Wednesday, April 8, 2009

Tulahan : Kalah dalam menang di Bukit Gantang

Salam,


Berakhir sudah PRK Bukit Gantang. Penulis bersyukur kerana bulan mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. Penulis juga bersyukur kerana UPU Kampung penulis bulan mencapai peningkatan undi dari 78 semasa PRU kepada 98 pada PRK ini.

Walaupun tak mencapai target 100 undi, penulis tetap gembira kerana pertambahan ini dari pengundi Melayu dari kampung penulis sendiri. Semasa habis kiraan undi keluar dari dewan, nampak muka orang umno tak ceria sebab gagal menahan peningkatan undi bulan. Umno target dapat 200 undi tapi hanya dapat 150 undi. Majoriti pun berkurang dari 62 kepada 52 sahaja.

Sebenarnya, target penulis sebelum balik ke kampung undi bulan boleh capai lebih 100. Tapi dua hari sebelum pilihanraya, terasa kesukarannya kerana umno mula beli pengundi dengan basikal baru dan RM tunai bernilai ratusan ringgit.

Malah pada malam sebelum hari mengundi ada pengundi muda bulan yang disogok dengan RM. Penulis risau target tak tercapai. Malam tu juga, penulis pergi ke rumah pengundi atas pagar untuk kempen personal terakhir. 

Semasa hari mengundi, penulis serah semua kerja di luar dewan kepada kawan2 Parit Buntar. Lebih 200 orang Parit Buntar datang merayu undi dan memberi sokongan moral. Gerak kerja untuk pastikan semua pengundi bulan turun mengundi dijalankan kawan2 Parit Buntar dengan bantuan orang kampung. Daripada 66 pengundi cula bulan 62 turun mengundi.  

Pengundi India berjumlah 49 orang, yang mengundi hanya 24 orang. Kawan2 Parit Buntar dah cuba dapatkan pertolongan Kelab Penyokong untuk bawa pengundi India turun tetapi tak berjaya. 

Penulis dapat tahu ada sebuah van yang bawa 6 orang pengundi India untuk mengundi di kampung penulis telah melencong ke lain dan di beri RM untuk tidak mengundi. Penulis jangkakan dari 24 pengundi India ini, 60% undi bulan iaitu sekitar 15 orang.

Peratus mengundi di Kampung penulis meningkat dari 73% semasa PRU kepada 81% pada PRK kali ini. Umno angkut semua pengundi mereka pulang dengan bagi RM. Hanya 27 pengundi Melayu yang tak turun mengundi kerana tinggal terlalu jauh dari kampung. Ada juga, saja2 tak mahu mengundi.

Daripada 98 undi bulan ini, penulis jangka hanya 20% datangnya dari Kampung Perak yang pekat birunya. Selebihnya undi bulan datang dari kampung penulis sendiri. Sebenar, umno Kampung Peraklah yang berkelakuan ganas dan tidak senonoh.

Peristiwa orang umno pukul petugas NS berlaku di Kampung Perak walaupun akhbar Siasah dan media internet kata berlaku di kampung penulis. Umno Kampung Peraklah juga yang melakukan aksi tidak sopan semasa DS Nizar melawat Pusat Mengundi Kampung Penulis.

Penulis ucapkan syabas di atas keberanian petugas NS ini yang juga anak Kampung Perak yang hampir 20 tahun tak balik ke kampung itu.

Peristiwa pukul ini berlaku semasa Ceramah YB Shaari Sungip dan Ust. Nik Abduh dan Azhan Atan di kampung penulis. Petugas NS ini secara bersendirian buat aduan kepada pemantau SPR tentang banner yang kutuk PAS tanpa ada lambang BN di Kampung Perak. Penulis dan kawan2 Parit Buntar yang berada di kampung penulis pun tak tahu tentang aduan itu.

Bila ceramah tamat, kami terima berita dari petugas lain NS yang petugas ini kena pukul dan kereta beliau di ketuk. Apa yang dikesalkan, semasa peristiwa itu Polis ada bersama pemantau SPR. Kenapa Polis tidak mengambil apa2 tindakan menghentikan tindakan ganas orang umno ini. 

Polis juga tidak mengambil apa2 tindakan, walaupun sudah diberi plat 2 buah kereta orang umno yang bakar bendera kati di kampung penulis.

Mungkin petugas NS tidak puas hati dengan banner kutuk PAS di Kampung Perak dan mereka juga mungkin bertanya kenapa penulis dan kawan2 yang jaga UPU ini tidak mengambil apa2 tindakan.

Parit Buntar ada pendekatan sendiri dalam kawasan biru pekat ini. Kita tak mahu timbulkan suasana tegang yang menyebabkan pengundi bulan tempatan menjadi takut. Kita dah sebulan di situ dan tahu keadaan umno di situ. Sekiranya, orang umno yang berkelakuan ganas dan tidak bermoral ini berada di Parit Buntar dah lama kena cepuk. Kami tak biar punya.

Apa pun, penulis ucapkan terima kasih kepada Ketua UPU Kampung dan isterinya yang banyak berkorban masa dan tenaga, kawan2 Parit Buntar yang selama sebulan berkempen di kampung, petugas2 NS yang juga banyak membantu, Abang Aq anak Pak Long Chik yang sanggup bagi tanah untuk kami buat pondok panas dan semua pengundi yang mengundi bulan.

Bantuan dari luar ini telah meningkatkan sokongan di kampung penulis. Sekarang peratus pengundi bulan di kampung penulis dah mencapai 45% dan umno 55%. Kira ok la. Cuma kenduri kesyukuran bergantung kepada YDP Parit Buntar sebab dia kata jika dapat 100 undi baru nak buat kenduri.

Malam tadi Ketua UPU bagi tahu, orang bulan di kampung penulis buat kenduri makan satay 1000 cucuk, laksa, mee kari dan macam2. Ada orang kampung atas pagar yang bernazar bagi satay jika bulan menang di Bukit Gantang. 

Terima kasih sekali lagi, teruskan perjuangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...