Friday, March 14, 2014

Tulahan : Syioqnya Liqa'



Salam,



Bila nak menulis berkenaan tarbiyah, penulis teringat zaman berjuang di kampus. Ada sahabat jamaah kampus bercerita tentang seorang mad’u yang baru berasal dari Sarawak. Pagi-pagi selepas subuh datang ketuk bilik sahabat. 

Mad’u tu cakap “ minta maaf , kita’ tak boleh pergi LOQI “ , sahabat garu kepala tak faham apa dia LOQI. Bila sahabat tanya semula, mad’u tadi tunjuk surat jemputan pergi Liqa’tapi disebutnya LOQI. 

Liqa’ adalah program yang dah lama dilaksana di kampus. Kami panggil pimpinan jamaah datang ke lokasi luar kampus untuk bagi pengisian dalaman. Semasa penulis di kampus, pimpinan yang kerap bagi pengisian adalah Ust. Hashim Jasin dan Ust. Shauqi Ibrahim .

Bila mula berjuang di kawasan penulis, pemuda kawasan amanahkan penulis pegang lujnah tarbiyah walaupun penulis bukan ustaz kerana tak ada ustaz yang berani pegang jawatan dalam parti. Penulis atur pengisian dalaman tapi penulis tak panggil liqa’ kerana tak ramai di kawasan yang tahu apa itu program liqa’. 

Penulis letak program pengisian ini dengan nama kuliah haraki , kadang-kadang tarbiyah haraki. Sebulan , penulis atur tiga kuliah haraki di markas kawasan yang masa tu jadi pejabat ahli parlimen , sebuah surau yang sekarang dikenali surau mujahideen dan di sebuah markas cawangan. Penulis juga atur kuliah yang disampaikan oleh ustaz  haraki jamaah di tiga buah surau dan sebuah masjid.

Pada masa itu, kuliah di surau mujahideen hanya tiga kali sebulan. Memadangkan surau ini diurus oleh sahabat yang sekarang pegang Ketua Penerangan kawasan, penulis bincang dengannya untuk aktifkan surau ini.

Mula-mula penulis panggil beberapa orang ustaz untuk buat kuliah di surau ini disamping kuliah sedia ada, kemudian penulis bantu sahabat tadi atur tazkirah Ramadan di surau berkenaan.  Penulis hanya dapat bantu setahun kerana terpaksa berpindah ke tempat penulis sekarang. 

Alhamdulillah, sahabat  ini telah berjaya jadikan surau ini aktif dan dikenali. Surau ini sekarang ini hampir setiap malam ada kuliah dan menjadi tumpuan umat Islam semasa Ramadan kerana setiap malam disajikan tazkirah.

Selepas penulis pindah semula ke kawasan penulis dan dilantik jadi SU kawasan, penulis atur liqa’ di kawasan untuk bantu pengerusi lujnah tarbiyah kawasan. Setiap bulan, penulis akan jemput pimpinan jadi naqib dan urus persiapan liqa’ kawasan sehinggalah berpindah semula.

Bila di luar negeri , bila jamaah masih belum ada tanzim, penulis latih adik-adik kampus dengan pengisian tarbiyah melalui program usrah dan halaqah ( sama macam liqa’). Sehinggalah tanzim dibentuk program tarbiyah menjadi tonggak aktiviti jamaah.

Walaupun tiada di kawasan, penulis tetap ikuti program tarbiyah . Setiap minggu ada usrah di cawangan taman penulis tinggal. Bagi penulis ahli jamaah tidak boleh lari dari program tarbiyah bagi menghayati fikrah perjuangan , bersungguh-sungguh melaksanakan kerja jamaah sebelum berserah diri kepada Allah.

Balik ke kawasan minggu lepas, ada sahabat bagi tahu program Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri ramai yang datang. Katanya, sehingga tak cukup kerusi kerana terlalu ramai yang hadir mendengar pengisian naqib jemputan.

Penulis kata, baguslah jika begitu. Penulis bagi tahu bahawa penulis pun tahu kerana dalam facebook kerap kali selepas liqa’ , akan ada dipostkan gambar peserta liqa’ yang duduk atas lantai kerana kerusi tak cukup.

Tapi sahabat bagi tahu, yang ramai bukan pun AJK harian kawasan. Yang meramaikan adalah ahli biasa sehingga pelajar tahfiz pun datang sebagai peserta. Jika hanya AJK harian kawasan yang datang, cukup kerusi yang disediakan.

Penulis bagi tahu, jika begitu tak tercapailah sasaran peserta liqa’ yang diwajibkan kepada AJK harian kawasan. Sebaliknya, ahli biasa pun boleh datang, malah mungkin ada yang masih baru atau yang belum jadi ahli pun boleh datang.

1 Usrah 1 Cawangan

 

Usrah merupakan satu nizam yang penting di dalam tarbiah PAS. Selain daripada usrah, ialah tamrin, liqa' al-Fikri, Majlis Ilmu, Daurah Tadribiah, Nadwah, Rehlah, Mukhayam, Qiamullail, Riadah. 

Kesemua program ini mesti digarap oleh semua ahli PAS supaya tidaklah mereka menyertai PAS hanya dari segi isi borang sahaja, sedangkan pemikiran dan tingkah laku tidak berubah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Biarlah apabila menjadi ahli PAS, dia perlu berubah dalam semua perkara, walau pun memakan masa yang lama.

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud keluarga adalah merupakan satu medan yakni ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.

Usrah mesti diwujudkan di dalam setiap cawangan untuk memastikan PAS dapat memenuhi ciri-ciri Gerakan Islam dan Gerakan Politik. Ini adalah satu kelainan dengan jamaah lain kerana PAS juga merupakan gerakan politik, dua perkara ini mesti diseimbangkan.

Setiap cawangan PAS mesti menjalankan aktiviti Usrah, ia boleh dilakukan rumah ahli PAS secara bergilir. Buat permulaan laksanakan sebulan sekali. Kenapa buat di rumah ahli tidak di markaz? Jawapannya supaya program usrah dan ziarah boleh disekalikan. 


Maklumlah semua kalangan ahli PAS sentiasa sibuk, tidak ada masa untuk ziarah menziarahi antara satu sama lain. Apabila usrah dibuat di rumah setiap ahli, maka secara tidak langsung program ziarah berjalan secara serentak. 

Tujuannya supaya kita dapat memerhati suasana rumah ahli PAS. Kadang-kadang ahli PAS yang kita temui di markaz tidak sama dengan hakikat yang sebenar. 

Ada kalangan ahli PAS yang cukup dhaif, tetapi mempunyai semangat dan jiwa yang kental. Wajahnya tidak menunjukkan beliau seorang yang susah, sentiasa ceria dalam hidup. Tidak pernah ponteng program parti. Tidak pernah mengeluh apabila diberi arahan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...