Salam,
Marilah sama-sama membaca dan ambil iktibar pada kisah benar ini.
Ustaz  Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi  yang dia  sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur  kerana  mimpi tersebut. 
Dia  bermimpi datang                          seorang lelaki yang dalam  keadaan yang amat  terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya  dengan berkata " tolong  bebas kan aku". 
Setelah  bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang  'alim akhirnya dia telah                           bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.
Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita.

Maklumat yang diketahui ayahnya telah  terbunuh ketika perang Jepun dahulu. 
Setelah  berlalu beberapa bulan,  Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan  berdoa agar Allah memberikan  petunjuk supaya dia dapat                           menyelesaikan mimpinya.
Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya.

Ustaz  Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni  dosa ayahnya dan  melepaskan siksaan                          yang diderita oleh ayahnya.  Namun setelah dua  tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut  lagi.
Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu.

Maklumat  yang diterima, ayahnya  adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan  dan telah banyak melakukan  amal kebajikan untuk kabaikan Islam. 
Setelah  terpisah ketika perang  Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar                           mencari isterinya namun tidak berjumpa.
  Ayahnya  mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah  mendirikan  rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima  orang anak  perempuan.
Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai.

Ibu  tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan  kerjasama yang baik  setelah mengetahui bahawa                          Ustaz Halim adalah  juga waris kepada simati. 
Dia   takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati.   Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua   hutang simati telah dijelaskan dan tidak                          ada  satu pun yang tinggal.
Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.
Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.
Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya.

Ibu                           tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah   ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka   menolong orang susah. 
Tidak  pernah lambat menjelaskan zakat  perniagaannya. Bagaimana dia boleh  terseksa. Ibu                          tirinya berpendapat itu mungkin  bukan aruah  suaminya. Mungkin orang lain.
Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki.

Lelaki  tua  tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan  nama  sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya  lelaki  tua tersebut.
Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya.

Di  dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan  segala-galanya dan orang  tua tersebut menceritakan pula dia adalah  sahabat karib kepada kawannya  Azlan. 
Beberapa  minggu yang lepas dia terbaca satu buku  dan dibelakang buku tersebut  ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus  datang ke KL untuk berjumpa  dengannya.
Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut.

Pernahkan  pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap  orang tua tersebut,  tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan  segala dosanya. 
Ustaz  Halim                          terus bertanya berkenaan dengan hutang.  Orang  tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.
Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun.

Ketika  itu kami sedang minum kopi  di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang  dan meminta dia membayarkan  duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu.  
Dia berjanji akan membayar  balik. Kemudian Jepun menyerang                          kampung kami dan kami terus berpisah. 
Orang tua  tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan  ku Azlan berhutang kepada ku.
Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.
Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).
Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"
Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim).

Dan  dengan berkat anak yang  soleh ini dia dapat mengadu kepada                           anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari  hutang  yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari  seksaan  yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."