun tu penulis balik raya Kelantan. 
Tapi masih ada orang jamaah yang tak puas hati dengan sikap Tok Ketua. Hanya kerana parti , orang buat baik pun tak dikenang. Sanggup terima Imam tua yang banyak masalah kerana Imam tua itu Ubn.
Malam sebelum balik raya Kelantan, penulis masih solat di surau. Malam tu, abang penulis pun ada. Selepas qamat, abang penulis tunjuk baran dia cakap “ sapa2 yang nak sangat jadi imam, pi la naik” . Imam tua apa lagi dah nak menapak ke depan. Masa tu , penulis naik jadi imam , Imam tua tak dapat jadi imam lagi.
Selepas jadi imam, penulis cakap kepada jemaah surau yang ada. Penulis tidak akan berimamkan Imam tua yang riak, ujub, sombong dan suka menunjuk2 . Imam tua tak berkata apa2 kerana dia tahu kalau dia bersuara dia akan kena malam tu.
Penulis balik Kelantan, dalam hati dok ingat Imam tua akan jadi imam Raya tahun itu walaupun setiap malam Ramadhan tahun tu penulis solat hajat mohon Imam tua tak jadi imam Raya kerana sifatnya tidak layak jadi imam . 

Penulis juga berdoa, Allah bagi petunjuk kepada orang kampung .
Pagi raya penulis telefon ayah penulis tanya tentang sembahyang raya. Rupanya Allah telah memakbulkan doa penulis , ayah bagi tahu Imam tua tak boleh jadi imam raya kerana ada seorang imam atas pagar yang bangun jadi imam sebelum dia bangun. 
Sebenarnya ,imam itu tak pernah dalam hidupnya jadi imam Raya dan baca khutbah. Penulis memang terkejut sebab imam itu berani bangun dan jadi imam walaupun ada Imam tua, mungkin dia pun dah tak tahan dengan kelaku Imam tua.
Bila balik kampung, baru penulis tahu ceritanya. Imam tua memang dah bergaya nak jadi imam Raya tetapi tak sempat sebab imam sorang lagi bangun. Oleh kerana pertama kali baca khutbah, bacaannya tentulah tidak lancar, mengeletar dan tersekat2. Rostrum tempat nak baca khutbah pun serong letaknya.
Imam tua mula buat cerita, khutbah Raya tidak sah sebab rostrum serong. Teruknya dia buat fitnah dan penulis bertekad akan hentikan fitnah itu.
Penulis tunggu malam Imam tua mengajar fardhu ain kepada orang perempuan dan budak2 kampung...........bersambung...................

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...