Tuesday, June 30, 2009

Tulahan : Biar perangai buruk asalkan sama cita rasa

Salam,

Bila baca motivasi dari Abang Mat Sabu, rasa bersyukur kerana pimpinan tertinggi jamaah masih berpesan yang baik kepada pemerintah atau pemimpin umat Islam.

Jangan ingat Abang Mat berpesan kepada pemimpin umno sahaja tetapi juga kepada pemimpin jamaah yang memegang kuasa dan juga wakil rakyat jamaah yang telah dipilih oleh rakyat.

Pesan Abang Mat :

Janganlah berdolak dalik, wahai pemerintah-pemerintah negeri dan negara umat Islam.
Dengan memakai imej Islam - kamu menzalimi rakyat
Dengan memakai imej Islam - kamu hidup bermewah dengan habuan dari keringat rakyat.
Dengan memakai imej Islam - kamu menimbun kekayaan.
Dengan memakai imej Islam - kamu bermegah-megah dengan pangkat dan darjat.
Dengan memakai imej Islam - kamu hilang pedoman, apa sebenarnya hala tuju kehidupan kamu dalam membimbing rakyat.
Oleh itu, renunglah dengan penuh mendalam.......
Apakah benar, kamu memerintah dengan Islam yang diajar Muhammad saw?
Atau kamu wahai pemerintah negeri dan negara umat Islam telah mengubah agama
Muhammad yang suci itu kepada satu ajaran baru yang mengikut nafsu dan keinginan kamu sendiri.
Muhammad saw hidup sederhana ketika berjuang di Mekah tanpa pemerintahan dan hidup lebih sederhana, sehingga mengorek walaupun sebutir kurma dari mulut Hassan kerana kurma itu adalah sedekah orang yang tidak dibenarkan keluarga nabi menerimanya.
Untuk apa semua itu dilakukan? Ia adalah untuk mengelak dan mengajar supaya pemimpin umat Islam tidak menerima sebarang bentuk habuan dunia yang akhirnya akan menindas rakyat yang diperintahnya............kerana rakyat sering memberikan sesuatu kepada pemimpinnya, dengan berbagai alasan dan hasrat. Berwaspadalah.............

Itu pesan Abang Mat, kita sebagai ahli jamaah cuba perhatikan pemimpin jamaah yang jadi pemimpin kerajaan dan wakil rakyat. Ada tidak yang berperangai macam tu?. Kalau ada, apa kita nak buat dengan pemimpin macam ni?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...