Dua puluh tahun yang lalu aku 
melahirkan seorang anak lelaki, wajahnya agak tampan namun 
kelihatan agak bodoh. Hasan, suamiku, memberinya nama Erik. 
Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terbelakang. Aku berniat memberikannya kepada orang lain sahaja atau diletakkan di pusat asuhan agar tidak membuat malu keluarga kelak. 
Namun
 suamiku mencegah niat buruk itu. Akhirnya dengan terpaksa kubesarkan 
juga. Di tahun kedua setelah Erik dilahirkan, akupun melahirkan kembali 
seorang anak perempuan yang cantik molek. 
Kuberi nama Angel.
 Aku sangat menyayangi Angel, demikian juga suamiku. Seringkali kami 
mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikannya pakaian anak-anak
 yang indah-indah.
Namun
 tidak demikian halnya dengan Erik. Ia hanya memiliki beberapa pasang pakaian lama. Suamiku sebenarnya sudah berkali-kali berniat 
membelikannya, namun aku selalu melarangnya dengan dalih menjimatkan 
wang keluarga. Suamiku selalu menuruti perkataanku.
Semasa
 usia Angel 2 tahun, Suamiku meninggal dunia. Erik sudah berumur 4 tahun pada masa itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang 
semakin bertambah. 
Akhirnya aku mengambil sebuah tindakan yang akan 
membuatku menyesal seumur hidup. Aku pergi meninggalkan kampung 
kelahiranku bersama Angel. Erik yang sedang tertidur lelap kutinggalkan 
begitu saja.
Kemudian
 aku memilih tinggal di sebuah rumah kecil  setelah tanah kami berjaya dijual untuk membayar hutang. Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 
tahun.......... telah berlalu sejak kejadian itu.
 
