Tuesday, June 15, 2010

Tulahan : Sejenak berharga bersama Ust. Hasan Shukri

Salam,


DSCF6958.jpg picture by paspb












Balik dari stesen bas untuk beli tiket balik PB, penulis dapat satu mesej sedih Ust. Hasan Shukri telah pergi buat selama-lamanya. Penulis terus buka laptop untuk baca berita berkenaan. Penulis sms kepada semua cawangan di PB memaklumkan berita sedih ini.
Dua bulan lepas penulis ada telefon Ust. Hasan bertanya tentang satu kemusykilan berkaitan perlembagaan yang ditimbulkan dalam mesyuarat jamaah kawasan. Jawapan dari Ust. Hasan diperlukan kerana Ust. Hasan adalah pakar rujuk perlembagaan jamaah.
Penulis ambil kesempatan untuk jemput Ust. Hasan memberi taklimat pindaan perlembagaan kepada pimpinan jamaah di PB.Ust. Hasan setuju dan beliau cadang buat juga di kawasan Bagan Serai sebab dah dekat dengan PB. Beliau juga minta libatkan pimpinan cawangan, muslimat dan pemuda.
Apabila , SU jamaan Bagan Serai maklumkan setuju untuk buat program sama, penulis sekali lagi hubungi Ust. Hasan maklumkan tarikh dan masanya. Penulis tanya Ust. Hasan , beliau hendak bermalam di mana semasa datang ke PB untuk penulis buat persiapan.
Ust. Hasan jawab, tak payah susah2 tidur kata mana pun tak pa. Itulah Ust. Hasan seorang pimpinan yang mesra dan mudah berurusan dengannya.

Penulis tahu Ust. Hasan tak kisah bila datang ke Perak banyak tempat beliau boleh tumpang tidur. Banyak sedara maranya di Perak.
Penulis juga tahu Ust. Hasan dah biasa tidur di markas dan pejabat jamaah, malah beliau tahu di mana markas jamaah kebanyakan kawasan di Malaysia.
Bila sampai tarikhnya Ust. Hasan sampai ke PB bersama temannya Haji Abdul Rahman seorang pesara yang selalu diajaknya bila pergi ke destinasi yang jauh. Penulis tanya kepadanya nak bermalam di mana? Jawapannya, nak tidur kat markas Titi Serong.
Ust. Hasan ingat markas Titi Serong sebab tujuh tahun lepas, Ust.Hasan meletakkan batu asas markas berkenaan.Walaupun hanya program meletakkan batu asas, tapi FRU datang satu trak untuk halang program berkenaan.
Penulis minta beliau tidur di pejabat sebab dah disiapkan tempat tidur di pejabat jamaah. Lagipun penulis pun tidur di pejabat, boleh sembang2 bila habis program.
Ust. Hasan hadir awal semasa kedua2 program di PB dan Bagan Serai. Penulis tanya beliau, kenapa nak pergi awal sebab tak berapa ramai orang lagi. Ust. Hasan bagi tahu, beliau nak berjumpa kawan2 lama jika masih ada dan nak tengok markas.
Penulis berkesempatan berbual panjang dan mendapat nasihat berguna dari Ust. Hasan di pejabat jamaah. Enam tahun lepas, penulis pernah pergi ke rumah Ust. Hasan temankan Ketua Pemuda jamaah kawasan temu bual Ust. Hasan untuk kajian tentang sejarah jamaah Parit Buntar.
Ust. Hasan ada sejarah di PB kerana pernah dilantik oleh jamaah pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir PAS Parit Buntar semasa krisis tahun 1989.
Seperti biasa, nasihat yang Ust. Hasan selalu bagi tahu kepada pimpinan jamaah kawasan supaya menambah dan memperkemas cawangan. Itu juga nasihat kepada penulis, Ust. Hasan bagi tahu jamaah akan kuat jika banyak cawangan. Beliau beri contoh kawasan Pendang dan Pasir Puteh.
Satu soalan yang Ust. Hasan selalu tanya ialah berapa banyak cawangan di kawasan. Penulis pernah diberitahu petugas di Pejabat Agung, semasa Ust. Hasan menjadi Setiausaha Agung jamaah pertanyaan yang sama akan ditanya kepada Setiausaha jamaah di kawasan.
Setiausaha jamaah kawasan tak boleh nak temberang kepada Ust. Hasan kerana beliau tahu berapa cawangan kawasan2 di Malaysia. Berapa cawangan yang tak hantar laporan ke pejabat pendaftar pertubuhan dalam satu2 kawasan.
Itulah hebatnya Ust. Hasan semasa menjadi Setiausaha Agung jamaah. Beliau tidak serah bulat2 pengurusan cawangan dan keahlian kepada petugas di Pejabat Agung.

Malah, beliau kerap kali turun ke kawasan2 di Malaysia memberi taklimat pengurusan keahlian, organisasi dan cawangan.
Sukar di cari penganti sehebat Ust. Hasan, beliau arif dalam banyak perkara tentang jamaah. Perlembagaan jamaah, sejarah panjang jamaah, pengurusan cawangan dan keahlian jamaah, pengurusan organisasi jamaah, pengurusan markas jamaah. Benarlah, Ust. Hasan Syukri adalah kutubkhanah organisasi dan perlembagaan jamaah.
Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah. Al-Fatihah
Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...