Tuesday, June 11, 2013

Tulahan : Sebelah kaki ke Putrajaya ( 2 )


Salam,

 

Dua hari selepas PRU 13, penulis buat analisis keputusan peti undi kampung penulis. Hanya bertambah 1 undi berbanding pilihanraya sebelumnya. Bn tambah majoriti hampir dua kali ganda berbanding pilihanraya sebelumnya.

Bila penulis buat semakan kenalpasti pengundi, didapati ramai pengundi yang undi Pas semasa pilihanraya dulu mengundi bn kali ini. Mereka ini adalah kumpulan pengundi atas pagar yang ada di mana-mana peti undi di seluruh negara. Pengundi India di peti undi kampung penulis juga dikenalpasti mengundi Pas hanya 40 % berbanding 60 % pada pilihanraya lalu.

Penulis bandingkan keputusan di peti undi Melayu kawasan penulis. Keadaannya sama, undi Pas bertambah tapi undi bn bertambah lebih besar dan majoriti undi Pas menurun hampir di semua peti undi Melayu.

Selain Terengganu, jelas di negeri lain pengundi atas pagar Melayu di luar bandar pada PRU 13 telah kembali semula kepada bn setelah memberi undi kepada parti-parti dalam PR pada PRU 12. Itulah sebabnya, ramalan PR akan menang di kerusi majoriti lebih 65% Melayu tidak menjadi kenyataan.

Pas hanya menang jika undi Melayu kepada Pas melebihi bn, bila ditambah undi orang Cina maka Pas menang termasuk di kawasan penulis. Kerusi-kerusi lain yang undi Melayu kepada Pas hanya mencapai 40 % ke bawah, Pas tewas dengan majoriti kecil walaupun undi orang Cina kepada Pas cukup tinggi.

Inilah pentingnya pendaftaran pemilih baru dikalangan anak ahli dan penyokong Pas bagi menambah pengundi tegar Pas. Pas kawasan penulis membuat kerja ini sebaik PRU 12 berakhir, ribuan yang didaftarkan. Pengundi baru inilah yang menampung lompang ditinggalkan pengundi atas pagar yang lari ke bn. 

Ini juga sebabnya, walaupun undi bn bertambah akibat penambahan pengundi atas pagar. Undi Pas setiap peti undi di kawasan penulis juga bertambah kerana daftar pemilih yang dibuat oleh Pas Kawasan.


Mengapa Pas kawasan lain yang juga banyak membuat daftar pemilih tetap tewas?  kerana pemilih baru yang didaftarkan tidak dapat menampung lompang yang ditinggalkan pengundi atas pagar. Kawasan ini mempunyai pengundi sedia ada Pas yang kecil.

Penulis bagi contoh Dun Rungkup yang mempunyai 23% peratus pengundi Cina, 9 % India dan 66 % Melayu masih tewas majoriti 613 undi berbanding majoriti 454 pada PRU 12. Berbeza dengan Dun Titi Serong Rungkup yang mempunyai hanya 17% peratus pengundi Cina, 8 % India dan 75 % Melayu menang dan bertambah majoriti dari 1149 pada PRU 12 kepada 1794 pada PRU 13.

Dun Titi Serong menang kerana pengundi sedia ada Pas besar berbanding Dun Rungkup. Sekalipun Dun Rungkup juga mungkin mendaftar pemilih baru yang banyak seperti Dun Titi Serong. Undi kepada Pas di peti undi Melayu Dun Rungkup masih tidak mampu mengatasi undi bn berbeza dengan Dun Titi Serong.

Bagaimana nak tambah pengundi sedia ada Pas ? Disinilah dapat dilihat kepentingan cawangan Pas yang banyak dalam satu-satu dun, selain penambahan ahli baru Pas. 

Justeru, jika nak tambah pengundi sedia ada Pas, Pas mana-mana kawasan perlu menambah seberapa banyak cawangan dan ahli baru Pas terutama mereka yang berada atas pagar.

Selain itu, cawangan Pas sedia ada perlu diaktifkan dan ahli baru Pas mendapat penerangan dan tarbiyah secara langsung atau tidak langsung dari Pas. Ahli baru Pas yang berada dalam persekitaran Pas melalui penerangan dan tarbiyah akan kekal menyokong Pas tidak seperti pengundi atas pagar.

Pas kawasan yang mempunyai jumlah cawangan yang kecil bukan sahaja bermasalah untuk menubuhkan Unit Peti Undi (UPU). Malah, akan gagal menguasai pengundi atas pagar yang dikepung dengan sumber maklumat hanya dari bn.

Penulis ambil contoh Perak, kecuali Dun Sg Rapat yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu 41 %, Melayu 59%, Pas menang di 4 kerusi dun lain kerana pengundi sedia ada Pas di dun-dun ini besar. 

Pun begitu kerusi-kerusi yang majoriti pengundi Melayu 85 % ke atas , cawangan yang banyak juga ada tidak mampu menyaingi lonjakan undi atas pagar kepada bn. Contohnya, Baling yang mempunyai pengundi Cina hanya 5% , ratusan cawangan tetap gagal mempertahankan kemenangan. 

Akibat pengundi atas pagar Melayu di luar bandar lari ke bn pada PRU 13, ramai yang menyimpan impian ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’ terpaksa menangguhkan impian hingga PRU 14. Itupun jika, pengundi Cina kekal bersama PR dan pengundi atas pagar Melayu di luar bandar kembali mengundi PR.

Trend pengundi atas pagar luar bandar Melayu di luar bandar jika ikut teori layunan sepatutnya menyebelahi PR pada PRU 14.

PRU
Sokongan Pengundi Atas Pagar di Luar Bandar
Kesan
PRU 1990
Pembangkang
Pas rampas Kelantan
PRU 1994
bn
Pas hilang banyak kerusi Parlimen dan kerusi dun di Kelantan
PRU 1999
Pembangkang
Pas menang banyak kerusi parlimen, kukuh di Kelantan dan rampas Terengganu
PRU 2004
bn
Pas hilang Terengganu , hanya beza 2 kerusi dengan bn di Kelantan
PRU 2008
Pembangkang
Bn hilang majoriti 2/3 di parlimen, PR kekal Kelantan, rampas 4 negeri dan Wilayah
PRU 2013
bn
Impian PR rampas Putrajaya tertangguh
PRU 14
?


Sungguhpun begitu, trend ini janganlah dijadikan angan-angan oleh PR. Kemenangan akan tertangguh lagi jika banyak perkara tidak diselesaikan. Jangan dok ada berangan ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’, tup-tup bila mai PRU 14 , meleleh air liur dan menitik air mata tengok bn dok kampui lagi.

Mengapa pengundi atas pagar luar bandar Melayu di luar bandar menyokong bn pada PRU 13? Ada sebabnya……..

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...