Dalam pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP),  
nampaknya akan memenangi plihanraya parlimen Mesir. Menurut hasil  
pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat sokongan 40  
peratus. 
Sementara itu, Parti al-Nour yang didirikan oleh kumpulan  
Salafi kemungkinan mendapatkan 70 kerusi. Meskipun, pemerintah  
melewatkan pemunguman keputusan pilihanraya, sehingga hari Jum'at atau Sabtu.
 
Nampaknya, pasca regim-regim kuku besi di dunia Arab dan 
Afrika Utara,  seperti Zine el Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Ali 
Abdullah Saleh,  Muammar Gaddafi, Bashar al-Assad, dan sejumlah negara 
lainnya, seperti  Maghiribi, Algeria dan Jordan, kekuatan politik Islam
 akan mengambil  alih kekuasaan di beberapa negara.
Sesudah 
Parti An-Nadhah yang dipimpin Prof. Rashid Ghannoushi  memenani 
pilihanraya Tunisia, di susuli Parti Islam Keadilan Maghribi, juga  memenangi
 pilihanraya di negeri Afrika Utara itu. 
Sementara itu, pilihanraya di  Mesir, 
negeri yang paling tinggi jumlah penduduknya di dunia Arab yang jumlahnya  
mencapai 86 juta,nampaknya Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP)), yang  
didirikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin memenangi pilihanraya. 
Kemenangan  
Parti Kebebasan dan Keadilan semakin mengukuhkan perubahan di dunia  
Arab dan Afrika menuju Islam.
 
Pengiraan keputusan pilihanraya
Hasil kiraan awal pilihanraya pertama Mesir selama enam dekad ,  yang diterima pada Khamis, Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi  majoriti 
di parlimen. 
Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan ini,  semakin 
menunjukkan perubahan politik yang luas di dunia Arab dan  Afrika, pasca
 revolusi telah memberikan peluang yang lebih besar kepada  Jamaah 
Ikhwan.
Ikhwanul Muslimin, sebuah Jamaah yang tertua dan lahir di
 tahun l928,  yang didirikan oleh Hasan al-Banna, layak mendapatkan 
dukungan politik  dari rakyat Mesir. 
Kumpulan Islam yang terorganisasi 
dengan sangat baik  di Mesir telah memiliki pengalaman politik yang 
sangat luar biasa  menghadapi para regim kuku besi. Jamaah Ikhwan menghadapi 
kehidupan politik yang  sangat keras, hampir satu abad.
Para 
pemimpinnya terus berjuang dengan sabar menghadapi  penindasan 
politik. Bahkan banyak para tokohnya yang syahid, termasuk  pengasasnya 
al-syahid Hasan al-Banna yang maut ditembak aparat penguasa Mesir. 
Sebahagian 
diantara mereka ada yang dihukum gantung, seperti Sayyid Qutb,  Abdul 
Qadir Audah, dan sejumlah tokoh Ikhwan lainnya, yang menolak  mendukung 
Presiden Gamal Abdul Nasser.
Para pemerhatil politik melihat kemungkinan 
Parti Kebebasan dan Keadilan mendapatkan kira-kira 40 peratusundi , yang merupakan keputusan pusingan  pertama pemungutan suara.
Keberhasilan
 kekuatan politik Islam dalam pilihanraya Mesir, yang  mempunyai posisi 
strategik secara geopolitik, selterusnyanya akan mempunyai  spektrum 
politik yang luas bagi dunia Arab dan Afrika Utara. 
Ini akan  terus 
mendorong perubahan di seluruh kawasan. Kemenangan kekuatan  politik 
Islam itu, kerana faktor keikhlasan dan kesabaran serta  kesungguhan 
para pemimpin yang sudah menghadapi penindasan, tanpa harus  bersikap 
pragmatis dan oportunis terhadap para penguasa yang kuku besi.
Perdana
 Menteri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani, mengatakan  kekuatan 
kumpulan Islam kemungkinan besar akan mengambil alih kekuasaan di  seluruh
 dunia Arab dan Afrika Utara, pasca revolusi, ujarnya.
 
Pejabat 
Parti Kebebasan dan Keadilan mengatakan partinya akan  memenangi pilihanraya dalam perebutan kerusi parlimen  sekkurang-kurangnya sepertiga
 dari jumlah kerusi parlimen. 
Sementara itu,  Parti Al-Nour, salah satu 
dari kumpulan Islam Salafi, mengatakan bahawa  al Nour akan mendapat 70 kerusi di majlis yang baru.
 
Kemungkinan parti-parti Islam akan 
membentuk blok majoriti yang  solid di parlimen. Nampaknya, kekuatan 
Ikhwan dan Salafi di parlimen  Mesir masa hadapan akan menjadi kekuatan 
penentu dalam politik di Mesir.
Bahaya Demokrasi
Ali
 Khafagi, pemimpin komite pemuda Parti Kebebasan dan Keadilan,  
mengatakan, tujuan Ikhwan adalah mengakhiri rasuah dan melakukan  
reformasi dan pembangunan ekonomi.
Keutamaa Jamaah Ikhwan 
melalui Parti Kebebasan dan Keadilan adalah  membenteras kemiskinan, 
yang menjadi warisan Hosni Mubarak. 
Mungkin  langkah pertama yang akan 
dilakukan Parti Kebebasan dan Keadilan  adalah meningkatkan 
pertumbuhan ekonomi, memerangi kemiskinan, dan  meyakinkan para pengundi,
 bahawa mereka mampu mengatasi masalah rakyat  Mesir, yang sudah 
berlangsung berpuluh-puluh tahun.
Setiap pemerintah baru harus 
bergelut dengan krisis ekonomi yang  telah memaksa mata wang Mesir ke tahap terendah dalam hampir tujuh tahun  ini. Pelaburan di Mesir juga 
turun drastik akibat revolusi, termasuk di  bidang pelancungan.
Dewan
 Agung Tentera (SCAF) Mesir yang dipimpin Marsal Ahmad Husien  
Tantawi, kemungkinan tahun depan, segera akan menyerahkan kekuasaannya  
kepada pemerintahan awam. 
Setelah selesai pemilihan presiden. Sebuah  
perubahan yang sangat menarik, yang dimulai dari penumbangan regim Hosni
  Mubarak, dan pengalihan kekuasaan melalui pilihanraya.
Sebelumnya, 
kelompok nasionalis dan sekular yang dipimpin Mohammad  el-Baradei, 
berusaha menghalang kemaraan kumpulan Islam dengan cara melakukan  pendudukan Tahrir 
Square, dan memaksa Marsal Tantawi menyerahkan  kekuasaan tentera
kepada el-Baradei, tetapi itu gagal.
 
Namun, nampaknya sesudah 
Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi pilihanraya, kemungkinan segera 
akan membentuk pemerintahan baru. Posisi  perdana menteri kemungkinan 
akan jatuh kepada Parti Kebebasan dan  Keadilan. 
Hal itu, seperti 
dikemukakan oleh pemimpin Parti Kebebasan  dan Keadilan, pada hari 
Selasa lepas.
Perdana Menteri Essam Sharaf telah mengundurkan 
diri semasa berlangsung tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square, yang 
mengorbankan 42 orang , dan menjadi pusat pemberontakan 
anti-Mubarak.
Kemudian, Kamal al-Ganzouri, diminta oleh tentera 
membentuk  "Pemerintah Keselamatan Nasional", bertujuan untuk 
menyelesaikan tugas  berikutnya, tetapi dia mengakui pada Rabu bahawa 
lima calon presiden  telah menolak undangan untuk bergabung dengan 
kabinetnya.
Sejarah baru di dunia Arab dan Afrika Utara berubah. 
Di mana  regim-regim kuku besi yang nasionalis dan sekular telah berakhir 
dan  ditumbangkan oleh kekuatan rakyatnya. Sekarang kekuatan baru yang  
digerakkan kumpulan Islam mengambil alih kekuasaan.
Namun, tidak 
sedikit para pemimpin dan tokoh Gerakan Islam yang jatuh  tertelungkup, 
sesudah menggapai kekuasaan, dan meninggalkan tugasnya  yang asas, 
menegakkan Islam.
Kerana, demokrasi boleh menjadi "candu" yang 
mengangu gugat komitmen mereka bagi menegakkan Islam, dan 
mengkompromikan dengan kepentingan  duniawi. Adakah akan ada kehidupan 
lebih baik? Eramuslim
 
No comments:
Post a Comment