“Fitnah ini kesannya lebih dahsyat dari membunuh dan menimbulkan masalah besar kepada tamadun manusia. Ia mewujudkan persengketaan, pertelagahan, dan sampai ke peringkat boleh membawa kepada pembunuhan. Fitnah merupakan senjata paling tua di muka bumi untuk membinasakan pihak lain”.Beliau juga menambah;
“Saya mempunyai satu tekad, apabila diberi amanah sebagai Ketua Pemuda PAS, saya ingin memastikan setiap anggota khasnya pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, bermaruah, berhemah dan bukannya bertunjangkan fitnah. Kita tidak mahu politik berlandaskan kepada menjatuhkan maruah orang lain, politik keji dan jijik”.Saya jadikan ruh teguran dan amaran di atas sebagai sandaran dalm tulisan saya ini. Di hujung perkongsian ini, empat (4) harapan atau cadangan saya sasarkan wajib dipegang oleh ahli gerakan Islam, khasnya PAS, terutamanya mereka yang terlibat dalam kepimpinan di mana peringkat sekalipun.
Dan yang lebih penting sekali kepimpinan yang menjadi perwakilan di dalam Muktamar PAS Ke-59 nanti kerana mereka bakal menentukan corak pemimpin dan kepimpinan masa hadapan PAS kelak, antaranya;
[1] Jangan sesekali membenarkan apa jua doktrin asobiyyah, atau berlakunya proses pengindoktrinasian bersifat permusuhan dan marah dalam berjamaah (‘adawah dan baghdak) oleh sesiapa sekalipun, walaupun mereka itu bergelar agamawan yang kerap bercakap hal-hal berkaitan agama sekalipun. Kepetahan bercakap tidak sepatutnya dijadikan sebagai faktor utama pemilihan kepimpinan dilakukan.
[2] Namun, jika berlakulah juga perkara sedemikian, tatkala wujudnya fitnah yang membangkitkan sangkaan buruk sesama kepimpinan atau ahli jamaah, maka sama-samalah menegur tindakan sedemikian. Bahkan mintalah pada pihak yang menyampaikannya untuk lakukan pengesahan (tabayyun) atau bersemuka dengan pihak yang dilontarkan dzan atau persepsi buruk tersebut. Haramkanlah diri dari terus menyebar atau meredhai apa sahaja persepsi buruk yang didengari atau dibaca tanpa diselidiki kesahihanya itu.
[3] Yang ketiga menyedihkan, disebabkan perkara itu mutakhir ini berleluasa serangannya di dalam PAS, maka saya berharap mana-mana ahli atau kepimpinan yang pernah terpedaya apa jua tuduhan yang disampaikan oleh pihak-pihak terbabit untuk melakukan penilaian semula pendirian yang diambil tersebut. Seterusnya bertindaklah menggunakan akal dan pertimbangan syarak dalam menentukan kepimpinan menggunakan merit dalam perjuangan dan dakwah, dan bukannya membiarkan emosi atau sentiment kepuakan sebagai faktor sesuatu keputusan itu dilakukan.
Dan terakhir sebagai ketegasan saya, berdasarkan contoh serious yang telah banyak kepimpinan dan ahli PAS lalui sendiri, saya berpesan perkara ke-empat ini hendaklah diberikan perhatian serious;
[4] Saya meminta semua ahli PAS, ahli gerakan Islam atau masyarakat awam untuk cukup berhati-hati tatkala mendengar setiap ucapan atau penulisan khasnya dalam isu “fitnah memburukkan kepimpinan PAS” yang disampaikan oleh dua individu berikut; Ustaz Atiullah Othman dan Ustaz Zaharuddin Mohamad, terutama dalam serangan dan tohmahan mereka pada pimpinan PAS dalam nada marah dan dipenuhi kebencian. Saya pohon untuk elakkan persepsi buruk yang dilemparkan oleh kedua mereka itu dari dijadikan sebagai rujukan khasnya menjelang Muktamar PAS pada minggu hadapan.
Itu sekadar objektif awal tulisan ini diokongsikan kelak. Saya akan kemukakan perbahasan dalam ke-empat perkara di atas.
Wallahu’alam.
---------------------------------------------------
Ikhwah yang dirahmati;
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam” juga aku berlindung dari segala kerja manusia yang berhukum bahkan membangunkan apa jua fitnah atas bumi ini…





