Tuesday, September 29, 2009

Tulahan : Yang mana satu pilihan daku - Jamaah atau individu ?

Salam,


Lama tak menulis, bukan tak ada benda nak tulis. Tapi sibuk dengan urusan lain. Walau begitu web jamaah tetap aktif sebab imej jamaah ada di situ.

Balik raya di Parit Buntar tak lama sebab raya kelima isteri pi Korea seminggu. Tapi dapat juga hadir Himpunan Anak Perantau, kehadiran macam tahun sebelumnya. Kira ok la.

Ramadhan tahun ni, tak banyak yang boleh bantu jamaah. Tolong yang mampu ditolong sahaja. Tak sama macam duduk di Parit Buntar. Semasa di Parit Buntar dulu, masuknya Ramadhan sibuk cari dana untuk golongan susah.

Sejak tahun 2004, Lujnah Kebajikan usaha cari dana kemudian buat program di kedua-dua DUN. Perit jerihnya hanya Allah yang tahu, buat kerja tanpa gaji dan upah hanya redha Allah yang dicari. Kena urus cari orang susah dengan cawangan. Angkat berkampit beras dah jadi biasa.

Namun pada Ramadhan tahun lepas dan tahun ini. Ajk Lujnah Kebajikan boleh tarik nafas lega usaha cari dana di usahakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar. Malah, dana Ramadhan yang dicari bertambah dua kali ganda dari tahun2 sebelumnya.

Kalau dulu hanya program untuk fakir miskin dan sumbangan di hospital, tapi selepas ada wakil rakyat Parlimen penerima dana Ramadhan bertambah. Anak yatim, guru PASTI, masjid, bukan Islam yang susah dan aktivis kelab penyokong dapat dibantu.

Sumbangan kurma juga dapat dijalankan, selain saguhati peribadi Ahli Parlimen kepada imam, bilal dan siak.

Semasa tahun 1999, Ahli Parlimen masa tu bagi sumbangan kepada orang susah juga tapi secara mudah. Ahli Parlimen cari dana kemudian dana itu diagih kepada fakir miskin oleh beberapa orang petugas Pejabat Parlimen terus ke cawangan.


Masa tu Lujnah Kebajikan hanya sebagai lujnah yang dapat dana minta dari jamaah. Apabila Lujnah Kebajikan dipengerusikan oleh pengerusi sekarang, barulah penulis dapat kembangkan idea untuk aktifkan Lujnah Kebajikan.

Walaupun pengerusi hanya berfungsi mempengerusikan mesyuarat, janji dia boleh terima usaha aktifkan lujnah. Bendahari Lujnah masa tu ayah kpd SU Perhubungan NS. Beliau teliti dan telus, penyata yg dibuat menaikkan semangat ajk aktifkan lujnah.

Macam-macam cara cari dana dari kempen 1 sen, tabung syiling, kupon kebajikan, tabung kebajikan sampai la pergi kedai ke kedai buat muka tak malu. Sekarang lujnah bergerak aktif tak perlu minta dari jamaah.

Lujnah lain pun penulis tolong jika pengerusinya boleh terima idea aktifkan lujnah yang dipegang. Jika ada lujnah yang cari dana sendiri untuk buat aktiviti, lujnah itu perlu disokong bukan dihalang.

Ada yang kata, nama orang lain yang naik sedangkan itu semua kerja penulis. Penulis kata tak apa, bukan tolong kerana individu tapi kerana nak aktifkan jamaah. Biarlah nama orang lain disebut.

Dalam keadaan Ajk Lujnah bersyukur dan lega dana Ramadhan dicari oleh wakil rakyat parlimen. Ada komen yang tak sedap didengar dari mereka yang tak tahu cerita tapi nak beri komen. Atau pun dah tahu cerita tapi nak komen juga.

Mereka ni buat tuduhan lujnah kebajikan cari dana Ramadhan untuk buat program kepada Ahli Parlimen. Dah jadi terbalik. Kalau Ajk Kawasan yang beri komen macam tu, itulah ajk yang bermesyuarat tapi mungkin dia tidur. Ataupun dia buat2 tak dengar. Dah dijelaskan bahawa dana Ramadhan diusahakan oleh wakil rakyat.

Mereka ni selalu beri komen dan kritik yang bukan semua boleh diterima, kalau diterima boleh rosak jamaah. Jika beri kerja jamaah kepada mereka. Maaf kata la dah banyak pengalaman, tak boleh jalan. Bila tak boleh buat, tak boleh tengok pula orang lain buat. Maka banyaklah komen yang diberi.

Mereka buat fitnah bukan sahaja sesama mereka, tulis dalam internet siap fitnah orang bubuh nama, sampai turun ke cawangan, jumpa ydp sampai pening kepala orang tua tu. Sampai boleh jumpa Pesuruhjaya tabur fitnah kat jamaah kawasan.

Tapi bagi penulis, biasalah orang macam ini. Tak payah la risau, pandangan dan cadangan mereka ada juga yang baik. Kalau mereka fitnah, tanggunglah dosanya. Kalau pergi ke cawangan, cawangan pun tahu muka mereka. Cawangan bukan bodoh nak nilai orang yang ikhlas dan orang yang tabur fitnah.

Nak jumpa ydp hari2 pun tak pa. Ydp bukan jenis tak dak pendirian.Ydp pun dah banyak pengalaman dengan mereka. Nak jumpa pesuruhjaya pun tak pa sebab nanti pesuruhjaya boleh siasat betul ka fitnah tu.

Satu cadangan penulis kepada mereka ini. Kalau nak orang dengar pandangan atau komen mereka. Buat kerja jamaah bersungguh2 dan ikhlas. Bila orang tengok dah banyak kerja jamaah yang berjalan, barulah orang letak kepercayaan. Bahawa kita boleh dipercayai, bukan pandai cakap sahaja.

Cuma penulis tak tahu niat mereka. Kalau kata nak bagi jamaah kuat, rasanya tidak. Penulis rasa mereka ni buat semua ini untuk kepentingan individu atau atas arahan individu.

Bagi mereka jamaah dan individu adalah sama. Kalau mereka benci individu yang pegang jawatan dalam jamaah, maka mereka marahkan jamaah. Tak boleh macam tu. Individu lain, jamaah lain.

Jika mereka sokong individu tak kira walaupun individu itu lakukan perkara di luar batasan jamaah. Mereka tetap sokong individu berkenaan, sanggup burukkan jamaah sebab jamaah tidak setuju tindakan individu yang mereka sokong.

Perjuangan Islam melalui jamaah bukan individu. Individu boleh pergi tapi jamaah tetap kekal. Individu kena ikut jamaah bukan jamaah ikut individu.

Kalau ditanya, yang mana satu nak dipilih. Jawabnya, tentulah jamaah. Tapi akan ada yang jawab individu.

individu ibarat sebilah lidi yang mudah patah. Jamaah ibarat segengam lidi yang dibuat penyapu. Payah dipatahkan dan berguna kepada manusia.

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...