Tuesday, August 24, 2010

Tulahan : Antara kesusahan rakyat dan sokongan pengikut

Salam,


Baru2 ini penulis bersama pimpinan jamaah kawasan ziarah sebuah rumah penduduk yang baru diperbaiki melalui sumbangan Lujnah Kebajikan dan jamaah cawangan.

Sebelum itu, penulis dan Pengerusi Lujnah Kebajikan telah datang melawat rumah berkenaan setelah mendapat maklumat dari jamaah cawangan.

Rumahnya memang hampir roboh dimakan anai2, zink bocor dan terlompang. Sedih bila tuan rumah ini cerita beliau akan basah apabila hujan lebat turun. Penulis naik ke atas rumah , lantainya reput dan berlubang, nak pijak pun kena hati2.

Penulis bincang dengan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan wakil jamaah cawangan untuk bantu tuan rumah baiki rumah bawah dengan menukar zink dan simen lantai supaya tuan rumah ini dapat duduk selesa dan dapat berlindung dari hujan dan panas.

Lujnah Kebajikan mempunyai dana yang terhad, dah banyak aduan rakyat kepada jamaah diselesaikan melalui dana Lujnah Kebajikan. Apabila banyak dana kebajikan keluar, Bendahari Lujnah pun mungkin ada kerisauan dana banyak sangat keluar sedangkan derma kepada lujnah tak dapat tampung dana yang keluar.

Ada asasnya dia risau kerana rakyat mencari jamaah jika ada masalah. Rakyat pula mungkin sudah ada dalam fikiran mereka , wakil rakyat jamaah tak dapat peruntukan jadi tak perlu minta kepada YB.

Mungkin juga sudah menjadi buah mulut rakyat bahawa pergi ke pejabat wakil rakyat, jawapan yang akan diterima adalah tiada peruntukan. Apabila anak pergi ke universiti , rakyat datang cari lujnah untuk dapatkan sikit bantuan.

Apabila berlaku kebakaran , ribut dan musibah, rakyat akan cari jamaah dan lujnah kebajikan akan beri sumbangan. Apabila rakyat sakit perlukan bantuan untuk pembedahan atau perlu kerusi roda, lujnah kebajikan akan beri bantuan.

Penulis tidak salahkan wakil rakyat jamaah kerana mereka memang tiada peruntukan dan menjadi tanggung jawab jamaah membantu wakil rakyat.

Walaupun dana kurang, lujnah tetap bantu baiki rumah dengan bantuan dari jamaah cawangan yang juga kumpul dana bantu tuan rumah. Akhirnya , dalam bulan Ramadhan ini rumah itu dapat dipasang zink baru dan lantai disimen. Syukurlah , tuan rumah dapat sambut hari raya dengan rumah yang lebih selesa.

Sebenarnya , banyak lagi rumah sebegitu dalam kawasan. Lujnah kebajikan tidak mampu untuk bantu semua rumah kerana jamaah bukan kerajaan memerintah. Masih banyak rumah rakyat yang bocor bumbungnya, reput lantainya, berlantaikan tanah, dinding hanya guni plastik. Semua mereka patut dibantu.

Minggu lepas, ada ketua cawangan jamaah telefon kepada penulis maklum tentang seorang ibu tunggal yang kematian suami mempunyai lima anak , yang sulung darjah enam. Ketua Cawangan harap jamaah dapat bantu beli baju raya kepada anak-anak ini.

Bukan ini sahaja aduan rakyat, banyak lagi yang lujnah kena bantu dalam keadaan sumber dana yang terhad. Penulis selalu pesan selagi ada dana bantulah rakyat yang memerlukan kerana Allah akan buka hati orang untuk menderma kepada lujnah.

Penulis tahu wakil rakyat turut sama mencari dana dari orang ramai bagi menyelesaikan masalah rakyat. Apabila wakil rakyat yang mohon derma, ramai yang akan membantu kerana orang ramai tahu wakil rakyat jamaah disekat peruntukan oleh kerajaan.

Cumanya , bila ada banyak dana gunakanlah untuk membantu rakyat. Jangan jadi seperti wakil rakyat Ubn yang menggunakan peruntukan dan dana yang mereka dapat untuk kepentingan diri sendiri.

Mereka tidak guna dana yang mereka ada untuk membantu rakyat sebaliknya digunakan untuk membawa penyokong melancung. Ada yang guna dana berkenaan untuk membeli ketua2 cawangan Ubn supaya ketua2 cawangan ini menyokongnya.

Sekiranya wakil rakyat Ubn ini merasa sudah mula dibenci pengikut. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan RM mengadakan majlis meraikan pengikut demi mendapatkan sokongan kembali dari pengikut . Sedangkan ribuan RM yang digunakan itu boleh membantu ramai rakyat yang susah perlukan bantuan.

Wakil2 rakyat Ubn menganggap wang adalah segala-galanya, wang boleh membeli jiwa manusia. Mereka tidak sedar bahawa wang itu sebenarnya akan memusnahkan mereka dan parti yang mereka dokong.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...