Saturday, April 16, 2011

Pelbagai jenis pelangi yang jarang dilihat manusia

Pelangi adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna selari yang nampak di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi nampak sebagai panahan cahaya dengan hujungnya mengarah pada horizon pada masa hujan gerimis. Pelangi juga dapat dilihat di kawasan air terjun yang deras.

1. Classic Rainbows

Pelangi Alam terdiri dari enam warna: merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. kekuatan warna masing-masingnya bergantung kepada keadaan atmosfera dan waktu.


2. Circular Rainbows

Pelangi ini benar-benar kelihatan seperti pahanan lingkaran sempurna (dengan radius tepat 42 darjah, menurut Descartes).

Friday, April 15, 2011

10 spesis burung cenderawasih tercantik

Ada pelbagai jenis spesies dalam keluarga Paradisaeidae, atau lebih dikenali dengan bird of paradise. Ada kira-kira 13 jenis dari burung-burung ini dan yang paling terkenal adalah jenis Paradisaea.

Kita menyebutnya dengan nama burung cendrawasih. Bercirikan dengan warna yang menarik dan cerah, bulu berwarna kuning, biru, merah, dan hijau. Dengan warna-warna yang demikian burung ini menjadi burung paling indah dan menarik di dunia, sehingga disebut sebagai burung dari surga.

Burung cendrawasih banyak ditemui di Papua atau Papua New Gunuei dan pulau-pulau sekitarnya, termasuk juga Australia Timur. Sayangnya kewujudan burung ini semakin berkurang seiring dengan banyaknya perburuan liar yang tidak bertanggungjawab.

1. Lesser bird of paradise (Paradisaea minor)
The Lesser bird of paradise dikenali dengan nama Cendrawasih kuning kecil. Burung ini berukuran sederhana dengan panjang sekitar 32 cm, berwarna merah-coklat dengan mahkota kuning dan ekor atas kuning coklat.

Burung jantan mempuyai leher berwarna zamrud-hijau tua, sepasang ekor panjang dan dihiasi dengan bulu hiasan sayap yang berwarna kuning di bahagian pangkal, berwarna putih di bahagian luarnya.

Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, mempunyai kepala berwarna coklat tua, dada berwarna putih dan tanpa dihiasi bulu-bulu hiasan.
Kawasan habitatnya meliputi seluruh hutan bahagian utara Papua New Gunuei dan pulau-pulau di dekat Misool dan Yapen.


2. Raggiana bird of paradise (Paradisaea Raggiana)

The Raggiana bird of paradise dikenali juga dengan nama Count Raggi’s bird of paradise. Burung ini juga dikenali sebagai burung Cendrawasih. Habitat burung ini terdapat secara meluas di Pulau Irian selatan dan timur laut.

Mempunyai panjang 34 cm panjang, berwarna merah-coklat kelabu, kepala kuning dan kaki berwarna coklat kelabu. Burung jantan mempunyai mahkota kuning, leher zamrud-hijau tua dan kuning di antara leher.

Warna bulu sayap bervariasi dari merah ke jingga tergantung subspesies. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat dan tidak mempunyai bulu-bulu hiasan.

Wednesday, April 13, 2011

9 binatang bukan burung yang boleh terbang

1. FLYING FROG

Katak terbang mempunyai kaki berselaput dan penutup kulit yang membolehkan untuk bergerak secara aerodinamis melalui pokok-pokok di hutan.

Malah, katak terbang menghabiskan seluruh kehidupannya di pokok-pokok, hanya turun untuk makan dan bertelur. Katak terbang menyamarkan diri di daun di sekelilingnya, mengurangkan ancaman pemangsa, dan membolehkannya untuk berburu serangga.

2. FLYING FISH

Ditemui di semua lautan, ikan terbang menggunakan sirip dada besar mereka untuk meluncur 50 meter di atas air ketika diancam oleh pemangsa. Untuk terbang di udara, ikan terbang akan mengepakkan ekornya 70 kali per saat.

Ekor ini juga digunakan untuk menekan air untuk membolehkan ikan ini meluncur beberapa saat di udara sebelum turun ke laut. Ikan terbang dapat lebih lama melayang di udara dengan meluncur mengikuti arus udara dan laut yang kuat.

10 kerajaan terbesar dalam sejarah dunia

10 Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )


Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.

Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.

Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

9 Khalifah Umaiyah


Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.

Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.

Tuesday, April 12, 2011

Binatang yang dijadikan perisik tentera

8 Binatang Yang Pernah Melakukan Tugas James Bond
Seekor burung pemakan bangkai baru-baru ini "ditangkap" di Arab Saudi, dituduh sebagai perisik untuk agen asing Mossad Israel inteligen. Meskipun mungkin nampak seperti kejadian biasa, burung nasar ini hanyalah salah satu dari banyak binatang yang telah dituduh sebagai perisik.
Dari serangga sehingga ke tupai, binatang telah dituduh berbagai bentuk penyamar selama bertahun-tahun. Seiring perkembangan teknologi, nampaknya kecenderungan ini akan terus meningkat.
Apakah tuduhan ini hanya ketakutan tak beralasan atau kebenaran yang aneh ?, kami telah menyenaraikan binatang yang digunakan sebagai perisik yang unik dan aneh.
1. Burung nasar
Arab Saudi baru-baru ini menuduh burung nasar sebagai perisik setelah ditemui membawa gelang pemancar di kaki yang dipasang pensyarah Universiti Israel. Para pengkaji memberitahu bahawa penandaan itu digunakan untuk mendapatkan pola migrasi.

2. Kucing
Pada tahun 1960-an, CIA dilaporkan melakukan pembedahan untuk memasukkan mikrofon dan pemancar ke dalam seekor kucing, projek ini dipanggil "Acoustic Kitty." Mantan petugas CIA Victor Marchetti memberitahu akhbar The Telegraph tentang projek itu
"dengan membedah kucing, memasukkan bateri ke dalam dirinya, kabel . Ekor digunakan sebagai antena, Mereka membuat suatu keburukan.. "

Monday, April 11, 2011

Binatang yang hidupnya hanya 3 jam

Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.

Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.





Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.

10 spesis monyet yang terkenal

1. King Kong

Seekor gorilla yang sudah menjadi lagenda dan sudah dikenali oleh umum sejak berlakon filem hitam putih, King Kong, yang dibintangi oleh Fay Wray, yang ditayangkan pada tahun 1933.

Sejak itu, kisah tragedi antara king Kong dengan seorang wanita telah menjadi terkenal hingga dibuat ulangannya pada tahun 2005, yang diarah oleh Peter Jackson. Sehingga saat ini sudah ada 7 filem mengenai King kong yang pernah dibuat.

2. Donkey Kong

Donkey Kong pertama kali muncul pada tahun 1981 bersama Mario dalam video game Nintendo. kreatornya bernama Shigeru Miyamoto, dan pelakon suaranya adalah seorang pelawak bernama Souply Sales. Permainan game ini adalah, kena melompat ke atas dan melepasi Donkey Kong untuk menyelamatkan Pauline.

3. Mighty Joe Young



Filem Disney tahun 1998, Joe dibesarkan oleh seorang wanita bernama Jill (dilakonkan oleh Charlize Theron), dan membawanya ke Amerika. Seorang penjahat, yang juga bertanggung jawab atas kematian ibu Joe dan ibu Jill, mengancam hidup Joe.

Penamat filem ini begitu heroik apabila Joe menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh, namun filem itu dianggap buruk oleh pengkritik filem.


4. Bear (BJ & The Bear)



Greg Evigan membintang siri TV yang berlakon sebagai pemandu lori truk bersama teman istimewanya, Bear, seekor cimpanzi. Nama asal Bear adalah Sam. Bear begitu protektif terhadap Greg sepanjang pengambaran, dia akan menggigit siapa saja aktor yang ingin menyerang Greg.

Sunday, April 10, 2011

10 jambatan terpanjang di dunia

10. Seven-Mile Bridge, Panjang 10.887 M menghubungkan antara Teluk Mexico dengan daratan di Florida Amerika Syarikat



9. San Mateo - Bridge Hayoard, Panjang 11.265 M, melintasi teluk California, San Franscisco Amerika
.


8. Union Bridge, Panjang 12.900 M, menghubungkan antara pulau Prince Edward dengan dataran New Brunswick di Kanada


5 cerita aneh dan lucu manusia terlekat dan terperangkap

Sambungan cerita aneh dan lucu manusia terlekat;

6. Banduan yang terlekat di Jeruji ketika cuba melarikan diri



Beliau mungkin berharap untuk memasuki 2010 sebagai orang yang bebas tetapi beliau tidak teliti sebelum
melarikan diri. Banduan Roberto Carrillo berusaha melarikan diri dari sel di sebuah penjara Mexico di Valle Hermoso pada malam Tahun Baru.

Lelaki 42 tahun ini cuba untuk melepaskan dirinya sendiri melalui celah antara atap penjara dan jeruji selnya. Tapi bukannya boleh menyusup, tetapi akhirnya terlekat dan tergantung secara terbalik.

Beliau akhirnya terpaksa untuk meminta bantuan dan para warden dengan tertawa datang membantunya dan memotong jeruji untuk melepaskannya menggunakan gergaji lalu memasukkannya kembali ke dalam sel.

7. Peserta akrobatik motor yang terlekat pada ketinggian 204 m di udara bersama motornya



High-wire motorcyclist Mustafa, kini menjadi lebih terkenal setelah terlekat pada ketinggian 204 m di udara dalam usaha memecahkan rekod dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...