Salam,
Balik dari stesen bas untuk beli tiket balik PB, penulis dapat satu mesej sedih Ust. Hasan Shukri telah pergi buat selama-lamanya. Penulis terus buka laptop untuk baca berita berkenaan. Penulis sms kepada semua cawangan di PB memaklumkan berita sedih ini.
Dua bulan lepas penulis ada telefon Ust. Hasan  bertanya tentang satu kemusykilan berkaitan perlembagaan yang  ditimbulkan dalam mesyuarat jamaah kawasan.  Jawapan dari Ust. Hasan  diperlukan kerana Ust. Hasan adalah pakar rujuk perlembagaan jamaah.
Penulis ambil kesempatan untuk jemput Ust. Hasan  memberi  taklimat pindaan perlembagaan kepada pimpinan jamaah di PB.Ust. Hasan setuju dan beliau cadang buat juga di kawasan Bagan Serai  sebab dah dekat dengan PB. Beliau juga minta libatkan pimpinan cawangan,  muslimat dan pemuda.
Penulis tahu Ust. Hasan tak kisah bila datang ke Perak banyak tempat beliau boleh tumpang tidur. Banyak sedara maranya di Perak.
Bila sampai tarikhnya Ust. Hasan sampai ke PB  bersama temannya Haji Abdul Rahman seorang pesara yang selalu diajaknya bila pergi ke  destinasi yang jauh. Penulis tanya kepadanya nak bermalam di mana?  Jawapannya, nak tidur kat markas Titi Serong.
Ust. Hasan ingat markas Titi Serong sebab tujuh  tahun lepas, Ust.Hasan meletakkan batu asas markas berkenaan.Walaupun  hanya program meletakkan batu asas, tapi FRU datang satu trak untuk  halang program berkenaan.
Penulis minta beliau  tidur di pejabat sebab dah disiapkan tempat tidur di pejabat jamaah.  Lagipun penulis pun tidur di pejabat, boleh sembang2 bila habis program.
Ust. Hasan hadir awal semasa kedua2 program di PB  dan Bagan Serai. Penulis tanya beliau, kenapa nak pergi awal sebab tak  berapa ramai orang lagi. Ust. Hasan bagi tahu, beliau nak berjumpa  kawan2 lama jika masih ada dan nak tengok markas.
Penulis berkesempatan berbual panjang dan mendapat  nasihat berguna dari Ust. Hasan di pejabat jamaah. Enam tahun lepas,  penulis pernah pergi ke rumah Ust. Hasan temankan Ketua Pemuda jamaah  kawasan temu bual Ust. Hasan untuk kajian tentang sejarah jamaah Parit  Buntar.
Ust. Hasan ada sejarah di PB  kerana pernah dilantik oleh jamaah pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa  Tadbir PAS Parit Buntar semasa krisis tahun 1989.
Seperti biasa, nasihat yang Ust. Hasan selalu bagi  tahu kepada pimpinan jamaah kawasan supaya menambah dan memperkemas  cawangan. Itu juga nasihat kepada penulis, Ust. Hasan bagi tahu jamaah  akan kuat jika banyak cawangan. Beliau beri contoh kawasan Pendang dan  Pasir Puteh.
Satu soalan yang Ust. Hasan  selalu tanya ialah berapa banyak cawangan di kawasan. Penulis pernah  diberitahu petugas di Pejabat Agung, semasa Ust. Hasan menjadi  Setiausaha Agung jamaah pertanyaan yang sama akan ditanya kepada  Setiausaha jamaah di kawasan.
Setiausaha jamaah kawasan tak boleh nak temberang  kepada Ust. Hasan kerana beliau tahu berapa cawangan kawasan2 di  Malaysia. Berapa cawangan yang tak hantar laporan ke pejabat pendaftar  pertubuhan dalam satu2 kawasan.
Itulah hebatnya Ust. Hasan semasa menjadi Setiausaha  Agung jamaah. Beliau tidak serah bulat2 pengurusan cawangan dan  keahlian kepada petugas di Pejabat Agung.
Malah, beliau kerap kali turun ke kawasan2 di Malaysia memberi taklimat pengurusan keahlian, organisasi dan cawangan.
Malah, beliau kerap kali turun ke kawasan2 di Malaysia memberi taklimat pengurusan keahlian, organisasi dan cawangan.
Sukar di cari  penganti  sehebat Ust. Hasan, beliau arif dalam banyak perkara tentang  jamaah. Perlembagaan jamaah, sejarah panjang jamaah, pengurusan cawangan  dan keahlian jamaah, pengurusan organisasi jamaah, pengurusan markas  jamaah. Benarlah, Ust. Hasan Syukri adalah kutubkhanah organisasi dan  perlembagaan jamaah.
Semoga Allah SWT melimpahi  rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan  bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah.  Al-Fatihah
 
No comments:
Post a Comment